dia kata
dia cintakan Allah dan Rasul
tapi jarang sekali nampak dia laksanakan perintah Allah
dia kata
solat itu tiang agama
tapi jarang sekali dia solat di awal waktu
dia kata
dia seorang pejuang islam
tapi nak mintak tolong buat kerja amal pun susah
dia kata
couple tu tak boleh
tapi dia contact juga dengan "si dia" atas sesuatu yang tidak berkepentingan
dia kata
hati kene bersih
tapi tengok jugak video lucah
dia kata
kebersihan itu sebahagian dari iman
tapi sekeliling dia tetap kotor juga
dia kata
masa itu berharga
tapi kerja dia selalu bertangguh
dia kata
matang itu bertanggungjawab
tapi dia selalu mengharapkan orang lain melakukan sesuatu tugas dan berlepas tangan
dia kata
nak istiqamah dalam amal soleh
tapi dari dulu sampai sekarang masih tiada perubahan
dia kata
nak duduk syurga
tapi amal ibadat sedikit sekali, yang wajib pun liat, apatah lagi yang sunat
dia kata
dia benci syaitan
tapi selalu je dia pergi kelab malam
dia kata
dia perlukan bimbingan
tapi bila orang nasihat, dia marah
dia kata
dia nak berubah
tapi kenapa masih istiqamah buat benda lagha?
dia kata
dia sayang Allah
tapi selalu buat maksiat terang-terangan,
orang lain tak nampak, tapi Allah kan nampak..
dia kata
dia yakin dan redha pada qada' dan qadar
tapi bila musibah datang, dia mengeluh itu dan ini..
dia kata
dia nak ikut syariat Allah
tapi masih tak tutup aurat
kononnya yang penting itu hati, bukan luaran
tapi bukankah yang luaran itu lahirnya dari hati?
manusia oh manusia
sampai bila kau nak kekal dalam zaman jahiliah
terperangkap dalam bayangan dan angan-angan sendiri
beribu alasan kau berikan
cakap tidak serupa bikin
kerana keegoanmu, kau susah menerima teguran orang
sedangkan kau sedar kau punya banyak kelemahan
bukankah Allah itu Maha Mengetahui
tiada ruginya jika kau tunduk mengalah untuk menjernihkan hatimu yang sudah hitam berkilat
sedangkan Allah Maha Kasih buat hamba2Nya yang ingin bertaubat
dan jangan engkau rasa bangga diri
kerana Allah tahu segala isi hatimu
tidak takutkah engkau pada azab Allah?
usah kau hiraukan pandangan manusia
kerana engkau bernilai jika taqwa yang menjadi pemegang kukuh sanubari
sesungguhnya Allahlah sebaik-baik penilai
No comments:
Post a Comment