Friday, July 4, 2008

sangka baik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

seperti biasa setiap hari khamis malam jumaat, akan diadakan bacaan yasin di apartmen antara ahli2 mp park muslimah..hari ni aisyah beri tazkirah tentang sifat husnuzhon..iaitu bersangka baik..sangka baik dengan Allah...sangka baik dengan sesama manusia..dalam konsep bersangka baik dengan Allah, contohnya dalam peperiksaan..kita telah mencuba sedaya upaya namun result yg diterima dirasakan tidaklah setimpal dengan usaha yang dikerah, janganlah sekali-kali kita salahkan Allah, mengeluh dan berputus asa dengan rahmat Allah..'aku rasa aku dah study habis baik dah, tapi dapat result cmni gak..kalau x study pun result masih sama..baik xyah study terus cmni" sikap beginilah yang harus kita kikis..bukanlah maksudnya Allah tidak memakbulkan doa kita..mungkin apa yang dipohon itu Allah akan makbulkan di lain masa,mana lah tau exam unis kita ni result gempak ke..dan sesungguhnya hanya Dialah yang Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya..mungkin jika Dia beri kejayaan kepada kita sekarang,kita akan riak dan bangga diri..yakinlah sahabat, janji Allah itu pasti dan tidak pernah mengecewakan..

dalam konteks sangka baik sesama manusia pula..janganlah selalu serkap jarang..tuduh menuduh secara melulu..bukan sahaja orang tersebut mendapat malu, malah kita telah menyebarkan fitnah kepada orang lain...manusia tidaklah sempurna, namun kita tidak punya hak untuk meletakkan status seseorang..sesungguhnya Allah lebih mengetahui...contohnya, kita terlihat sahabat kita ni[misalnya perempuan] berjalan berduaan dengan seorang lelaki yang tidak kita kenali..janganlah kita cepat2 membuat kesimpulan..' eh, tgk tu...harap je pakai tudung labuh, tutup aurat tapi berjalan berdua gak ngan mamat tu..' dari orang lain tidak terfikir apa-apa, kita secara langsung telah menyebabkan orang lain juga turut bersangka buruk kepada muslimah tadi..entah-entah, lelaki tadi adalah abang atau adik atau saudara semuhrimnya..selain itu, dengan bersangka baik ni, dapat lah kita kikis rasa hasad dengki pada orang, sekaligus dapat membersihkan hati..tidak wujudlah aktiviti umpat mengumpat ..Allah pun sayang..[tak ke package lengkap tuh=)] wahai lidah, perliharalah tutur katamu..kelak, semuanya akan dituntut di akhirat di hadapan Allah nanti...

sedang kami seronok mendengar tazkirah dari aisyah, tiba-tiba syikin mencelah, ' eh, kalau sangka baik ngan haiwan cmne plak?'
kami, dengan spontan tergelak mendengar soalan syikin..maaf ye syikin=] tak terfkir plak kami selama ini untuk mengaplikasikan konsep itu kepada haiwan..namun, kami sudah maklum syikin sangat sayang pada haiwan terutama kucing dan ikan=] kami tak tahu nak jawab ape..eena menjawab,' syikin, contohnya mcm kalau syikin nampak kucing curi ikan goreng syikin, syikin tak boleh marah kucing tu, sbb mana tau kucing tu memang sangat-sangat lapar..'
syikin mengangguk..[kami hanya tersenyum]..harap sampai la mesej yang eena katakan tadi..

kesimpulannya, bersangka baiklah kita tak kiralah dengan sapa-sapa..dengan Allah paling utama..janganlah kita menyalahkan Qada dan Qadar di atas sesuatu yang kita tidak sukai..ada orang dilahirkan dalam kemewahan yang melimpah ruah..dan ada orang yg dibesarkan dlm kehidupan yg susah..ada juga yang keturunannya dari kalangan orang yang soleh, ada juga keturunannya dari kalangan orang-orang biasa... ada org yang disekolahkan di sekolah agama atau asrama penuh, ada yang disekolahkan di sekolah harian biasa ..mcm2 lagi perbandingn..janganlah kita sedih jika kita termasuk dalam golongan yang saya highlightkan merah..bukanlah bermaksud kita tidak bertuah atau kita kurang disayangi Allah, sebenarnya Allah nak mengajar kita untuk lebih berdikari dan menghargai nilai kehidupan.. dan lebih berusaha mencapai yang terbaik..iman tak dapat diwarisi dari keturunan..maka janganlah kita salahkan ibu dan ayah jika kita x dtg dr sekolah agama, jika kita bergini dan begitu...mgkin kita pernah dengar orang berkata,' aku tak tahulah bab-bab agama ni, dulu aku sekolah biasa je, mana nak sama ngan kau, sekolah agama..malaslah aku..'
ops! ini bknlah alasan untuk kita menjauh dari mncari ilmu Allah.. semuanya terletak pada diri sendiri...cuma yang membezakan, niat dan azam untuk berubah ke arah yang lebih baik..nak seribu daya , x nak seribu dalih...tepuklah dada, tanyalah iman..

bagi mereka yang dalam golongan yang saya highlightkan biru, bersyukurlah...mungkin mereka mendapat kelebihan dari segi yang itu, namun ujiannya juga berbeza.. ujian yang diturunkan tidak sama bg individu..mungkin bagi orang yang 'senang' hidupnya, tiada masalah kewangan, tapi mungkin masalah family melanda..hubungan sesama keluarga porak peranda.. bagi yang hidup susah, dugaanya adalah dari masalah kewangan, namun hikmah disebalik itu, ia memiliki institusi keluarga yang bahagia dan kurang dari masalah... lihat, Allah Maha Adil..bila kita lihat ragam manusia, memang banyak..nilailah dengan mata hati, dan ambillah pengajaran.. moga kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan..walaupun sedikit, jika kita redha dan sabar, insyaAllah semuanya nampak baik dan dapat kita kecapi dengan penuh nikmat...

sama-samalah kita muhasabah dan bersangka baiklah dengan semua!=]


4 comments:

izzah said...

salam..saje singgah..haha..

bagus2..betul2..ape2 yang Allah bagi semua ada hikmahnya..kadang2 kiter lupa segalanya ada 'rahsia' disebaliknya..hoho..kadang2 'ter'bersangka buruk ngan Allah..

alhamdulillah ada yang mengingatkan..terima kasih..doakan kitorang!!

syabab said...

salam..
insyaAllah sama-sama kita ingtkan gud luck exam sok!!=D

Syazwani'Aqilah said...

Salam..betul3..thanx for the article..terubat sikit 'sakit' yang melanda diri ini.. :D

Anonymous said...

kucing pn kite kne sangka baik gak tau...kesimpulanye kat sume ciptaanNya kan3???