Monday, January 25, 2010

cinta dalam hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi kebiasaan kami, setiap malam sejak tanggal 1 hingga 12 Rabiul Awal, secara berkumpulan dan bergiliran selalu mengunjungi salah seorang ikhwan. Malam itu, tibalah giliran rumah Syeikh Syalbi ar-rijal. Kami pun berangkat seperti biasa, setelah isya'. Kami berangkat secara berkumpulan dengan mengalunkan qasidah-qasidah[nasyid] yang penuh kegembiraan. Saya melihat rumah Syeikh Syalbi sangat terang, bersih dan rapi. Dihidangkannya serbat, kopi dan qirfah seperti biasa. Kami duduk dan meminta nasihat Syeikh.

Ketika kami hendak pergi, ia berkata dengan lembut, "Datanglah kalian besok pagi-pagi, agar kita boleh menguburkan Ruhiyah bersama-sama." Ruhiyah adalah satu-satunya puteri beliau. Allah mengurniakan Ruhiyah setelah 11 tahun usia pernikahannya. Dia sangat mencintainya, sehinggakan dia tidak pernah meninggalkan Ruhiyah sekalipun sedang sibuk bekerja. Ruhiyah kemudian membesar menjadi seorang remaja. Dia menamakan anaknya itu Ruhiyah kerana puterinya itu menempati kedudukan 'ruh' pada dirinya.

Tentu kami terperanjat.
"Bila Ruhiyah meninggal?" tanya kami spontan.
"Tadi, menjelang maghrib" jawabnya tenang.
"Kenapa Syeikh tak bagitahu kami dari tadi?"
Dia menjawab,"Apa yang telah terjadi meringankan kesedihanku. Kematian ini telah menjadi peristiwa yang membahagiakan. Apakah kalian masih menginginkan nikmat Allah yang lebih besar lagi dari nikmat ini?"
Pembicaraan akhirnya berubah menjadi pelajaran tasawuf yang disampaikan oleh Syeikh.

Beliau mengatakan bahawa kematian puterinya adalah kecemburuan Allah kepada hatinya. Memang sesungguhnya Allah merasa cemburu kepada hati para hambaNya yang soleh, apabila sampai terikat dengan selainNya, atau apabila ia berpaling kepada selainNya.

Beliau mengambil bukti dalil dengan kisah Ibrahim as. Hati Ibrahim terikat dengan Ismail, sehingga akhirnya Allah swt memerintahkannya untuk menyembelih puteranya, Ismail. Ketika hati Nabi Ya'qub terikat dengan Yusuf, Allah swt pun membuat Yusuf hilang dari sisinya sekian tahun.

Oleh itu, jangan sesekali hati seseorang hamba itu terikat dengan selain Allah swt. Kalau tidak demikian, maka sebenarnya ia adalah pendusta dalam hal pengakuan kecintaannya kepada Yang Maha Esa.

[Memoar Hasan Al-Banna, untuk dakwah dan para dai'e nya]

Ya Rabb, sandarkan rasa cinta ini hanya keranaMu. Ya Rahman Ya Rahim, letakkan hati ini untuk mencintaiMu melebihi dari segala-galanya di dunia ini...

~"kak sumayyah, teringat kisah arwah baby 'ukasyah...."~


persiapkan diri,
menuju redha Ilahi.


Saturday, January 23, 2010

kejadian manusia

Bismillah walhamdulillah


Video yang cukup menyentuh jiwa. Sebab kita memang selalu lupa.

Besarnya kuasa Allah yang menciptakan. Seringkali kita tak sedar yang kita ini lahir dari
benda yang paling kotor sekali.

Kita dah besar, dah pun berjaya mengharungi hidup sampai 20 ke 30 tahun.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Namun, dalam umur yang telah menjangkau ini entah apa agaknya yang kita
dah lakukan untuk diri sendiri, untuk deen ini.

Mungkin kita tak pernah ingat,
antara ratusan juta sperma yang memburu sel telur , hanya satu sahaja yang
berjaya disenyawakan. Siapakah dia?

Ia adalah kita!

Jadi, sejak awal lagi Allah sudah memilih kita menjadi pembawa
amanahnya di bumi ini. Kemudian, Allah pilih kita untuk bagi memilih
ketentuannya dalam Dinul islam.

Kita diberi berbagai keutamaan oleh Allah berbanding makhluknya yang lain.

Dengan kekuatan yang kita miliki, seluruh makhluk di muka bumi ini dapat kita kuasai.
Subhanaallah! macam mana kita bertanggungjawab kepada keunggulan anugerah Allah itu?

Kita perlu kembali mencipta potensi diri,kemudian mengasahnya akhirnya menjadi
keunggulan dalam diri. InsyaAllah.

'Ya Allah, jadikanlah aku antara insan-insan yang terpilih'


Thursday, January 14, 2010

kerna kita dah berjanji..

Bismillah walhamdulillah

kerna kita sudah berjanji....

sedar atau tidak, terpaksa atau rela,kita sudah pun berjanji dengan Allah.

Berjanji untuk tunduk dan patuh pada arahanNya, jadikan Allah sebagai Rabb kita.

Sejak dalam kandungan lagi kan?

"setiap anak yang lahir dalam keadaan fitrah,maka ayahnya lah yang jadikannya yahudi, nasrani atau majusi"

[HR Muslim]

Perasan tak sebenarnya kita ini duduk dalam keadaan jahiliah?

Jahiliah bak kata 'buku teks' maksudnya bodoh. Ikut keadaan sebenar, ia bermaksud, segala perkara yang selain daripada Islam.

Lain orang lain jahiliahnya. Ada orang membazir waktu itu jahiliah. Ada orang, suka menonton wayang itu jahiliah. Ada orang, suka bertangguh itu jahiliah. Ada orang, meninggalkan dan melewatkan solat itu jahiliah..Ada lagi, kedekut itu jahiliah. Dan apa sahaja jahiliah yang masih bersarang dalam diri kita nih.

Disini, kita tengok jahiliah dari sudut2 macam tu. sebab semua tu perkara yang Islam tak galakkan pun kan.

Tapi kan..susahhhhhhhnya nak buang jahiliah yang macam tu kan?

Sebab kita tak pernah nak keluar dari jahiliah yang telah hidup dalam diri kita sejak kecik lagi.

Cuba kita imbas bagaimana para sahabat. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Mus'ab, Abu ubaidah dan ramai lagi lah..Semuanya hebat2! Bukan calang2..

Mereka rasa bagaimana sakit dan panasnya duduk dalam jahiliah yang hitam pekat, dengan penyembahan berhala, minum arak, tak bertuhankan Allah. Kemudian , mereka masuk dalam islam yang sudah pasti 'tak menyakitkan', sejuk dan sangatttt besttt! Iaitu dari keadaan yang HITAM kepada PUTIH!

Mereka rasa sangat manisnya duduk dalam Islam dan bergelar seorang muslim. Sebab mereka 'TRULY, DEEPLY, MADLY' berubah dari the real jahiliah to the truth which is islam. Rasa tak nak dah patah balik pada jahiliah yang sgt tak best tu.

Tapi, kita...kenapa susah sangat ye nak berubah?

Sebab kita duduk dalam keadaan KELABU. Bercampur dah hitam dan putih. Bercampur jahiliah dengan yang tak jahiliah. kita tak menghargai erti sebenar menjadi seorang Islam. Kita tak masuk Islam secara kaffah[keseluruhan] seperti dalam QS:2:208.

Cuba bayangkan, andainya masa kita lahir, mak kita tulis kat surat beranak bawah kategori agama,

instead of

AGAMA-->ISLAM

but

AGAMA-->tak tahu lagi agama apa

Namun, alhamdulillah, kita dilahirkan dalam keluarga Islam, dan kita Islam sejak dari lahir lagi.
BERUNTUNGNYA KITA!

Kerja kita tinggal nak mengamalkan islam tu sebagai cara hidup je. Tapi sejauh mana kita betul2 jadikan islam tu sebagai deen yang kita bernafas setiap saat dengannya?

Dalam bab halawatul iman sahih bukhari ada sebut,

3 perkara, sesiapa yang ada padanya, dia akan dapat kemanisan iman.
1-kasihi Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya.
2-Kasihi seseorang..,tidak dikasihinya melainkan kerana Allah
3-Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci di campakkan dalam api neraka.

Selagi kita tak rasa susah payah dalam nak tinggalkan jahiliah tu, selagi kita masih dalam takuk jahiliah yang kita 'suka' buat, selagi itulah kita tak rasa kemanisan iman.

Benda-benda yang ada kat dunia ni, semuanya nampak best. Dan kita tend to forget Allah bila kita seronok sangat dengan dunia.

kita muhasabah...

Apa yang selalu merunsingkan kita tiap2 hari?

Homework x siap? susahnya nak belajar... risau perasaan orang tersayang...nak tengok movie terbaru?

atau...

kalaulah mati malam ni..dah cukupkah amalan? ada buat dosa dengan orang tak hari ni? dosa dengan Allah.. Solat tadi...khusyuk tak..

Allah akan tanya balik apa yang kita buat kat dunia ni sewaktu usia muda kita.. takutnya kan kalau kita tak tahu nak jawab apa..sebab kita tak buat apa2..kita hanya duduk lenggang kangkung [wujud ke eh word nih?] penuhi masa dengan fikir benda2 dunia.

Justeru,
yuk berubah!

Kita jadi golongan hawariyyun! yang putih dan bersih^_^

expect dan target high utk diri sendiri. Dan berusaha untuk buat sesuatu tu betul-betul. Tahu sesuatu tu salah, maka cuba tinggalkan. okey?=)

~sharing sayonara jahiliah~

we share coz we care^_^


"apa khabar iman hari ini?"









Saturday, January 9, 2010

adakah kau lupa?

Bismillah walhamdulillah

Islah nafsak!

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? [itu] sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengerjakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(as-saff:2-3)

Perbaiki diri sendiri sebelum perbaiki orang lain. Jangan expect orang yang kita dakwah kan untuk berubah seandainya kita sendiri tidak berubah. Mad'u lebih melihat apa yang kita lakukan, kadang2 saja mengikut apa yang kita cakapkan.

wake up call untuk para du'at!

Titik tolak nya adalah bermula dengan diri sendiri.

Layakkah kita mewarisi syurga yang pernah diduduki oleh atok nenek moyang kita, Nabi Adam as?

Layakkah kita untuk mengaku yang kita mewarisi Al-Quran, mukjizat Maha Agung sepanjang zaman?

Umat Islam umat yang palinggg bertuah kerana mewarisinya.. Sedangkan gunung dan alam ini pun tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Tapi, manusia dengan rela hati ingin memikul tanggungjawab tu.

Setelah kita menerimanya, apa yang kita buat dengan mukjizat agung itu...?

Tentu kalian masih ingat yang Islam pernah gemilang suatu masa dahulu, tamadun islam inilah yang menjadi ikutan seluruh dunia!

Tapi, tertanya-tanya tak, di mana kah agaknya tamadun itu sekarang.

Kita sebagai pewaris tamadun terbilang itu..tapi apa yang telah kita lakukan untuk Deen ini?

Hidup ini bukan untuk kebaikan diri sendiri.

Benar, kita harus berusaha islah kan diri sendiri, tapi kita harus bergerak pantas. Islahkan diri dengan penuh iltizam dan istiqamah.

Dan, harus diingat, tanggungjawab kita tak terhenti di situ sahaja.

Kita adalah khalifah! tanggungjawab kita untuk meng'islah' kan orang lain juga.

Bukan untuk menjadi baik untuk diri sendiri sahaja. Tapi hidup ini menuntut kita untuk orang lain juga.

Kerana dari lahirnya individu2 yang cemerlang inilah, bergabung menjadi umat yang terbilang juga.

Fikirkan sejenak.. Andainya Nabi tidak berdakwah pada para sahabat, sampaikah islam yang kita anut dan hidup dengannya sampai hari ini?

Maha Suci Allah!

"maka setelah mereka, datanglah generasi jahat yg mewarisi taurat, yg mengambil harta benda dunia yang rendah ini. " [al-a'raf:169]

adakah kita pewaris seperti yang disebut dalam ayat di atas?

atau...

"...Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekirannya Allah tidak menunjukkan kami. " [Al-a'raf:43]

kita pewaris yang ini?



Kita rasa kita dah cukup berjuang untuk islam, tapi mana tahu, bila check DNA, it shows yang kita tak layak pun nak 'mewarisi' syurga Allah dan tamadun ini.

Shows that we as the worthy heir of what we should be!

Persiapkan diri untuk pikul tanggunjawab dengan sungguh-sungguh!

Ingat satu perkara, bila kita abaikan kerja dakwah yang sepatutnya kita kene buat, itu juga menyumbang pada hati yang sakit.

Apa yang penting, bila Allah mengiktiraf apa yang kita lakukan.

Pesan seseorang pada saya,

"dikala kita rasa iman kita down, jangan biarkan saja. Volunteerkan diri untuk beri tazkirah, buat usrah, beri nasihat dan 'memberi' pada orang lain. Sebab dengan cara tulah, kita dapat naikkan balik iman kita. On the way kita nak buat baik tu, kita akan berusaha untuk islahkan diri sekaligus.

Kalau kita biarkan dan tunggu sahaja...dan kata,'takpelah, tunggu iman naik dulu, baru buat usrah, tunggu rasa semangat skit, baru nak 'memberi', tunggu ada kelas agama lah, baru nasihat orang lain...'

maksudnya kita terhasut dengan pujukan syaitan yang selalu ingin melambat-lambatkan. entah bila agaknya kita akan cuba untuk berubah. Dan entah mungkin juga kita takkan berubah dan tetap di takuk lama."



Islah nafsak wad'u ghairu

Kitalah generasi harapan. Pemuda kahfi zaman ini.

Takbir!! Allahuakbar!


Thursday, January 7, 2010

pemuda peka iman, pemuda peka zaman


Bismillah walhamdulillah

"apa khabar iman??"

"alhamdulillah, luar biasa! Allahu Akbar!"

Mukhayyam khoriji [MK] dah seminggu berlalu. Baru diberi sedikit kekuatan untuk menulis panjang lantaran 'accident jari manis' haritu.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan disaat-saat akhir endposting esok.

MK yg disertai oleh 13 akhawat dari melaka. Banyak pengalaman manis yang dicoret hatta sebelum MK bermula. Bertolak dari MC[melaka central] jam6.30pm, tiba di pudu jam 9.30pm. Kemudian, tersesat di lrt stesen sebab tersalah ambil line. Then, sampai di stesen ampang jam 11.30 pm. Menunggu ikhwah di pinggir jalan, dekat dengan jejantas dan stesen bas. Menyambut tahun baru di tengah bingit bandar ampang, dengan pelbagai aksi remaja dan belia waktu ini.

Orang sekeliling memandang pelik, bila melihat kami yang menutup aurat dan bertudung labuh, tersadai di tepi jalan tengah malam macam tu. huhuhu. Lebih kurang jam 12am, bergerak ke restoran bangkok divine untuk dinner[supper dah patutnye] masing2 tak makan lagi. Dan sekali lagi, tunggu di sekitar kedai tu sampai jam 2 pagi sebab jalan jammed. Dek sambutan tahun baru.

Akhirnya, sampai di Impiana resort lebih kurang jam 2.30 pagi. Alhamdulillah....

Mungkin pada awalnya kami tak perasan ibrah dari perjalanan kami yang panjang tu, yg sepatutnya ambil masa lebih kurang 3 jam telah menjadi 8 jam. Bila kak sumayyah, kata,
"ada hikmah kan kita tersadai lama malam tu.. sebab masa tu lah kita banyak habiskan masa bersama. Pengalaman tulah yang rapatkan lagi hubungan kita."

Baru saya terfikir. Sebab kak sumayyah sangat sibuk. Lihat sahaja jadualnya, saya pun pening. Macam-macam yang dia kene buat setiap minggu. Usrah, program yang kene attend, meeting etc. Dia memang sangat sibuk. Mungkin hanya ada masa untuk buat usrah dengan kami seminggu sekali . Tak cukup masa untuk berDF dengan semua. Banyak nya tanggungjawab yang harus dia pikul dengan posisi dia sekarang ni.

[tapi takpe kak, kami faham sangat condition akak tu^_^]

Itulah jadual yang telah Allah aturkan. Pengalaman yang bestlah kan? Dengar org terjerit sana sini macam ntah pape2..baru sedar banyaknya kerja yang kita kene buat. Usah tunggu orang lain, sebab kita sendiri bertanggungjawab!

MK berjalan lancar. Cerita lebih lanjut boleh jugak baca kat blog shida=)
MK pada hari pertama,

ada aktiviti 'obstacles'. Mission kami adalah kene hantar bekalan makanan kat tahanan2 palestin. So, kene lalui berbagai halangan lah..termasuk soalan2 maut dari puak2 zionis ni=)
Halangan terakhir kene buat tarzan swing. Kene merentas sungai menggunakan tali. Bergayut dari satu tali ke tali yang lain untuk sampai di hujungnya.

Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk 'accident' sikit time tu. Interphalax dislocation yang menyebabkan muka2 fasi berubah jadi takut termasuk 'kakak' saya ni. Kesian mereka. Kene cari klinik berdekatan,hantar saya g hospital ampang, habis basah kereta kak aisyah, sebab saya naik kereta dia dalam keadaan basah kuyup, baru lepas jatuh dalam sungai.

Malam tu, 'bermukhayyam' kami kat hospital. Tak dapat nak join program malam tu=(. Tapi,bestlah kan sebab dilayan macam puteri, makan pun disuap. hehe. Risau tengok muka kak sumayyah.. dia risau pasal saya, masa yang sama, risau pada kawan2 yang lain, entah ok ke tak lalui halangan yang tu.

Masa tu, saya fikir, mampukah saya nak jadi macam para sahabat, terkenang balik duta nabi ke madinah, mus'ab umayr, yang memegang bendera islam sewaktu perang uhud. Selepas tangan kanannya dipotong, dia pegang bendera dengan tangan kiri. Selepas dua2 dipotong, dia kepit pula diantara keduanya. Sambil mulutnya tak henti2 berdoa untuk Nabi, risau akan keselamatan nabi masa tu. Sampailah waktu bila dia syahid di medan uhud bila ditikam dadanya dengan pedang. Subhanallah'

Apalah sangat dengan 'nikmat' jari manis saya. Masih mampu berjalan, makan, tidur, dan ketawa dan berfikir dengan betul. Itupun, saya mintak 'dadah' supaya saya tak sedar sewaktu tulang saya ditarik. Sebab saya tahu sangat sakit kalau tak bius. Tak mampu rasanya nak jadi macam para sahabat yang bila mana mereka solat, mereka tak rasa pape pun tatkala dicabut panah dari badan mereka. Lemahnya kita ni kan?

Allah masih lagi hadiahkan saya ruang untuk bernafas di bumiNya ini, merasai indahnya nikmat iman dan Islam, merasai manisnya ukhwah fillah di atas jalan tarbiyah ni.



Banyak benda nak kene buat.

Takde lagi malas-malas. Komited. Moga semangat terus membara dalam jiwa-jiwa pemuda kahfi zaman ini. InsyaAllah.

Jazakumullah khairan kathira pada semua. Moga dapat jumpa lagi , insyaAllah!



p/s:
1-rupanya, ada orang rindu saya sangat2 masa tu. Sian dia, ternanti2 kepulangan saya. Maaf ye, lain kali saya akan bawak handphone bersama^_^
2-jzkk pada semua yang mendoakan=)
3-utk nadiah, selamat terbang ke bumi aceh! moga selamat pergi n selamat pulang.

salam alaykum