Monday, November 30, 2009

dakwah dan daie

Bismillah walhamdulillah

"Tenang, tetapi lebih kuat dari angin taufan. Tawadhuk, tetapi lebih tinggi dari gunung. Sempit, tetapi lebih luas dari dari batas-batas teritorial bumi seluruhnya. Bersih dari fenomena kepalsuan dan kebohongan yang menawan, tetapi penuh dengan keagungan, kebenaran dan keindahan wahyu serta perlindungan Allah. Bersih dari keinginan hawa nafsu dan tuntutan kepentingan peribadi. Dakwah ini mewariskan kepada orang-orang mukmin dan orang yang jujur ketika beramal di dalamnya, sebuah kepimpinan di dunia dan syurga di akhirat"

[Imam Hassan al-Banna]

Islam hanya akan jadi dakwah yang benar apabila dibawa oleh seorang daie yang faham dan berakhlak mulia.

Masih adakah perbuatan yang lebih mulia dari dakwah? Sedangkan ia adalah kemuliaan yang diperoleh oleh para daie. Kerana dari dakwah itulah, mereka dapat memetik 'buah ' dari jihad mereka.

"barangsiapa mengajak kepada petunjuk, ia berhak memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa mengajak pada kesesatan, ia mendapat dosanya seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa mereka."
[HR. Muslim, Malik, Abu Daud, dan Tirmidzi]

Dakwah bukanlah urusan yang mudah, tetapi ia adalah amanah agung yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung. Merasa semua menolak untuk memikulnya dan merasa takut, kemudian manusia memberanikan diri menerimanya.

Kerna itu, dakwah ini perlukan para daie yang mukhlis, dinamik, aktif..kerna mereka lah pembangun generasi dan pendidik ummat ini.

Kerana itulah, menjadi kewajipan seorang daie untuk tahu dengan jelas apa sebenarnya yang kita perlukan, kelengkapan apakah yang kita butuhkan. Dari situlah, kita boleh tentukan apa yang kita nak cari dalam dakwah ni.

Kekurangan kita bukan pada manhaj, tapi pada keperibadian, kualiti akhlak dan jati diri.



Berusahalah menjadi yang terbaik!

::muhasabah in action::


Friday, November 13, 2009

belajar demi kelangsungan dakwah!

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seperti saya yang masih lagi belajar, pastinya tiap2 hari wajib untuk buka buku dan baca. Revise atau buat nota. Tapi, kadang-kadang, perasaan malas tu muncul juga.[rasa macam selalu je]hehe.

Pernah suatu ketika, saya takde mood sangat nak baca buku. Maksud saya menelaah pelajaran yang dah dipelajari di kelas. Lepas kelas, sibuk dengan usrah, urusan adik-adik , DF dan macam2 lagi.Semangat dakwah yang terlalu berkobar-kobar ni amik masa saya yang banyak jugaklah.
Gembira nya rasa bila dapat memberi dan berkongsi apa yang kita rasa nih dengan orang lain. Bestnye feeling dia bila dapat bina lagi 'batu-bata' dan eratkan lagi ukhwah yang ada.

Dan bila sudah tiba waktunya untuk saya study, sy pernah merasakan,'kan best kalau tak perlu study, buat kerja dakwah je'
Waktu yang sama, ada seorang kakak yang jauh di NZ sana, kami tidak pernah bersua muka, namun kerana jalan yang diambil ini sama, hati kami sangat mudah terikat walau sekadar bertemu di ym cuma.

Dia mengingatkan saya,

bahwa belajar itu sangatttt penting! walaupun kita tahu dakwah itu lah segalanya dalam hidup kita!

kita pasangkan niat supaya kita belajar ni demi kelangsungan dakwah!

Perlu nya saya untuk study rajin2 dan jangan sesekali rasa terbeban dengan ilmu..sebab dengan ilmu itulah kita boleh tunjuk pada orang bukan islam bahawa mukmin itu mestilah mumtaz dalam setiap perkara hatta dalam pelajaran sekalipun!

Pentingnya saya untuk excel dalam bidang saya ni, supaya Islam itu orang dapat lihat bukan dari akhlaknya sahaja, tapi ilmunya juga.

Sebab dengan ilmulah, kita boleh bergerak lebih maju lagi kehadapan. Dengan ilmu lah, orang akan lebih hormat kita dan perjalanan dakwah kita dengan orang lain akan lebih meluas.

Dan dari itu, saya harus lebih tegas dengan jadual harian. Diakui bidang yang saya ambil ni, banyak sangat komitmen yang harus ditumpahkan. So, jadual kene renew selalu dan ikut betul2. Susun masa dengan teratur. Supaya tak lah nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' .

Apepun, dakwah tetap no 1, study tu sebagai pemangkin kita untuk terus bergerak lebih maju.

Sebab tu seorang daie kene teratur masanya! kan itu salah satu dari ciri muwasafat tarbiyah.

Dan bila dah macam ni, usahlah terlalu fikirkan kepentingan diri sendiri. Indeed, jadual kita tak kan macam orang lain, tapi dengan jalan yang kita pilih nilah kita akan jumpa kepuasan yang sebenarnya. Sekalipun badan penat, tapi bila hati kita rasa tenang, itu lagi bermakna, kan? ^_^

And for sure Allah akan tolong kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Kita tolong agama Allah dengan ikhlas, insyaAllah, Dia akan bantu kita termasuklah dalam pelajaran.Masa sikit, tapi bila baca buku, mudah masuk dan mudah faham.
Yang paling penting, kita kene yakinnnnn sangattttt sangatttt dengan pertolongan Allah!

Izzah

Berasa mulia atau bangga dengan Islam kadangkala diistilahkan sebagai izzah. Bila kita berasa mulia dengan Islam, secara tak langsung hidup kita akan lebih terarah. Kita akan pastikan segala tindak tanduk kita ni berdasarkan amar makruf dan pada masa yang sama jauhi mugkar.

"Dan yang demikianlah, Kami telah menjadikan kamu umat wasatha agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"
[al-baqarah:143]

Wasatha kat sini bermaksud yang terbaik. So, kita kene menghiaskan diri kita dengan ciri-ciri yang terbaik berteraskan agama. Tak kesahlah dalam apa jua yang kita buat pun!

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Dr.Harold G.Koeing, Pengarah centre for the Study of Religion/Spirituality and Health, dia kata, mereka yang berpegang teguh pada agama ni mempunyai hormone interleukin-6 yang tinggi dalam darah. Hormon ni fungsinya tingkatkan sistem daya tahan individu. Dan sistem nilah yang terdapat dalam badan kita nih. Apabila sistem ni dapat fungsi dengan baik, ia mampu cegah serangan kuman dalam badan.

Haa..menarik kan? Makin kuat kita berpegang dan yakin dengan Allah, insyaAllah, evrything will be fine=)


k, kita layan satu lagu ni. A reminder from 'my sister' this morning. Seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun selalunya dia tak perasan pun.=P jzkk sis!!


open your eyes



Friday, November 6, 2009

Mentari hidup


Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Allah masih memberi jasad ini untuk terus bernafas saat ini. Fikiran yang agak terganggu sejak akhir2 ini kembali tenang, mugkin berlaku sedikit 'adjustment phase' dengan perasaan sendiri.

Kadangkala, kita rasa macam nak menangis tanpa sebab, orang kata, bila tiba 'musim' nya, mood pun tak ok. ye ke?? huhu..mungkin barangkali. Tapi, andainya kita selongkar balik di celah-celah kesedihan, pasti punya sebab kenapa kita nak menangis. Rasa down, rasa tak disayangi, rasa macam terukkkkkkkk sangat!

undefined?

Masa ini lah kita gunakan sebaiknya untuk muhasabah. Sebab kita sering terlupa nak muhasabah dosa-dosa yang kita buat tiap-tiap hari kan?

Cuba kira dalam setiap hari..5 kali kita solat yang wajib, entah berapa kali agaknya kita hayati solat sedalam-dalamnya. Boleh bilang entah berapa kali kita menangis di depan Rabbul Izzati atas dosa-dosa kita.

Entah berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kat Allah. Time ada masalah yang bertimbun-timbun, baru kita ingat nak doa sungguh-sungguh, kan?

Itu pun andai kita ditimpa masalah..Andai kita happy dan riang je, doa pun pendek-pendek dan baca doa arab yang kita dah hafal tanpa faham pun maksudnya apa. Kalau boleh, nak cepat-cepat dan buat benda lain.

Sebab tu bila Allah turunkan dugaan pada kita, tak kisahlah macam mana pun caranya. [termasuklah undefined feeling tadi] , automatically kita akan lebih ingat Allah. Baru rasa nak baca surah panjang-panjang skit, doa sungguh-sungguh, tambah kan kuantiti baca Quran, tambah solat sunat dan macam-macam lagi.
Masa tu lah, kita rasa tenang dan best sgttt!

Sebab kita rasa hanya Allah je yang sangattttt faham perasaan kita. Dan memang pun hanya Allah je yang faham hati kita sedalam-dalamnya. Kita sendiri pun kadang tak faham dengan hati kita kan? lemahnya kita ni...

Bila ingat Allah, semua jadi tenang.

Kan best kalau kita macam tu setiap masa? bukan masa kita ada masalah je. Kalau boleh, dan kita kene usahakan, supaya kita rasa perasaan tu setiap kali kita solat. Rasa Allah tu dekat sangat dengan kita setiap masa. Kita nangis tiap kali lepas solat, kita rasa malu sangat dengan Allah atas dosa kita tiap hari. Kita rasa lemahnya kita as hamba Allah yang takde pape pun ni.

InsyaAllah, hati kita akan tenang setiap masa. Walaupun banyak masalah, kita tetap mampu senyum kat orang lain, masih mampu 'memberi' walaupun hati kita dilanda banyak masalah. Orang lain tak tahu masalah kita pun takpe. Sebab kita tahu Allah lah tempat segala2nya buat kita. Takde point pun tunjuk-tunjuk kat orang yang kita ada masalah. Lagi orang lain takut nak dekat dengan kita adalah.

Cinta kepada Allah adalah keperluan asas.

Keperluan asas yang melebihi nilainya dari pakaian, makanan, tempat tinggal dsb.

"katakanlah, jika kamu [benar-benar] mencintai Allah,maka ikutilah aku nescaya Allah mencintai kamu"
[Ali Imran:31]



MENTARI HIDUP

by:haikal

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Sebutir debu cinta Allah kepada hambaNya lebih baik dari cinta hamba pada Allah. Cinta kita pada Allah memang baik dan terpuji. Namun, cinta Allah kepada kita lebih tinggi nilainya.

wallahualam

Sunday, November 1, 2009

tarbiyah itu petrol

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.


Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan.

Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene,

ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV.

Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api.

Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98.

Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan

enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin,

petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu.

Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting.

Maka, untuk setiap perjalanan,tangki petrol perlu sentiasa diisi.


Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup.

Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan

kerja lantas membantutkan perjalanan.

Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati.

Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki.

Ia tidak semudah memulas punat kunci.

Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin.

Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan.

Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan.

Bekalan perlu sentiasa cukup.

Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki.

Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.


Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat.

Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta.

Perjalanan terus terhenti.

Kena singgah bengkel untuk baiki enjin.

Kereta Kancil tersadai 2-3 hari.

Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang.

Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini.

Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi.

Demikian kaitannya dengan petrol RON 98.

Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah.

Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya.

Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi.

Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong.

Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.


Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang

bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol.

Ia akan terhenti.

Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol

ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.


Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat.

Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya.

Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa

proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama.

Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.


Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin

dakwah ini.

Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.


Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.

sumber: sini