Monday, September 22, 2008

taubat

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kita masih sempat untuk menempuh malam-malam terakhir di bulan ramadhan..bagi yang telah memanfaatkan sepenuhnya hari-hari yang berlalu di sepanjang bulan yang mulia ni..teruskanlah..bagi yang baru sahaja sedar bahawa ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi, bangkitlah..masih punya waktu untuk kita menginsafi kekurangan diri,memohon ampun dan taubat dari Yang Maha Esa..

Taubat..
adalah meninggalkan sesuatu yang tercela menurut syara'...
menuju ke arah sesuatu yang terpuji menurut syara'...
mengetahui bahawa dosa-dosa dan maksiat menimbulkan kebinasaan dan menjauhkan diri dari Allah SWT dan syurganya...
sedangkan semua itu bererti mendekatkan diri kepada Allah dan syurganya...

Ketika Adam a.s.makan [buah] dari pohon terlarang,gugur pakaian di tubuhnya sehingga tampak auratnya dan tinggal mahkota di atas kepalanya,Adam a.s. terasa malu memakainya. Kemudian, datanglah Jibril a.s. dan mengambil mahkota itu dari kepalanya..

Kemudian..
diseru kepada Adam dan Hawa:turunlah kalian dari sisiKu, kerana tidaklah berdekatan dgnKu bagi sesiapa yang mendurhakaiKu..Kemudian Adam menoleh kepada Hawa dengan perasaan malu..[demikianlah disebut oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Nabi SAW bersabda:

Taubat itu merobohkan dosa

Diriwayatkan dari Al-Hasan r.a.dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda:

“Andaikata seseorang dari kamu berdosa,hingga memenuhi ruang antara langit dan bumi,kemudian ia bertaubat,nescaya Allah menerima taubatnya”

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata: syarat-syarat taubat ada tiga.

1]menyesali pelanggaran-pelanggaran yang telah dilakukan.

2]meninggalkan perbuatan dosa dalam semua keadaan dan waktu

3]bertekad untuk tidak kembali melakukan maksiat dan dosa, kerana ia tahu bahawa

maksiat-maksiat itu menghalangi ia dari Tuhannya.

Penyesalan…

Samalah seperti kita kehilangan Kekasih hati…

Hati pun akan merana dan sakit,

Maka tumpahlah air mata..

Yang pada akhirnya kita akan bertekad untuk tidak lagi kembali melakukan perbuatan itu

Tatkala kita menyedari keburukannya dan mengetahui bahawa ia lebih berbahaya dari

Racun yang mematikan,binatang buas yang ganas,

Api yang membakar dan pedang yang tajam…

Ingatlah bahawa orang yang hebat adalah orang-orang yang tidak pernah putus asa memohon kepada Allah, yang sentiasa berdoa dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan..

“bekunya air mata kerana kerasnya hati,

Kerasnya hati dari banyaknya dosa,

Banyaknya dosa dari lupanya mati,

Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.”

1 comment:

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

byk dosa.takut nak taubat nasuha.takut ulang semula.mcm mane?berkobar2 nak brubah.nnt buat balik.mcm mane?nilah dugaan yg lbh besar dlm dunia.cmne oyuk?cmne?help me......................