Friday, July 4, 2008

love is the start of every miracle

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

rasanya hampir seminggu tak post apa-apa dalam blog ni..mungkin sebab byk sgt kerja yang harus dilangsaikan..al maklumlah..pbl, sdl, test etc...alhamdulillah petang ni punya sedikit kesempatan untuk mencoret sesuatu dlm blog yang serba kekurangan ni..

teringat dulu, masa tu saya menuntut di ktt[kolej teknologi timur]..hari tu hari jumaat, on d way pulang ke rumah, saya sempat jalan-jalan kat terminal 1 seremban..memandangkn terminal 1 ni jaraknye berdepan je dengan stesen bas...tempat yang saya biasa tuju adalah kedai buku kat tingkat bawah skali..mana tau jumpe kaset nasyid terbaru atau bahan-bahan bacaan yang menarik hati=] sedang saya belek buku2 kat c2, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah satu sudut di hujung kedai buku tu.. mata saya tertaut sekejap kat situ..lama juga...alhamdulillah dia tak perasan saya pandang dia agak lama tadi...saya melihat jam..waktu untuk bas saya bertolak x lama lagi..saya terus meluru keluar dari kedai tadi..tak sempat beli apa-apa...huhu...

sebulan kemudian....

singgah ke terminal 1 sekali lagi...opps..!! jumpe dia lagi kat kedai buku tu..mcm berjodoh je..huhu.. tak tahu macammane saya menebalkan muka aprroach dia..dia amat menarik minat saya untuk terus mengenalinya...entahlah hati ni berkata, dia sangat lain dari yang lain..
start dari situ, saya semakin selalu berjumpa dengan dia,mula-mula tu mungkin baru nak sesuaikan diri, tapi bila dah setiap hari berhubung, saya merasakan kami sangat serasi..
dari sehari ke sehari, hubungan kami semakin intim...dalam apa-apahal saya akan rujuk pada dia...kalau saya ada masalah, automatically saya akan jumpa dia..dlm fikiran ni takde fikir yang lain dah...yang saya tau dialah tempat saya meluahkan segala keresahan di hati ini..x kesahlah kalau syaa ada masalah kecik sekali pun..masalah study ke..masalah dengan kawan-kawan ke..dialah tempat saya meluahkan segalanya...lepas jumpa dia, mesti saya rasa sangat lega, kembali bersemangat, semua masalah hilang..rasa bersyukur sangat..tak sia-sia saya berkenalan dengan dia...

memandangkan kami dah selalu jumpa, [everyday for sure] , walaupun ada kelas...walaupun saya sibuk dengan pelajaran dan aktiviti seharian, tapi dia saya tak lupa..malah dia pun memberi respons positif, selalu menaikkan semangat saya untuk terus teguh di Bumi Allah ni..tu yang perasaan sayang saya pada dia makin menebal..bak kata pepatah.."memberi kasih tanpa memilih" tak gitu? apa yang membuat saya tekad untuk terus bersama dengan dia..ialah..dia menyebabkan saya semakin dekat dengan Allah..dia mengingatkan saya untuk bangun awl pagi bermunajat pada Allah, selain itu, dia mendidik saya untuk jadi orang yang berguna untuk diri sendiri, kawan-kawan, ibu bapa, dan ummat Islam seluruhnya..

pernah suatu ketika...saya terleka dengan urusan duniawi yang memang tak memberi manfaat pada saya pun..memanglah seronok sebab syaitan ni kan suka mencucuk-cucuk, kadang-kadang,sampai saya terlupa janji temu saya dengan dia..namun, fitrah hati..saya rasa bersalah sangat pada dia..saya sudah mula tidak hiraukan kehadiran dia dalam hidup saya..dia tak kata apa-apa, tapi saya faham diamnya itu penuh bicara tersirat..nak tak nak, saya akui saya rindu pada dia...kalau dulu, saya yang bersungguh-sungguh untuk kenal dengan dia, sekarang bila hubungan yang intim ini sudah terjalin, saya buat hal pula...mana x kecil hati..saya kembali kepangkuannya....alhamdulillah dia masih sayang pada saya..dan akan tetap terus menyayangi diri ini...saya berjanji tak akan tinggalkan dia lagi...saya harus kotakan semua janji2 saya pada dia...saya berdoa moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila...kehilangannya tak mungkin dapat diganti...akan saya hargai sepenuh hati...

dan dia adalah Al-Quran yang saya cintai=D

Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi:

"…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…

Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dgn kehidupan dunia…"

Betapa Hamlatul Quran yang hakiki,

Adalah insan yg sanggup bermujahadah dalam kepayahan,

Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dgn keperitan

Sahabat-sahabat Al-Quran,

Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?

Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?

Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?

Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?

Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?

Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…

Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran?


Ya Allah

Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki

Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi

Agar kehadiranku di dunia ini bermakna

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi

Dengan alunan ayat-ayat suci yg sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati

Lantas itu

Ku pinta padaMu ya Ilahi

Agar di saat-saat akhir hayatku

Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku

6 comments:

mr.thex said...

hm...good post

Mohd Izwan Samion said...

haish~ bahaye2..kalau ah ade orang x habis bace,kan salah anggap nanti..hehehe

syabab said...

sebab tu lah kene baca smpi habis=D

izzah said...

=)

Hamlatul Quran.

Nurul Amiza Mat Adam said...

'Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…

Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran?'

moga kita berusaha menjadi hamlatul Quran yg sejati 'sebenar-benarnya'..bukan hanya mainan puisi..

thanks ats artikel yg menyentuh ini sahabatku, tulisan yg sggh indah!
^^,

Khairul Ihsan said...

perghh...berjaya membuat aku berkata "BIAR BETIK DIE NIE" sebelum membaca ayat yang terakhir...semoga berjaya selalu..