Monday, February 8, 2010

kita tidak punya pilihan


بسم الله الرحمن الرحيم






Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat iman dan islam hingga saat ini. Kadangkala, kesibukan menjadikan kita lebih menghargai masa-masa yang pernah kita bazirkan dahulu.

Di kala masa yang sempit inilah, kita akan banyak belajar untuk mengurus masa dengan sebaiknya. Punya jadual yang betul-betul tersusun supaya semua yang ditarget dapat dicapai. insyaAllah.

Satu hari, saya ym dengan seorang adik. Waktu itu, dia sedang berehat sebentar sebelum menyambung semula tentatif program yang sedang dijalankan. Dia kata tengah buat ISK. Sekadar bertanya khabar kerana dah lama tak bertemu,rupanya waktu itu mereka sedang buat ISK online!

Biasanya, ISK yang saya lalui, dan buat dengan adik2 di manipal, akan ambil masa 2 hari sebab amik hari sabtu dan ahad,full day. Tak sangka mereka boleh buat online. Sebab dia kata adik2 di sana semuanya duduk jauh-jauh.
usrah online dengan jumpa direct sudah tentu lain rasanya. Tapi, kerana itulah sahaja pilihan yang mereka ada, dan kerana perlunya rasa untuk menyampaikan benda tu pada adik2 mereka disana, tidak kisahlah cara apa sekalipun asalkan sampai mesejnya!

Semangatnya mereka untuk mentarbiyah dan membawa bersama orang lain untuk merasai nikmatnya berada dalam tarbiyah ini.

Kita, yang boleh jumpa dengan mad'u secara direct pun kadang-kadang ada sahaja alasan dan kekangan. Bila kurang program dan tiada murabbi, kita meminta-minta. Tapi, bila dah dapat, program yang banyak di sana dan disini, kita sudah mula melupakan. kita tak komited.

Teringat kata kak salimah, bila di suatu tempat tu dah banyak program islamic dan suasana tarbiyah dah wujud, cabarannya adalah untuk mencari yang betul2 berkualiti pula. Bagi tempat yang memang susahnya merasai nikmat nya ada ramai ustaz dan murabbi, di situlah akan muncul daie yang hebat2, kerna mereka merasai sukarnya nak dapat secebis tarbiyah , demi mencari sekeping cahaya yang ada.

Mereka tiada pilihan, merekalah yang harus mencari sendiri untuk tarbiyah diri sendiri dan memberi pada adik-adik.

Keadaan di malaysia, semestinya lebih mencabar. Boleh lihat orang islam di mana-mana, kalau tegur dan bagi salam, akan nampak pelik di mata mereka. Banyaknya program ilmiah yang sentiasa ada di mana-mana. Dan kini, terpulang pada kita. Semua tu dah ada depan mata.

Takkan nak salahkan sebab rumah dah dekat, maka makin sukar nak pergi program. Takkan juga nak salahkan ramai orang yang dah boleh diharap untuk bekerja untuk agama ini, maka kita sambil lewa dan sentiasa mengharapkan orang lain untuk tampil kedepan.

Kita jadi makin malas, kerana kita merasakan akan ada orang yang akan buat kerja. Sebabnya, kita terlalu merasakan kita berada di zon yang sangat selesa!


Padahal, disinilah wujud cabaran yang lebih besar. Di mana, sukarnya mencari yang benar2 berkualiti di samping banyaknya kuantiti yang kita ada.

Dari semua yang kita lalui, kita punya banyak rujukan, ramai akhawat yang bisa sahaja membantu, dan kita harus lah sentiasa kedepan bekerja bersama-sama demi dakwah ini. Jadilah yang pioneer, yang sentiasa memulakan, kerana kita tak tahu berapa banyakkah sebenarnya yang Allah tuntut dari diri kita.

Jangan sampai kerna kita yang lambat bergerak dan mengambil enteng perkara dakwah ini, maka kita adalah penyebab lambatnya ustaziatul alam ini tercapai.

Yang penting, hargai apa yang kita ada. Gunakan source yang ada sebaiknya. Kitalah daie yang bertanggungjawab atas tiap2 hati yang inginkan cahaya.

Alangkah indahnya andai semua orang dapat rasa ke'best'an hidup dalam tarbiyah ini. Alangkah indahya andai semua orang yang kita sayang dapat rasa betapa manisnya 'musafir' di bumi Allah ini.

Hidup ini tak panjang.

Takutnya bila kematian menjemput, namun bekal kita hanya kosong cuma.

Dan sebenarnya, kita tidak punya pilihan.

Mengislahkan diri dan amar makruf nahi munkar.


peringatan buat diri sendiri yang alpa.

wallahualam.








2 comments:

Syazwani'Aqilah said...

=)
Hidup tak panjang, TAKUTLAH kalau bekal kite tak cukup T_T
Kak Mus'ab tu nama RI ek?

@ Mus'ab jugak~

syabab said...

InsyaAllah nama bilik jadi RI=)
doakan wanie!!

moga jadi mus'ab di sana!^_^