"mus tak join karisma ke? " solehah bertanya padaku..
"oo..tak..haritu, ada gak diorang announce..siapa nak masuk karisma, kene isi borang eh..pastu ramai sangat orang berpusu-pusu ambil, mus malas nak berebut.."
"a ah..kene isi borang..takpe..solehah masukkan terus nama mus ye..mus special lah, tak payah isi borang.."
aku hanya mengangguk..
sebenarnya, sejak aku masuk kmj, aku memang dah niat tak nak terlibat dengan organisasi atau apa-apa persatuan keagamaan..walaupun dulu waktu disekolah aku adalah antara ahli jawatankuasa tinggi BADAR sekolah..
entah kenapa, selepas spm, dan masuk matrik, aku seperti mempunyai set diriku yang baru... aku berkata pada diriku aku nak jadi seperti orang biasa-biasa selepas ini..maksud aku, tidaklah aktif berdakwah seperti dulu, tidak terlibat dengan mana-mana organisasi dan aku hanya berkawan dengan kelompok orang-orang satu kampung denganku sahaja..
sebab itu, masa mula-mula karisma diperkenalkan di kmj, aku seperti tidak berminat..
"alah, tak payah lah join, jadi orang biasa-biasa dah cukup baik, asalkan aku tak kacau orang dan buat baik pada diri sendiri, itu dah cukup bagus"
"aku tekad dah ni, aku tak nak sambung hafalan Quran aku..mana yang dah hafal time sekolah dulu..yang tu je lah aku amalkan..tak yah lah habiskan satu Quran"
itulah aku masa mula-mula aku masuk kmj..sedangkan dulu akulah wakil negeri perak dalam pertandingan hafazan peringkat menengah.. tapi mengapa aku sudah berubah? mana agaknya aku letakkan semangat jihad aku yang dulu?
mungkin sebab faktor sekeliling yang sangatlah tidak membantu.. dan menyebabkan persepsiku berubah sama sekali..
namun, segalanya berubah pabila aku bertemu dengan solehah..
saat awal perkenalan kami, wajahnya yang jernih bersih dan akhlaknya yang tinggi seolah-olah merentap hati aku kembali..
dia bekas student Darul Quran.. dan sebenarnya tujuan dia mencari aku adalah kerana amir memberitahu solehah bahawa aku juga sama-sama dalam proses menghafaz Quran..dan dia sangat gembira pabila mengetahuinya dan ingin menemuiku supaya jumpa sahabat yang dapat tasmi' sama-sama..
besar sungguh harapannya..entah apa amir cerita pada dia tentang aku..sedangkan aku ini jauh beza sekali dengan solehah.. aku ini banyak dosa, hafalanku entah kemana..alhamdulillah waktu itu, qiamullail masih menjadi peganganku..cuma bab menhafaz ini aku sudah menyerah kalah..
pernah satu ketika solehah bertanya,
" mus dah hafaz sampai mana? "
aku terdiam, tak tahu nak jawab apa..
" err..tak banyak..sikit je..solehah lagi berganda banyak dari mus"
******************************************************************************
**flashback year 2004**
waktu itu, baru habis perjumpaan biro dakwah dan tarbiyah
[surau sekolah]
"mus, anti nak pergi interview DQ tak?"
"DQ? ape tu? tak pernah dengar pun." tentang DQ memang tak pernah disebut di sekolah kami, sebab itu aku macam blur blur..
"Darul Quran, tu sekolah untuk hafaz Quran, ana pun baru 1st time dengar sebab ada seorang senior kita ada kat situ..kalau anti nak masuk interview, ana boleh bagitau ustazah.."
disebabkan masa tu aku memang tak tahu langsung pasal DQ ni, dan masa tu tengah sibuk urusan interview untuk student yang nak sambung belajar di rusia..maka dengan yakin nya aku jawab,
"oh, tak pelah, ana nak sambung belajar kat oversea..dah masuk list untuk interview ke rusia..kalau pergi DQ, tak dapatlah belajar ke oversea."
begitulah pemikiran aku waktu tu..
and last-last, aku dapat tahu yang amir pergi interview kemasukan ke DQ seorang diri..dan alhamdulillah akhirnya dia berjaya..
ditakdirkan Allah, aku tak dapat untuk kemasukan fakulti perubatan di rusia.. namun, aku tidak berputus asa, aku mohon biasiswa mara untuk ke oversea menggunakan resut spm.. sementara menunggu keputusan dari pihak mara, aku mendaftar di kmj..
*********************************************************************
[kmj]
sejak aku join karisma, start dari itu, aku makin rajin solat di masjid terutamanya maghrib dan isya'..jika sebelum ini, aku bermalas-malasan dan hanya solat di bilik, kini aku sudah mengikut rakan-rakanku yang turut berjemaah di masjid kmj..dan semakin keraplah aku bertemu dengan solehah..
"pengumuman!
diminta semua ahli karisma supaya tunggu di surau selepas solat isya''
rupanya , perjumpaan tergempar diadakan.
muslimat berkumpul bersama muslimin di tingkat bawah masjid..
perjumpaan tersebut adalah untuk pembahagian biro-biro tertentu dalam induk karisma..kerana pada waktu itu, hanya jawatankuasa tertinggi sahaja yang baru ditubuhkan..
pemilihan dijalankan..dan aku?
sudah tentunya aku join biro rondaan..mana tak seronok, sebab time ni lah ada masa nak tangkap pasangan-pasangan couple di kmj ni..
habis meeting, solehah mengajak pihak muslimat untuk tunggu sebentar..
selaku naib presiden karisma, dia mula bersuara,
"sekarang ni kita akan buat group-group usrah bagi student kmj yang berminat nak join.ada sesiapa sebelum ini pernah ada pengalaman jadi naqibah? ataupun sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri menjadi naqibah?"
ya, aku pernah pegang title tu masa di sekolah dulu.. tapi mampukah aku untuk pegang title tu lagi di sini?
aku mendekati solehah," solehah, insyaAllah ana sanggup jadi naqibah"
solehah menoleh..
"betul? mus dah fikir masak-masak? solehah nak ingatkan awal-awal, jadi naqibah ni bukan pada title je, tapi tugas dan tanggungjawab untuk membawa rakan-rakan kita ke arah kebaikan ni berat..solehah nak mus betul-betul nak kan tugas ni,kerana Allah SWT bukan sebab atau niat yang lain"
aku tunduk..aku sendiri belum cukup menyelami keputusan aku itu..
"ya, mus sanggup" aku mengukir senyuman..
***********************************************************************************
[cafe D, kmj]
from:solehah
salam mus..solehah dapat tawaran jpa ke mesir..insyaAllah, jumaat ni solehah balik dah
to:solehah
salam, tahniah!! jumaat ni? cepatnye??
from:solehah
aah..sebab next week dah kene daftar
tidak semena-mena, air mataku mengalir deras
laju, selaju air terjun...aku tidak dapat menahan sebak di dada..
aku berlari anak balik ke bilik...
aku menangis semahunya..
kenapa ye aku sedih sangat?
walaupun perkenalan hanya 2 minggu di matrik, namun kami sudah seperti sahabat karib, dia cukup meninggalkan kesan di hati aku..
solehah...
menyedarkan aku betapa aku harus menyambung kembali hafalan Quran...
menyedarkan aku betapa aku tidak boleh menjadi seorang yang biasa-biasa, tetapi menjadi muslimah yang luar biasa..
menyedarkan aku betapa hubungan antara lelaki dengan perempuan itu harus cukup dijaga,
ada batasan tertentu bukan dilanggar sewenang-wenangnya..
menyedarkan aku betapa untuk menjadi humlatul Quran penuh dugaan dan pancaroba, hanyalah org2 yang dipilih olehNya sahaja..
dan aku harus berusaha untuk menggapai redha dan rahmat Allah,
betapa kekuasaan Allah itu Maha Luas dan Maha Kaya..
dan kini, dia akan pergi..menyambung pengajiannya di bumi barakah
bakal meninggalkan aku di sini yang masih baru bertatih..
apakah yang akan berlaku selepas ini? mampukah aku untuk berdiri seorang diri?
1 comment:
mcm panjang lagi je jalan cerita
menarik~..cpt tuai rumah..sambung!!
Post a Comment