Thursday, March 19, 2009

cinta kita

Bismillahirrahmanirrahim

Hmmm..mesti ramai yg excited bila baca tajuk entri kali ni. Apa agaknya yang saya akan ceritakan pasal cinta? Pengalaman saya? Hehe..mungkin tidak…Hari ini saya nak ajak kita sama-sama tengok cinta kita. Anda pernah dilamun cinta?Jangan malu-malu,simpan jawapan itu untuk diri anda. Bagaimana perasaan anda ketika mencintai seseorang? Tak kisahlah yang anda cintai itu suami anda, rakan anda, ibu, ayah, atau sesiapa sahaja.Apa petandanya yang menunjukkan anda mencintai orang tersebut?


Apabila seseorang itu mencintai kekasihnya, hatinya pasti akan berdebar-debar setiap kali melihat atau mendengar namanya.Kalau berada ditengah orang yang ramai,pasti tumpuannya hanya pada sang kekasih.Dia akan sentiasa ingin besama kekasihnya, bila bertemunya hati rasa bahagia dan bila sang kekasih berkata-kata dia pasti mendengar dengan penuh minat walaupun topik yang dibincangkan sebenarnya tak menarik.Dia pasti akan merasa cemburu apabila org yang dikasihi beralih pandangan atau minat pada orang lain.Sedaya upaya dia akan cuba membahagiakan sang kekasih.Bila berpisah, hatinya pasti tidak tenteram,sentiasa teringat-ingat akan senyumannya,tingkah lakunya, kata-katanya.Hand phone akan sentiasa disisi, menunggu dengan penuh harapan panggilan talifon atau paling kurang sms dari sang kekasih.Kalau tiada, sms2 yang lama akan diulang baca berkali-kali sambil tersenyum sendiri.Rasa rindu untuk bertemunya kadang kala menjejaskan tumpuannya pada perkara lain.Dia pasti akan cuba untuk menyukai apa yang sang kekasih sukai,dan membenci apa yang sang kekasih benci.Paling kurang dia tak tergamak untuk melakukan apa yang dibenci dihadapan kekasihnya.Dia akan sentiasa merapikan diri untuk tatapan sang kekasih.Sanggup menghabiskan masa dan wang hanya untuk membahagiakannya.

Macamana? Setuju tak dengan saya? Okey, sekarang mari kita check semula cinta kita yang paling utama, yang setiap muslim wajib cintai sebelum mencintai yang lain.Semua pasti tahu, itulah cinta kepada Allah. Apabila kita mencintai Allah….adakah hati kita berdebar-debar setiap kali nama-Nya disebut? Adakah kita mengutamakan-Nya berbanding selain-Nya? Apabila bertemu dengannya ketika berdoa atau solat, dimanakah tumpuan kita? Sejauh mana kita meneliti ‘kata2′-Nya dan tidak berpaling dari-Nya? Adakah anda merasa bahagia pada solat dan qiyam anda? Apabila di luar solat, sejauh mana kita rindu untuk bertemu kembali bersama-Nya? Sejauh mana anda mengingati ‘kata2′- Nya ? Adakah anda sering mengulangi membaca Al-Qur’an tanpa rasa jemu? Sanggupkah anda melakukan apa yang Dia benci dan meninggalkan apa yang Dia sukai? Bagaimana keadaan diri anda ketika bertemu dengan-Nya? Berapa banyakkah masa yang anda peruntukkan untuk-Nya? Harta yang anda laburkan dijalan-Nya? Apakah masih ada rasa kedekut terhadap-Nya?

Kini, bayangkan.Sekiranya anda melakukan pada kekasih anda sepertimana anda lakukan pada Allah.Pasti dia akan meninggalkan anda dan beralih arah cintanya. Perasan tak betapa kita mengurangi cinta kita kpd Allah? Betapa Allah cemburu apabila mendapati hamba-Nya lebih mengutamakan selain-Nya? Mari kita sama-sama tanyakan diri kita,apa bukti kita mencintai Allah.Semua orang boleh mengaku cintanya yang pertama dan utama adalah kepada Allah, tapi dimanakah buktinya? Kanak-kanak kecil pun boleh menyanyikan lagu cinta Allah sekiranya diajar, burung kakak tua juga boleh mengucapkan cinta Allah sekiranya kita latih. Apakah bezanya kita? Tetapi jangan bersedih, mungkin kekasih kita akan beralih cinta, namun Allah maha Pengampun dan Penyayang. Dia sentiasa rindukan hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya. Ayuh kita kembali kepada cinta-Nya yang hakiki! Ayuh kita buktikan cinta kita!


artikel ni diambil dr ummuasad.. selamat membaca dan mengambil iktibar..^_^

No comments: