'sharing is caring'
mesti anda semua pernah dengar quote ni kan?
fuh! mendalam tuh..
meh saya kisahkan satu cerita...
si A dan si B bersekolah di satu sekolah yang sama. Tapi mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain. Si A nampak si B ni..macam garang je. nak tegur pun takut.mana taknye, muka serius je.Tapi, satu hari, mereka ditakdirkan untuk bekerja bersama atas tugas dalam kumpulan. Mula-mula, si A macam acuh tak acuh lah..malu mungkin.
Disebabkan mereka dalam satu group, so nak tak nak kenelah bekerjasama. Dari kawan sekumpulan, si A lebih mengenali B ni. Mula bekerja bersama, makan bersama, kadang-kadang, nak pergi program pun bersama-sama. Sesi taaruf pun berlangsung sepanjang masa itu tanpa disedari oleh si A dan si B. Setelah sebulan, mereka telah pun mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat.
A: awak ni tak seperti yang saya sangka dulu.
B: eh, kenapa? muka saya nampak garang eh?
A:heee, aah kot..serius semacam je..saya nak tegur pun takut
B:huhu, ramai cakap cmtu, bila dah kenal, saya tak macam tu kan? :p
A:rupanya, awak ni lain dari perception saya yang asal. Baik, suka buat lawak, murah dengan senyuman sebenarnya..
B:saya ni biasa2 je..awak pun, dulu, saya tak kenal awak..tapi, bila dah kenal, awak ni...bestlah!
A dan B senyum sendiri. Mereka mula memahami hati masing-masing. Hubungan mereka dari sehari ke sehari makin rapat. Pergi kemana-mana mesti berdua. so sweet..:)
mungkin mereka sudah kenal dan bersahabat..sehinggalah sampai satu masa persahabatan mereka diuji..dan disinilah mereka lebih mengenali diri masing-masing,mengenali hati sahabat mereka..
A :
banyaknya masalah..aduhai..nak mengadu pada B, kasihan pula pada dia. Group usrah yang dia pegang makin bertambah. Dia punya banyak tanggungjawab, ingin melayan adik-adik lagi.. tak kan aku nak susahkan dia lagi? Komitmen dia semakin bertambah, semakin sibuk. Ish, dia bukan milikku seorang. Kalau dulu, mungkin aku mudah bercerita, tapi kini, aku juga harus pandai hadapi masalah ini sendiri..
di sudut yang lain pula,
B:
kenapa dia banyak berdiam ye sekarang?
aku tahu dia punya masalah, tapi bagaimana nak tanya? sudah kurang ber'cerita' dah sekarang ini. argh..rindunya!
mungkin aku sibuk, tapi aku perlukan dia.. aku perlukan dia untuk kuat di jalan ini.
tapi,dia juga punya masalah sendiri. takkan aku nak susahkan dia pula mendengar masalah ku ini? masalah adik-adik, masalah aku..yang kadang rasa nak tumbang ni..
satu hari.....
B:awak...kita jumpa nak petang ni? dah lama rasanya tak duduk berdua kan?
A:okey, boleh-boleh^_^
[dalam hati masing-masing, gembira yang amat, tapi diam-diam sendiri, tak nak tunjuk la kononnya gembira, adehh..]
setelah tiba waktu yang dijanjikan..
mereka duduk berdua, sambil memerhatikan matahari terbenam..subhanaallah! cantik ciptaan Allah.
B menyandarkan kepalanya di bahu A.
Perlahan-lahan, A meletakkan tangannya di bahu B, memeluknya erat dari belakang.
Tiba-tiba, bahu A basah. B lemah. Meruntuhkan egonya. Menangis semahu-mahunya.
B: Awak... sayang saya?
A terdiam sebentar.
A: kenapa cakap macam tu.. saya sayang awak lah..
B:habis tu, kenapa dah lama diam sendiri? awak ada masalah, tak share pun dengan saya.
A:bukan macam tu, saya nampak awak sibuk, banyak masalah orang lain lagi awak nak fikir, saya tak nak susahkan awak..
B:awak pernah dengar kan, sharing is caring? awak tak care kat saya ke?
A:la..bukan macam tu.. saya just tak nak susahkan awak je..key, takpe2, pasni saya tak buat lagi key?
B:awak tak pernah susahkan saya. kalau dulu, awak selalu bercerita dengan saya, dan itu jadikan saya lebih kenal awak, hubungan kita makin rapat..sekarang ni, awak makin jauh..awak dah jarang bercerita.
A:maafkan saya..saya tak sedar benda tu akan jadi macam ni. saya sedar kita makin jauh berbanding dulu. i m sorry dear...
A dan B..berdua memandang ke langit, yang makin lama makin kekuningan..matahari semakin menundukkan pandangannya, menyerahkan pada bulan yang semakin lama memunculkan dirinya..
sejak itu..
A dan B sering meluahkan apa yang mereka rasa.
bercerita,meluah apa saja.
kalau rindu, katakan saja.
hanya dengan satu mesej,
" saya rindu awak sangat hari ini.."
cukup..cukup memberikan satu perasaan yang amat indah buat dua sahabat itu.
walaupun mereka berjumpa tiap-tiap hari, namun kata rindu tidak pernah lekang dari ingatan mereka.
jiwang ke? mungkin ada orang kata, tak yah tunjuk kalau kita sayang atau rindu seseorang, tapi sejauh mana keberkesanannya dalam sesebuah hubungan itu?
saya bagi contoh..
bagi orang yang sedang hangat bercinta,
sudah tentu tiap-tiap hari akan mesej, ucap kata rindu dan sayang..hatta jumpa tiap-tiap hari pun, nak kemana pun bersama kan? tapi ungkapan rindu itu tetap mereka luahkan.
bila perasaan itu diluahkan, kan lebih menusuk jiwa orang yang kita sayang tu. Makin erat lah perhubungan. Sebab itu, orang yang hangat bercinta ni, sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya...
cuba kita aplikasi konsep yang sama dengan sahabat kita.
bagi mesej tiap hari, rindu, sayang..[pelik ke? ]
nak kasih sayang dia? silakan..mintaklah! Sahabat kita tak kan kecewakan kita..
kalau dia kata "eee..ape ni..gelilah!" <---maybe dia tak biasa lagi dan bila camni, takde lah give and take macam 'psgn yang sedang hangat bercinta nih'
Sebab itu, dengan sahabat kita pun , patut ada give and take.
Tak salah pun , nak minta 'hug' atau nak wish kata sayang dan rindu pada dia tiap2 hari.
Bak kata orang tua-tua, tok sah dok geli..bukan haram pun..^_^
cuma masalahnya sekarang ni, kita ego--->"paham-paham sendiri sudah" <----
Bila kita berterus terang, barulah lebih kenal sahabat kita, lebih menumbuhkan bibit-bibit cinta dalam erti kata sahabat. Lebih manis lagi, andainya ukhwah itu kerana Allah semata.
MasyaAllah, indahnya!
kata-kata as-syahid mustafa masyhur: orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwah kerana Allah merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan dunia.
bagi akhawat amat2 lah applicable,
tapi bagi ikhwah..mungkin ada yang kata "ish, tak kan nak cakap camtu kot..buang tabiat ke ape? "
[maybe ada cara lain ? ^_^]
kesimpulannya kat sini..
berterus teranglah, jujurlah, luahkanlah. ^_~
sharing is caring!
hanya pendapat saya sahaja..
sekian,
sambung buat slide untuk presentation esok,
syabab
1 comment:
huhuhu..apa la awak ni
Post a Comment