Sunday, June 14, 2009

flashback 3~buku kecil~


Aku harus check in sekarang. Flight air arabia akan berlepas tak lama lagi. Tapi, tiada daya rasanya untuk kaki ini melangkah. Ingin saja aku menangguh flight penerbangan, namun apakan daya, aku punya tugas yang aku harus langsaikan di bumi shah rukh khan ini.

"nah, ni tissue..sabar ye, ada hikmah atas perpisahan ini. Mungkin dengan perpisahan ini, hati kita lebih kuat bertaut. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kita berdua."
dia kelihatan tenang.. matanya kelihatan bergenang, cuba ditahan. Kuatnya dia menanggung rindu yang dipendam setelah 4 tahun.

ku tatap sahabatku seorang lagi, dia juga seperti aku. Manik-manik jernih turun. Ahh! tak nak balik!!masakan hati ini dapat bertahan melihat mereka seakan tidak merelakan pemergianku ini.Tapi, aku harus akur, percutian ku selama 2 minggu telah tamat.Dan aku harus pulang.. Terima kasih buat kalian berdua yang cukup banyak membantuku sepanjang aku di bumi para nabi ini. Walaupun hanya dapat bersama 3 hari, seakan tidak cukup rasanya..



Berat..
Namun, aku gagahkan jua kaki ini melangkah.
Air arabia mula menerbangkan sayapnya meninggalkan bumi anbiya itu.

**********************************************************************************

' saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya bersabar dan menunggu pusingan masa. Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal, bahawa jihad tidak kenal erti rehat.' -iman hassan al-banna-

Tertera di bookmark hadiah pemberian dari dia.

Dakwah tidak pernah kenal erti penat. Tidak kenal erti lelah. Seandainya nyawa ini bakal dicabut sekalipun, menegakkan kalimah syahadah tetap menjadi tunjang utama. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan!

Ku tatap lagi buku kecil muslimah hari esok..ku belek-belek untuk entah keberapa kalinya.

Wanita di zaman salafus soleh merupakan sebaik-baik penolong bagi para suami, berbeza dengan wanita hari ini yang hanya mementingkan wang, perhiasan dan pakaian. Adapun wanita zaman salafus soleh,mereka akan berkata kepada suami tatkala mengirinya keluar bekerja:

"wahai bapa si fulan, berwaspadalah kamu dari memperoleh rezeki yang haram. Kami mampu bersabar atas derita susah dan kelaparan, tetapi kami tidak mampu menanggung siksaan api neraka dan kemurkaan Allah yang Maha Perkasa."

Seandainya si suami lemah dan hampir tewas berhadapan dengan perkara haram, maka kata-kata isterinya lah yang akan menjadi perangsang dan peringatan baginya dalam menyempurnakan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga lantas menyedarkannya sebelum terjerumus ke lembah haram.

Apabila seorang lelaki hendak keluar berjihad,apakah pendirian isterinya ketika itu? Mereka tidak pernah menjadi batu penghalang bahkan merekalah peniup semangat juang kearah jihad. Andai dia ditanya:

"Bagaimana kamu sekeluarga akan meneruskan kehidupan tanpa suamimu?"

Maka dengan iman yang kental di jiwa, dia tegas menjawab:

"Sesungguhnya aku tahu suamiku seorang yang kuat makan tetapi dia bukanlah pemberi rezeki, walaupun si kuat makan telah pergi namun Pemberi Rezeki tetap kekal!"

Kita impikan muslimah hari esok mencontohi peribadi muslimah zaman silam, menjadi pembantu terbaik buat suami dalam mentaati Allah dan menunaikan kewajipan merealisasikan dirinya sebagai isteri solehah yang mana sebaik-baik perhiasan dunia.

MasyaAllah, indahnya! Ternyata benar kuatnya keimanan dan kasihnya muslimah zaman silam pada agama..Jika dilihat muslimah hari ini, berapa ramaikah yang sanggup melepaskan suami pergi berjihad di jalan Allah. Ah, usah tuding jari pada orang lainlah.. Cuba tanya diri sendiri..
Sanggup?

Di kala bergema panggilan jihad, di waktu musuh ingin mengancam, ketika suara berseru,:

"wahai pejuang Allah, tunggangilah kudamu! Wahai bala tentera Allah, maralah!"

Betapa aku tersentuh.. Ku fikir-fikir, alangkah bestnya jika semua muslimah hari ini mempunyai semangat yang sama, sanggup berkorban demi agama. Pasti thumuhat untuk mewujudkan ustaziatul alam akan dapat lebih cepat terlaksana.

Alangkah bahagianya dunia ini, jika muslimah hari ini seperti Asma'.

Asma' yang bersama dengan anaknya Abdullah bin Zubair yang memerangi Pemerintahan Bani Umaiyah. Di saat anaknya Abdullah di kepung dan tidak tinggal bersamanya melainkan pengikut yang sedikit, dia seolah-olah lemah dan berserah diri, namun, si ibu yang penyabar lagi berani tu dengan tegas berkata,:

"wahai anakku, jika kamu berada di pihak yang benar janganlah kamu biarkan musuh memijak kepalamu"

Abdullah menjawab,:
"Wahai ibu, aku takut mereka menyiksa jasadku apabila aku dibunuh."

Lalu si ibu berkata,
" Anakku, sesungguhnya kambing yang disembelih tidak akan merasa sakit apabila dilapah kulitnya."

Begitu juga kita dapat lihat muslimah zaman silam yang hebat peribadinya,seperti Ummu Fadl,isteri Saidina Abbas r.a

Apabila diberitakan bahawa salah seorang dari anaknya telah terbunuh di suatu tempat,manakala seorang lagi di tempat lain,dengan penuh hikmah dia berkata,:

"keazaman dan cita-cita yang tinggi telah menjauhkan aku dari mereka. Andai mereka golongan yang murah cita-citanya, pasti mereka mati di tanah kelahiran sendiri."

Hebat! Tercapaikah muslimah hari ini?

Kita impikan muslimah yang tahu tentang agama secara mendalam, dan punya hala tuju yang jelas..Tidak mengasing kan kehidupan dunia ini dengan agama. Hidup seiring dengan zamannya tetapi tidak mengenepi tuntutan agama.

Puas aku merenung..Muslimah hari ini..Kualihkan pandanganku keluar jendela. Matahari makin menjauh, bulan mula menjengah..


Kenangan bertaut kembali.

*****************************************************************************

~buat adikku fatinhanira, syukran jazilan atas ukhwah yang diberikan. Tiada kata dapat akak ungkapkan melainkan terima kasih tidak bertepi atas kasih sayang yang diberikan. Mungkin hajat kita untuk bersama menuntut ilmu tidak kesampaian, namun akak yakin terselit berjuta hikmah di sebalik aturanNya. Doakan akak juga sesampainya adik di 'sana' nanti. salam sayang...

~untuk syuhada dan ona, all the best untuk imtihan yang sedang dan bakal menjelang! rabbuna yusahhil ala kulli hal :) moga ketemu lagi insyaAllah!

~huda, awak berhutang sambal kacang kat akak. Akak tahu taraf 5 bintang sambal kacang awak tu.. nanti akak datang sana lagi, jemput kat airport dengan sambal kacang awak tu.hehe :p

p/s: absence make the heart grow fonder. anda setuju?
somehow, presence can also make the heart grow fonder eh?
















3 comments:

maisarah said...

muslimah hari esok...ermm sy teringin nak jadi macam tu..tetapi mampukah diri ini??

sabarlah wahai sahabatku, perpisahan di dunia bukan selamanya kan? InsyaAllah Allah akan pertemukan kembali, kalau bukan di dunia..InsyaAllah di syurgaNya

nurani said...

maisarah: jazakillah dear..
insyaAllah, berusaha!^_^ orang yg terpuji itu adalah bila dia diuji dengan sifat terpuji..

..::بشرى::.. said...

bagusnya pesanan awak ini..tq kongsi ilmu