bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt..
hari ni hari rabu, ramai org beli tebu, otak pun dah makin tepu, tapi bagaimana dgn qalbu...
qalbu..or dgn erti kata lain, liver or bahasa saintifiknya hati..bukn hati ayam, yang sedapnyerr kalau digoreng dan di makan panas2..tp hati manusia yang sering berbolak balik, terhuyung hayang kalau tak dibimbing dan dilatih dengan baik..
'bangun pagi2, badan rasa letih, tapi niat dah nak puasa sunat enam, tapi bila time tengah hari, alamak...panasnya hari ni! adeh...letihnya, tak boleh concentrate la tadi sebab otak ni tak cukup glucose..., lagi, teringin plak nak makan nasi beriyani chef inn, semalam tgk housemate makan mcm sedap je..[sbb smlm dia puasa].. buka fridge, haih..sodap nye coklat cadbury tuu...ada sprite lagi..adeh..petang ni dah la ada class pharmac 2 jam..larat ke ni nak smbung puasa? nak buka ke x ah? erm..skang baru pukul 11 lebih..nak tunggu buka puasa kol 6 lebh..7 jam lagi..hurm...'
ha...pernah tak kita mengalami situasi seperti di atas?
al-maklumlah..skang tgh musim panas yang memang amat la panas..tmbh2 dgn dahaga nyer..tmbh2 lagi dgn syaitan2 yang dah keluar dan bersepah2 merata-rata menggoda manusia..time puasa ramadhan , x lah rs sush sgt nak puasa..tp bila dah masuk syawal, nak puasa 6 pun susah..ada je alasannye..itulah kita manusia...sesiapa yang hati nya tak kuat,alamatnya berbuka awal lah haritu..bg sesape yg hati nya cukup kuat , alhamdulillah....=]
sama-sama renungkan ..sama ada hari2 kita dididik oleh hati yang bersih atau nafsu yang berlebih-lebihan..
setiap detik dan saat-saat yang kita lalui, banyak kan benda yang kita lakukan..kadang-kadang tanpa kita sedari ada perkara2 yang kita lakukan itu memberi kesan kepada hati sama ada kita sedar atau tidak..
hati adalah pengendali.jka pengendali tu baik, maka baiklah perbuatannya. jika pengendali tu dah rosak, rosaklah perbuatannya..so, kenelah jaga hati ni baik2 dr terkena infection..
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada 5 perkara,
1-bergaul dgn byk kalangan[baik dan buruk],
2-angan-angan kosong
3-bergantung pada selain Allah
4-kekenyangan
5- banyak tidur
adalah perkara2 yang menyebabkan hati kita ter'infect' dan akhirnya inflame dan damage..
kita lihat yg pertama[bergaul dgn byk kalangan]
pergaulan tu memang perlu, byk kawan2 pun perlu..pergaulan yg salah akan menimbulkan masalah..bergaul dgn org2 yang buruk akhlaknya lambat laun akan menghitamkan hati , melemahkan dan menghilangkan rasa nurani dan last2 ia akan berterusan membawa kita ke arah yg negatif...dlm tv pun slalu dipertontonkan org2 yg buruk akhlaknya ni akan dibalas oleh Allah di dunia lagi...sering terikut dgn org2 yg x ikut ajaran Allah hancur hidupnya..gara-gara mengejar kehidupan dunia..sebab tulah, kelak diakhirat, ramai yang menyesal kerana tersilap dlam pergaulan..
Allah berfirman,
"dan [ingatlah] hari[ketika itu] org yg zalim menggigit kedua tgnnya seraya berkata,'aduhai dulu kiranya aku mengambil jalan bersama2 Rasul.kecelakaan besar bagiku, krn aku dulu menjadkan si fulan itu teman akrabku..sesungguhnya dia yg menyesatkan aku dr Al-Quran ketika Al-Quran itu dtg kepadaku,"
(al-furqan:27-29)
"teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali org2 yg bertakwa"
(az-zukhruf: 67)
inilah pergaulan yang didasarkan oleh duniawi. mereka saling mencintai dan membantu jka ada hasil duniawi yg diingini.kerana itu, dlm pergaulan , ukuran yg dipakai adalah kebaikan. dan yg terbaik adalah bersahabat itu kerana ingin mendapat cinta dan redha Allah..
kita lihat yg no 2 pula[larut dlm angan2 kosong]
angan-angan ibarat lautan yg tak bertepi..bestnye berangan2 kan? itulah..inilah...mcm2 yg diangankan..24 jam berangan sahaja..apa nak jadi ni...
angan-angan kosong adalah kebiasaan bg org2 yg berjiwa kecil dan rendah..
masing2 khusyuk dgn angan2..ada yang mengangankan nak keliling dunia, nak harta yang melimpah ruah,kahwin dgn anak raja, dapat isteri cantik jelita..wah..memang tak terkira byknya!
namun, bg org memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya seputar ilmu, iman dan amal soleh yang boleh mendekatkan dirinya dgn Allah..inilah baru dikatakan angan2 yg baik!
ha..kalau nk berangan tu biar berpada-pada, sbb takut membawa binasa..biarlah berusaha sedaya upaya, jgn angan2 bagaikan melepas batuk di tangga..
turn to d 3rd[bergantung pada selain Allah]
inilah faktor terbesar perosak hati..tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah..
jika seseorang tu bergantung pd selain Allah,maka Allah akan menyerahkan urusan org tersebut kpd sesuatu yg ia bergantung padanya.Ia xkan dpt ape2 pun dr Allah,juga dr makhluk yg ia bergantung padanya.
Allah berfirman,
"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan2 itu menjadi pelindung bagi mereka.Sekali-kali tidak,kelak[sembahan2 itu] itu akan mengingkari penyembahan[ pengikut2 nya]terhadapnya, dan mereka [sembahan2 itu] akan menjadi musuh bagi mereka."
(Maryam:81-82)
maka org yg paling hina adalah bergntung selain pd Allah. Ia seperti org yg berteduh dari panas dan hujan di bwh rumah labah-labah.[paling rapuh]
kita lihat perkara ke-4 [makanan]
makanan yg merosakkn ni terbahagi pada 2:
1-merosakkan kerana zat yg terkndun dlmnya
---> yg diharamkan krn hak Allah seperti bangkai, darah, anjing,binatang buas yg bertaring dan burung yg berkuku tajam.
---> yg diharamkan kerana hak hamba, seperti brg curian, rmpasan dan sesuatu yg diambil tanpa kerelaan pemiliknya , baik secara paksaan , malu atau takut terhina.
2- merosakkan kerana melampaui ukuran dan batasnya. contohnya seperti dalam hal yang halal, makan sehingga kenyang yang amat sgt..apabila dah kenyang, maka timbullah rasa malas, terus sibuk dgn hal perut sendiri..dan syaitan pun seronok sbb dpt stay dlm aliran darah lama-lama..x sempit macam ketika kita puasa..
'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'
wah..bestnye pantun kat atas ni kan? memang suka hati..tapi bila perut kenyang ni dek byk makan dan minum,mesti meleret ke tidur yang nyenyak dan seterusnya mengabaikan urusan2 yg sepatutnya lbh patut diutamakan..
kita hayati hadis kat bwh ni..
'tidaklah seorang anak adam memenuhi bejana yg lbh buruk dr memenuhi perutnya[dgn mknn dan minuman].cukuplah bg anak Adam beberapa suap[mknn] yg bisa menegakkan tulang rusuknya.jika harus dilakukan,maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.
(HR.At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, disahihkan oleh Al-Albani)
k, we move to d 5th[tidur yang banyak]
zzzzzzzzzzzzzz...tidur memang best! tmbh2 masa musim hujan..dlm selimut je la jwbnye..hehe..
ha..tapi tidur yg byk ni pun x bagus....tidur atau bahasa yang best sket..kita sebut hibernasi..
bila lama sgt kite berhibernasi, boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu, menjadikan kita lupa dan malas... setuju x?
sedangkan tidur yg paling bermanfaatkan adalah tidur di saat2 yg memang kite perlu sgt utk tidur..Tidur pada waktu tgh hari lbh baik dr tidur pada waktu pagi atau petang..
di antara tidur yg dibenci adalah tidur antara waktu solat subuh dgn terbitnya matahari..sebab waktu itulah saat diturunkan dan dibukakan pintu2 rezeki ..saat2 yg penuh barakah!.
oleh sebab itu, tidur pada waktu ini hanyalah jika betul2 terpaksa..
secara umumnya, saat tidur yg plng tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dr spnjg malam, dan seperenam bahagian akhir malam..
kesimpulannya, nk berhibernasi jgnlah keterlaluan dan bgnlah di tgh mlm utk tunaikan qiamullail..itulah yg sebaiknya..wallahualam..
sama-sama kita bersihkan hati=]
[therapy untuk post kali ini..=]
2 comments:
Hai hati, banyak sungguh penyakit kamu. Semoga proses penyuciannya sentiasa berterusan. ^^
p/s: Kak, rasanya yang dimaksudkan dengan Qalbun bukannya Hati=Liver, tetapi Jantung kita, Heart kata orang jawa. Maaf andai tersilap.
salam..
dik, qalbun tu hati.."heart" bhs kita..jantung tu akak x sure..heheh..
=]lbh kurg agaknye kut..tp kalau akak slh.tolong btulkan ye..^_^
Post a Comment