bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wrt..
dakwah dan tarbiyah...
'amar makruf nahi munkar' dan mengajak manusia ke arah kebaikan dengan berterusan..
tanggungjawab as dai'e dan khalifah di muka bumi Allah ini sememangnya menuntut kita untuk sentiasa ingat pada kerjaya utama kita ini..
bila menghadiri majlis2 ilmu, bila dengar lagu2 jihad, kita bersemangat..bahkan sampai menitiskan air mata...semangat berkobar2 untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw..macam2 yang difikirkan apakah rencana2 yang bakal dilaksanakan untuk mad'u2..
namun apa yang menyedihkan..sesetengahnya hanyalah hangat2 tahi ayam.. bila keluar sahaja dari majlis ilmu, apabila kembali sahaja ke tempat asal kita, kita lupa, kita leka...
entah kemana semangat jihad yang berkobar tadi, entah kemana tangisan yang tulus ikhlas dari hati, entah ke mana semua rencana2 yang dia atur td...semuanya lesap...
janganlah kita dengan mudah dan sewenang-wenangnya mempermainkan nilai dakwah dan tarbiyah..jangan hanya omong2 kosong tapi tiada apa2 kerja yang dilakukan...
sebab itulah kita dituntut dlm berdakwah untuk kerja dalam satu jemaah..dalam satu kumpulan..semoga antara sesama kita ada yang mengingatkan..ada yang menegur..dikala kita lemah, ada yang membangkitkan, dikala kita rasa malas, ada yang mentarbiyahkan..susah kita untuk kuat jika tanpa jemaah..hati kita ini sentiasa di intai syaitan..tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak dimakan serigala bila keseorangan..kerana memang serigala ada di mana2..
perjalanan dalam dunia dakwah dan tarbiyah sememangnya sengit..kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok..as full time dai'e, mgkn kadagkala apabila kawan dan teman lain sedang enak dibuai mimpi, kita masih menadah buku dan risalah, segalanya hanya untuk memahami Islam yang masih byk perlu dipelajari..bangun awal pagi, menadah tangan mengadap Ilahi, perlu untuk hati ini supaya sentiasa thabat di jalan dakwah, dicekalkan hati dengan dugaan yang x putus2 tiba..
kadangkala, kwn2 seronok dihadapan cerita tv dan vcd, tetapi as dai'e, kita tolak,kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua..
dakwah tidak menjanjikan kerja yang bergaji mahal..apa yang lebih penting dari itu ialah dapat membantu kita supaya tidak tenggelam dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa..kerana itulah dakwah dan tarbiyah membekalkan kita dengan kekuatan dan kefahaman...dan sama2 kita bawa manusia lain dalam perjuangan kita yang masih panjang ini..
sedikit terkilan dengan sikap sesetengah para dai'e...
bercinta dan berhubung dengan menggunakan atas nama dakwah..malu rasanya pabila memperkatakan soal berkaitan dakwah, namun pada hakikatnya hati itu sedang berbunga-bunga berbicara dengan org yg disayangi yang pastinya belum halal di sisi syarak..dakwah digunakan sebagai batu loncatan untuk memperhebatkan lagi mesej-mesejan, perjumpaan yang selalunya tidak penting,keluar makan2, memberi hadiah, menolong itu dan menolong ini.. dan macam2 lagi.yang sepatutnya itu semua boleh dielakkan...tidak ingatkah pada ayat Allah, surah as-saff .
"wahai org2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan?
itu sgtlah diBENCI disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan.."
[as-saff:2-3]
itulah kemenangan syaitan..kita merasakan kita benar, syaitan cuba menutup kesalahan yang kita lakukan namun pada hakikatnya salah di sisi Allah swt..sama2 kita renungkan wahai para dai'e sekalian..
di sini saya listkan 10 muwasaffat tarbiyah..
1-akidah yang sejahtera
2-ibadah yang sahih
3-akhlak yang mantap
4-luas pengetahuan
5-sehat tubuh badan
6-mampu berdikari
7-melawan nasfu
8-sangat menjaga masa
9-tersusun urusannya
10-bermanfaat pada org lain
renungkan diri sendiri, sudah cukupkah kita dengan sifat2 di atas?
adakah sekarang ini kita berusaha ke arah 10 yang di atas ini?
atau kita masih mengatakan tidak dan bermalas-malasan pada diri?
sesungguhnya Allah itu maha mengetahui atas segala tiap2 sesuatu,maka berusahalah, berdoalah melengkapkan jiwa dan nurani dengan sifat2 tarbiyah..kita sendiri lihat kan, bagaimana para2 sahabat yang berjaya dengan cemerlang dunia dan dijanjikan syurga Allah di akhirat..kerja utama adalah menegakkan agama Allah, di smping tidak meninggalkan urusan dunia..
jangan salahkan ibu bapa jika kita tidak beriman, kerana iman itu bukanlah dari keturunan,
jangan salahkan persekitaran jika kita futur, kerana jika hati itu kuat dan tetap matlamat, cmpaklah di mana2 kta masih mampu bangkit menegakkan risalah dakwah ini..
jangan salahkan kawan2 jika kita hanyut dan lalai, kerana semua itu bergantung pada kita untuk memilih jalan yang TERbaik buat diri sendiri.malah sepatutnya kita membawa kwn2 ke arah yg lbh baik..
jangan salah kan internet dan media jika kita banyak bazir masa dengan perkara tak berfaedah, kerana 'mereka' itu sepatutnya kita boleh gunakan untuk mencari bahan2 ilmiah dan untuk tujuan dakwah..
tepuk dada, tanya iman..
"wahai org2 yg beriman! masuklah dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti LANGKAH2 SYAITAN,..sungguh! ia musuh nyata bagimu."
[al-baqarah:208]
sekian, wassalam
1 comment:
salam..
insya'Allah..m0ga kiter sentiasa teguh di atas jalanNya..
Ya Allah,mudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat.ameenn..
Post a Comment