Friday, July 3, 2009

blog & dakwah

Bismillah walhamdulillah

Bila keadaan sibuk, time tu lah macam-macam sangat yang ingin ditulis. Tapi, bila masa lapang sikit, semua idea hilang, dan tiada mood nak tulis blog. Lebih suka membaca blog orang lain.
Kadang tu, bila time nak exam lah idea mencurah-curah. Selepas exam, stimulus tu hilang dah.

Teringat kata seorang sahabat, dalam penulisan blog pun, kene istiqamah. Apa yang kita lakarkan di blog, orang baca, dan akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Sebab itu penulisan itu haruslah ada tujuan yang jelas. Bukan setakat menconteng tapi haruslah memberi 'sesuatu' buat pembaca malah sebagai peringatan buat penulis sendiri. Biar ada 'ruh' dalam penulisan. Barulah apa yang disampaikan meresap dari hati ke hati.

Macam itu juga dalam berdakwah. Perlunya pada istiqamah. Seorang murabbi itu haruslah kuat 'ruh' dakwah nya agar para mutarabbi merasai ruh dakwah itu juga. Apa yang murabbi lakukan akan menjadi contoh dan ikutan sebagai pelajaran buat mutarabbi.

Kata-kata yang bisa menaikkan semangat para daie dan daieyah,

Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki militansi
Semangat juang yang tidak pernah pudar
Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka
Boleh jadi usia mujahid yang membawa misi dakwah tersebut tidak panjang
Tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggal mereka
[ust Rahmat Abdullah]

Allah memberikan ganjaran sebesar-besar dan darjat setinggi-tingginya
Bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian dakwah
Jika cubaan yang diberikan Allah hanya yang biasa-biasa sahaja
Tentu kita tidak akan mendapatkan ganjaran yang hebat
Disitulah letak hikmahnya, Bagi kader-kader dakwah agar bekerja dengan bersungguh-sungguh
Dan sabar atas jalan dakwah ini
Maka perjuangan ini tidak boleh ditempuh dengan ketidaksungguhan
[KH Rahmat Abdullah]

Orang yang beriman selalu punya ciri tersendiri dalam menata hatinya
Saat dia mendapat kesulitan pun dia tetap akan ceria
Jasmaninya mungkin lelah, fikirannya mungkin kalut dan jenuh,
Tapi tidak dengan hatinya yang selalu yakin
Pada Allah yang masih sayang padaNya

p/s:blog pun salah satu cara berdakwah kan? ^_^
sharing kan caring~~






4 comments:

maisarah said...

^_^

betul2. dalam setiap benda yang kita lakukan mesti ada matlamat!
n matlamat itu perlu jelas dan semestinya hanya diniatkan kerana Allah S.W.T.

nurani said...

maisarah:
insyaAllah enti^_^

horiah zahidah said...

insyaAllah,dakwah tu byk caranya.mengajak pd jalan yg benar.paling kurang,terkesan pd diri sendiri,Alhamdulillah..
time kasih kak nura utk usrah td,amat bermanfaat ;)

nurani said...

horiah zahidah:
setuju tu dik..
moga terpelihara iman dan akidah.
sayang awak selalu!!
insyaAllah, jumpa di next meeting!^_^