Thursday, October 30, 2008

tolong jangan baca!!

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

apa kabar semua?? sehat? harapnya semua dlm keadaan baik dan sehat2 sahaja..
[uhuk uhuk] huh...berhabuk! dah lama sgt membiarkan blog ni sepi dan sunyi...
dah hmpr sebulan juga meninggalkan...alhamdulillah nmpknya masih sehat cm dulu..hehe..
kepada si penulis blog, diri tu x nak menulis lagi ke?
erm..dah hmpir 3 minggu lebih laptop tiada..ops..silap.bukan tiada..tp kene infection from newly encountered virus, so kene hntr masuk wad icu..smpi sekarang masih coma di hospital..tidak menampakkan tanda2 positif lagi buat masa ini..xpelah..moga satu hari nanti lappy to bangkit dr coma nyer..insyaAllah...^_~

bila tgk blog2 org lain, penulis ucapkan tahniah sebab nampak berseri2 dan begitu bertenaga dgn post2 terbaru ..tidak lupa juga pada design2 baru mcm cik maisarah..hehe...semoga sentiasa update yer..jgn jadi cm penulis ni..heheh...actually sejak kebelakangan ni makin byk perkara yg berlaku dlm hidup penulis yg membuatkan diri penulis bz dgn prioritinya..sesi pertarbiahan diri dari Allah semakin hari semakin menuntut diri penulis utk tidak lekat pada lappy ats sebab2 tertentu..bermula dari mlm2 yg dingin hinggalah ke pagi2 yg ceria mcm di malpe beach[best study smbil dgr bunyi ombak] smpailah ke petang2 yg x berapa nak redup mcm kat end point..namun bila tgk semua keindahan dan kebesaran ciptaan Allah ni lah yang buat diri penulis berfikir dan muhasabah kembali bahawa dalam hidup ini..rupanya byk lagi perkara yg harus diselesaikan dan dititikberatkan...

mungkin selepas ini blog ini akan berhabuk sekali lagi..[doakanlah tidak^_~] namun, buat semua bloggers di alam internet ini, teruskan lah bertinta..moga2 isi yg ditulis dpt memberi manfaat pada semua para pembaca..namun harus di ingat, kita bz tarbiyah org, jgn lupa untuk tarbiyah diri sendiri ya..mengadap laptop smpi ke tgh malam..xpun smpi ke pagi..sepatutnya waktu2 mcm ini kita letakkan dahi kita di atas sejadah,tarbiyah hati dgn Al-Quran..supaya lebh akrab dgnNya..tidak salah untuk mem'blog' asalkan pandai mengagihkan waktu sebaiknya..barulah mantap peribadi as a daie..

selain itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu..maka tuntutlah..dan sebarkanlah..walaupun sepotong ayat..mana tau sepotong ayat tu lah yg bisa menjentik hati2 yg ingin dekat pada Pencipta..sebagai seorg yg mempunyai ilmu, peliharalah peribadi anda, tidak kiralah di mana jua anda berada,sesungguhya ALlah Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati setiap hamba2Nya...kadangkala penulis agak sedih bila melihat org yg byk ilmunya, tapi melakukan juga perkara2 yg melanggar syariat yg terang-terangan..namun penulis tidak menafikan bahwa penulis juga byk kali melakukan kesilapan..sama2 lah kita menjengah ke fasa BERAMAL...amalkan lah apa yg telah kita pelajari..jgn ditokok ilmu segunung langit, tp satu pun tidak diamalkan dlm kehidupan..sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buat org2 yg sedar..

semua org tahu dan sedia maklum bahawa kita dijadikan as daie dan khalifah di muka bumi ini..dan priority kita yg utama x lain x bukan adalah berdakwah..katakan:
1st partner-dakwah..sesunguhnya di jalan ini aku bernikah..bernikah dengan dakwah dan tarbiyah..
sorry dear, u r the 2nd..
so walau apepun yg kita lakukan, fikirlah dgn kewarasan akal yg Allah anugerahkan..semua yg menjadi milik kita sekarang hanyalah pinjaman drNya..aduhai, malunya kita apabila tiba masa untuk dipulangkan nanti semua yg dipinjam dah rosak dan buruk..'barang2' ni semua Dia punya, termasuklah hati dan akal kita..Dia bagi kita sementara kat dunia ni so that we can live dgn bahagianya kat sini dan mudah utk kita beribadah pada Dia....maka, gunakan ia sebaiknya ya..jaga elok2..semoga tak malu di hadapan Allah nanti..

nampknya setakat itu sahaja karangan upsr dr pihak penulis..rsnya x smpi 200 perkataan[ye ker?] penulis ingin meminta maaf atas segala salah tutur bicara selama mana penulis menulis di blog ini..[ni mcm dah x nak blogging je bunyinya] heheh...moga diberi kesempatan di lain kali...insyaAllah..doakan penulis untuk exam yg akan dtg..block 3[25th nov]
akhir kalam, penulis doakan para pembaca sentiasa di limpahi rahmah dan barakah dariNya..insyaAllah...

sekian, jazakumullah khairan kathira







Thursday, October 23, 2008

sedarkah wahai dai'e

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

dakwah dan tarbiyah...
'amar makruf nahi munkar' dan mengajak manusia ke arah kebaikan dengan berterusan..
tanggungjawab as dai'e dan khalifah di muka bumi Allah ini sememangnya menuntut kita untuk sentiasa ingat pada kerjaya utama kita ini..
bila menghadiri majlis2 ilmu, bila dengar lagu2 jihad, kita bersemangat..bahkan sampai menitiskan air mata...semangat berkobar2 untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw..macam2 yang difikirkan apakah rencana2 yang bakal dilaksanakan untuk mad'u2..
namun apa yang menyedihkan..sesetengahnya hanyalah hangat2 tahi ayam.. bila keluar sahaja dari majlis ilmu, apabila kembali sahaja ke tempat asal kita, kita lupa, kita leka...
entah kemana semangat jihad yang berkobar tadi, entah kemana tangisan yang tulus ikhlas dari hati, entah ke mana semua rencana2 yang dia atur td...semuanya lesap...
janganlah kita dengan mudah dan sewenang-wenangnya mempermainkan nilai dakwah dan tarbiyah..jangan hanya omong2 kosong tapi tiada apa2 kerja yang dilakukan...
sebab itulah kita dituntut dlm berdakwah untuk kerja dalam satu jemaah..dalam satu kumpulan..semoga antara sesama kita ada yang mengingatkan..ada yang menegur..dikala kita lemah, ada yang membangkitkan, dikala kita rasa malas, ada yang mentarbiyahkan..susah kita untuk kuat jika tanpa jemaah..hati kita ini sentiasa di intai syaitan..tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak dimakan serigala bila keseorangan..kerana memang serigala ada di mana2..

perjalanan dalam dunia dakwah dan tarbiyah sememangnya sengit..kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok..as full time dai'e, mgkn kadagkala apabila kawan dan teman lain sedang enak dibuai mimpi, kita masih menadah buku dan risalah, segalanya hanya untuk memahami Islam yang masih byk perlu dipelajari..bangun awal pagi, menadah tangan mengadap Ilahi, perlu untuk hati ini supaya sentiasa thabat di jalan dakwah, dicekalkan hati dengan dugaan yang x putus2 tiba..
kadangkala, kwn2 seronok dihadapan cerita tv dan vcd, tetapi as dai'e, kita tolak,kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua..

dakwah tidak menjanjikan kerja yang bergaji mahal..apa yang lebih penting dari itu ialah dapat membantu kita supaya tidak tenggelam dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa..kerana itulah dakwah dan tarbiyah membekalkan kita dengan kekuatan dan kefahaman...dan sama2 kita bawa manusia lain dalam perjuangan kita yang masih panjang ini..

sedikit terkilan dengan sikap sesetengah para dai'e...
bercinta dan berhubung dengan menggunakan atas nama dakwah..malu rasanya pabila memperkatakan soal berkaitan dakwah, namun pada hakikatnya hati itu sedang berbunga-bunga berbicara dengan org yg disayangi yang pastinya belum halal di sisi syarak..dakwah digunakan sebagai batu loncatan untuk memperhebatkan lagi mesej-mesejan, perjumpaan yang selalunya tidak penting,keluar makan2, memberi hadiah, menolong itu dan menolong ini.. dan macam2 lagi.yang sepatutnya itu semua boleh dielakkan...tidak ingatkah pada ayat Allah, surah as-saff .
"wahai org2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan?
itu sgtlah diBENCI disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan.."
[as-saff:2-3]

itulah kemenangan syaitan..kita merasakan kita benar, syaitan cuba menutup kesalahan yang kita lakukan namun pada hakikatnya salah di sisi Allah swt..sama2 kita renungkan wahai para dai'e sekalian..

di sini saya listkan 10 muwasaffat tarbiyah..
1-akidah yang sejahtera
2-ibadah yang sahih
3-akhlak yang mantap
4-luas pengetahuan
5-sehat tubuh badan
6-mampu berdikari
7-melawan nasfu
8-sangat menjaga masa
9-tersusun urusannya
10-bermanfaat pada org lain
renungkan diri sendiri, sudah cukupkah kita dengan sifat2 di atas?
adakah sekarang ini kita berusaha ke arah 10 yang di atas ini?
atau kita masih mengatakan tidak dan bermalas-malasan pada diri?
sesungguhnya Allah itu maha mengetahui atas segala tiap2 sesuatu,maka berusahalah, berdoalah melengkapkan jiwa dan nurani dengan sifat2 tarbiyah..kita sendiri lihat kan, bagaimana para2 sahabat yang berjaya dengan cemerlang dunia dan dijanjikan syurga Allah di akhirat..kerja utama adalah menegakkan agama Allah, di smping tidak meninggalkan urusan dunia..

jangan salahkan ibu bapa jika kita tidak beriman, kerana iman itu bukanlah dari keturunan,
jangan salahkan persekitaran jika kita futur, kerana jika hati itu kuat dan tetap matlamat, cmpaklah di mana2 kta masih mampu bangkit menegakkan risalah dakwah ini..
jangan salahkan kawan2 jika kita hanyut dan lalai, kerana semua itu bergantung pada kita untuk memilih jalan yang TERbaik buat diri sendiri.malah sepatutnya kita membawa kwn2 ke arah yg lbh baik..
jangan salah kan internet dan media jika kita banyak bazir masa dengan perkara tak berfaedah, kerana 'mereka' itu sepatutnya kita boleh gunakan untuk mencari bahan2 ilmiah dan untuk tujuan dakwah..
tepuk dada, tanya iman..

"wahai org2 yg beriman! masuklah dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti LANGKAH2 SYAITAN,..sungguh! ia musuh nyata bagimu."
[al-baqarah:208]

sekian, wassalam

Wednesday, October 15, 2008

infections to d "heart"

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt..

hari ni hari rabu, ramai org beli tebu, otak pun dah makin tepu, tapi bagaimana dgn qalbu...

qalbu..or dgn erti kata lain, liver or bahasa saintifiknya hati..bukn hati ayam, yang sedapnyerr kalau digoreng dan di makan panas2..tp hati manusia yang sering berbolak balik, terhuyung hayang kalau tak dibimbing dan dilatih dengan baik..

'bangun pagi2, badan rasa letih, tapi niat dah nak puasa sunat enam, tapi bila time tengah hari, alamak...panasnya hari ni! adeh...letihnya, tak boleh concentrate la tadi sebab otak ni tak cukup glucose..., lagi, teringin plak nak makan nasi beriyani chef inn, semalam tgk housemate makan mcm sedap je..[sbb smlm dia puasa].. buka fridge, haih..sodap nye coklat cadbury tuu...ada sprite lagi..adeh..petang ni dah la ada class pharmac 2 jam..larat ke ni nak smbung puasa? nak buka ke x ah? erm..skang baru pukul 11 lebih..nak tunggu buka puasa kol 6 lebh..7 jam lagi..hurm...'

ha...pernah tak kita mengalami situasi seperti di atas?
al-maklumlah..skang tgh musim panas yang memang amat la panas..tmbh2 dgn dahaga nyer..tmbh2 lagi dgn syaitan2 yang dah keluar dan bersepah2 merata-rata menggoda manusia..time puasa ramadhan , x lah rs sush sgt nak puasa..tp bila dah masuk syawal, nak puasa 6 pun susah..ada je alasannye..itulah kita manusia...sesiapa yang hati nya tak kuat,alamatnya berbuka awal lah haritu..bg sesape yg hati nya cukup kuat , alhamdulillah....=]
sama-sama renungkan ..sama ada hari2 kita dididik oleh hati yang bersih atau nafsu yang berlebih-lebihan..

setiap detik dan saat-saat yang kita lalui, banyak kan benda yang kita lakukan..kadang-kadang tanpa kita sedari ada perkara2 yang kita lakukan itu memberi kesan kepada hati sama ada kita sedar atau tidak..

hati adalah pengendali.jka pengendali tu baik, maka baiklah perbuatannya. jika pengendali tu dah rosak, rosaklah perbuatannya..so, kenelah jaga hati ni baik2 dr terkena infection..
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada 5 perkara,
1-bergaul dgn byk kalangan[baik dan buruk],
2-angan-angan kosong
3-bergantung pada selain Allah
4-kekenyangan
5- banyak tidur
adalah perkara2 yang menyebabkan hati kita ter'infect' dan akhirnya inflame dan damage..

kita lihat yg pertama[bergaul dgn byk kalangan]
pergaulan tu memang perlu, byk kawan2 pun perlu..pergaulan yg salah akan menimbulkan masalah..bergaul dgn org2 yang buruk akhlaknya lambat laun akan menghitamkan hati , melemahkan dan menghilangkan rasa nurani dan last2 ia akan berterusan membawa kita ke arah yg negatif...dlm tv pun slalu dipertontonkan org2 yg buruk akhlaknya ni akan dibalas oleh Allah di dunia lagi...sering terikut dgn org2 yg x ikut ajaran Allah hancur hidupnya..gara-gara mengejar kehidupan dunia..sebab tulah, kelak diakhirat, ramai yang menyesal kerana tersilap dlam pergaulan..
Allah berfirman,
"dan [ingatlah] hari[ketika itu] org yg zalim menggigit kedua tgnnya seraya berkata,'aduhai dulu kiranya aku mengambil jalan bersama2 Rasul.kecelakaan besar bagiku, krn aku dulu menjadkan si fulan itu teman akrabku..sesungguhnya dia yg menyesatkan aku dr Al-Quran ketika Al-Quran itu dtg kepadaku,"
(al-furqan:27-29)

"teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali org2 yg bertakwa"
(az-zukhruf: 67)

inilah pergaulan yang didasarkan oleh duniawi. mereka saling mencintai dan membantu jka ada hasil duniawi yg diingini.kerana itu, dlm pergaulan , ukuran yg dipakai adalah kebaikan. dan yg terbaik adalah bersahabat itu kerana ingin mendapat cinta dan redha Allah..

kita lihat yg no 2 pula[larut dlm angan2 kosong]
angan-angan ibarat lautan yg tak bertepi..bestnye berangan2 kan? itulah..inilah...mcm2 yg diangankan..24 jam berangan sahaja..apa nak jadi ni...
angan-angan kosong adalah kebiasaan bg org2 yg berjiwa kecil dan rendah..
masing2 khusyuk dgn angan2..ada yang mengangankan nak keliling dunia, nak harta yang melimpah ruah,kahwin dgn anak raja, dapat isteri cantik jelita..wah..memang tak terkira byknya!
namun, bg org memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya seputar ilmu, iman dan amal soleh yang boleh mendekatkan dirinya dgn Allah..inilah baru dikatakan angan2 yg baik!

ha..kalau nk berangan tu biar berpada-pada, sbb takut membawa binasa..biarlah berusaha sedaya upaya, jgn angan2 bagaikan melepas batuk di tangga..

turn to d 3rd[bergantung pada selain Allah]
inilah faktor terbesar perosak hati..tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah..
jika seseorang tu bergantung pd selain Allah,maka Allah akan menyerahkan urusan org tersebut kpd sesuatu yg ia bergantung padanya.Ia xkan dpt ape2 pun dr Allah,juga dr makhluk yg ia bergantung padanya.
Allah berfirman,
"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan2 itu menjadi pelindung bagi mereka.Sekali-kali tidak,kelak[sembahan2 itu] itu akan mengingkari penyembahan[ pengikut2 nya]terhadapnya, dan mereka [sembahan2 itu] akan menjadi musuh bagi mereka."
(Maryam:81-82)

maka org yg paling hina adalah bergntung selain pd Allah. Ia seperti org yg berteduh dari panas dan hujan di bwh rumah labah-labah.[paling rapuh]

kita lihat perkara ke-4 [makanan]
makanan yg merosakkn ni terbahagi pada 2:
1-merosakkan kerana zat yg terkndun dlmnya
---> yg diharamkan krn hak Allah seperti bangkai, darah, anjing,binatang buas yg bertaring dan burung yg berkuku tajam.
---> yg diharamkan kerana hak hamba, seperti brg curian, rmpasan dan sesuatu yg diambil tanpa kerelaan pemiliknya , baik secara paksaan , malu atau takut terhina.
2- merosakkan kerana melampaui ukuran dan batasnya. contohnya seperti dalam hal yang halal, makan sehingga kenyang yang amat sgt..apabila dah kenyang, maka timbullah rasa malas, terus sibuk dgn hal perut sendiri..dan syaitan pun seronok sbb dpt stay dlm aliran darah lama-lama..x sempit macam ketika kita puasa..

'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'
wah..bestnye pantun kat atas ni kan? memang suka hati..tapi bila perut kenyang ni dek byk makan dan minum,mesti meleret ke tidur yang nyenyak dan seterusnya mengabaikan urusan2 yg sepatutnya lbh patut diutamakan..

kita hayati hadis kat bwh ni..
'tidaklah seorang anak adam memenuhi bejana yg lbh buruk dr memenuhi perutnya[dgn mknn dan minuman].cukuplah bg anak Adam beberapa suap[mknn] yg bisa menegakkan tulang rusuknya.jika harus dilakukan,maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.
(HR.At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, disahihkan oleh Al-Albani)

k, we move to d 5th[tidur yang banyak]
zzzzzzzzzzzzzz...tidur memang best! tmbh2 masa musim hujan..dlm selimut je la jwbnye..hehe..
ha..tapi tidur yg byk ni pun x bagus....tidur atau bahasa yang best sket..kita sebut hibernasi..
bila lama sgt kite berhibernasi, boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu, menjadikan kita lupa dan malas... setuju x?
sedangkan tidur yg paling bermanfaatkan adalah tidur di saat2 yg memang kite perlu sgt utk tidur..Tidur pada waktu tgh hari lbh baik dr tidur pada waktu pagi atau petang..
di antara tidur yg dibenci adalah tidur antara waktu solat subuh dgn terbitnya matahari..sebab waktu itulah saat diturunkan dan dibukakan pintu2 rezeki ..saat2 yg penuh barakah!.
oleh sebab itu, tidur pada waktu ini hanyalah jika betul2 terpaksa..

secara umumnya, saat tidur yg plng tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dr spnjg malam, dan seperenam bahagian akhir malam..
kesimpulannya, nk berhibernasi jgnlah keterlaluan dan bgnlah di tgh mlm utk tunaikan qiamullail..itulah yg sebaiknya..wallahualam..
sama-sama kita bersihkan hati=]





[therapy untuk post kali ini..=]

Monday, October 6, 2008

santai..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt..










































wah..comelnye diorang ni...tengok banyak2 kali pun tak jemu..sejuk je mata memandang...
x kesahlah muke diorang ni dalam keadaan apa sekalipun, baru bangun tido ke..lepas nangis ke..makan ke..malahan wajah tengah tido pun geram je tengok...hehe...
tu lah kanak-kanak..teringat kata-kata wawa...budak kecik ni muke bersih sebab diorang takde dosa..

ha...bgi yg stress n nak release tension..boleh la menikmati wajah2 suci ni as therapy...
hehe..juz untuk berehat seketika..
sambil2 tu fikirkan kita yang dah tua ni...dah cukup amalan? byknya dosa yang kita buat setiap hari tapi kadangkala x sedar diri... terus menerus buat kesalahan yg sama...
kekuatan mendidik diri selepas ramadhan tanda berkesannya 'training masa ramadhan' yang kita lalui..kembalilah kepada fitrah..
jom kita berusaha memenuhi 10 muwasafat tarbiyah! insyaAllah...



"bajai iman dengan mujahadah,

didik nafsu dengan puasa,
asah fikiran dengan memikirkan mati,
bentuk peribadi dengan solat,
bina kalam dengan tasbih.."

Saturday, October 4, 2008

syawal 1429H

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt..

salam lebaran buat semua..
maaf zahir batin..[0-0 yer].<---- aih, pendeknye ucapan raya..

xpelah...org lain dah buat pnjg berjela..kita simpulkan je la ye..ehhe..
dalam kesibukan kita menyambut raya ni..tmbh2 saya yang x lah semewah mana dlm menyambut raya..ala kadar sahaja bersama sahabat2 yg setia meraikan junior2 di manipal yang indah nan permai nih..namun nak x nak teringat juga kat kampung halaman..hehe..kasihan kat abang and adik2 lelaki yang nampaknya berkorban saban tahun x beli baju raya dek adik2 perempuan yg agak demand nk ganti baju raya juga..al maklum perempuan..huhu..bertuahnya saya dok jauh tiap tahun dapat ganti baju raya..adik2 yg dok dekat terpaksa akur malahan diorang dah biasa agaknya beraya ala kadar dan sangat sederhana..pilu dalam gembira..adik2 yang matang dlm melihat kehidupan keluarga yang bukanlah senang mana..alhamdulillah cukup makan pakai seadanya..teringat kata2 mail tempoh hari, " mak, mail tak kesah kalau tahun ni xde baju raya, pakai baju melayu yang biasa mail pakai ni pun xpe..nanti kesian kat adik siti nk pakai baju baru, kasut baru, tudung baru.." baru meningkat ke tingkatan 4, namun mail lbh byk beralah..bangganya akak ngn kamu.. buat kakak n abg tersayang, berbaloinya perngorbanan kalian berdua dlm membantu keluarga..sanggup bergadai apa sahaja demi memberi keselesaan kepada adik2...ha..yang lain2 tu jgn nk penghabih duit je..jimat2 sikit ye..teringat plak kakak n abg n me share duit sbb me yg insist nk pi cari brg raya kat jalan TAR.[padahal, x beli brg sgt pun].huh..demand2! x nk ke tmpt lain ..last2..abg support duit minyak, me n sis support tol..adik no 4-lenggang kangkung..alasan duit jpa die x masuk lagi..hehe..its d 1st time since me balik dr manipal yg we went out together..best2..niat nak belanje diorang kat jalan tar..tp xde rezeki sbb kad atm icici kene tolak.. erm..buat mak dan ayah..tq so muc for everything..tahun ni juz dpt belikan ayh keychain kereta je..nanti tahun depan, anak ayah topup eh..mak pula dptla beraye buat pertama kalinya dgn handbag baru yg me belikan haritu..alhmdulillah..ingat lagi kata2 ayah, insyaAllah walau cmnepun susah hidup kami , bila anak2 semua dpt kumpul, itu dah cukup..anak2 tu kan rezeki..saya percaya ayah x sabar nk lihat kami semua 7 orang membesar jadi org berguna..waiting for my turn..bg peluang my sis berehat..

-tak lupa buat sahabat2 di manipal, tq so muc sbb berganding bahu mengorganize sambutan raya di sini.
-.buat alu3, moga2 kita akan tetap ber25 smpi hbs mdic course nih..ameen..
- to osmetz, tuai rumah nk minta maaf if selama ni ada buat salah silap..hidup Dai'e rangers!=]
-n x lupa buat sanak saudara di kampung..merata-rata di johor..[nk sebut ramai sgt]
buat syuhada n amalina di mesir, insyaAllah, jumpe tahun depan ye..
-to jiran2 mp park..rs bertuah dpt jiran2 cm korg nih=]
-n to all sahabat handai yg mengenali diri ini, selamat hari raya maaf zahir batin.. [ alu 3 on eid ]