Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Pagi ini, kelas surgery dibatalkan kerana Dr Santosh Pai 'outstation'. Keluar dari manipal sahaja, sebab berjumpa dengan isteri tercinta di Mangalore. Makanya, kami hanya ada kelas teori petang. Sedih juga takde bed site teaching pagi ni. Habis kelas seawal 9 pagi, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dr Santosh bagi homework, kene study Thyroid Disease pulak..
On the way pulang ke rumah, sempat call bonda di msia. Birthday bonda hari ni. 50 dah! tak sangka umur bonda dah menjangkau 50, nampak macam belum..hehe..[selamat hari ulang tahun yang ke 50 bonda^_^]
Telefon beralih tangan pada ayahanda..Banyak khabaran yang saya terima hari ni, salah satunya,politik malaysia, tambah-tambah apa yang berlaku di perak khususnya..[bilalah nak habis ye]
Then, berita tergempar yang agak mengejutkan saya, PM nak datang felda 7 julai ni!
sempena hari peneroka semalaysia. Seriusly? tak sangka pula sebab felda saya tu taklah se'famous' felda lain di malaysia cam felda taib andak ke[rumah mawi ni] jengka ke.. malah ia terletak agak ceruk di hujung daerah segamat. Wonder2 pets jugalah.^_^ Masuk tv lah ye felda saya tak lama lagi :p. Nampaknya penduduk felda saya kena tanam sayur dalam beg plastik hitam di setiap rumah, sebab nak bagi nampak pertanian tu aktif la di felda kami ni. Selain tu, banyak juga aktiviti gotong-royong, tanam pokok itu dan ini di merata tempat. Bak kata bonda, "dah nak buang air besar, baru nak buat tandas" huhu..bagus juga bonda, berseri sikitlah felda kita tu ^_~
Another story of the day....
Kematian.
Lembu saya T_T
unknown cause. Tengok2 dah terdampar tidak bernyawa. Haih, dah 2 ekor yang mati semasa saya menuntut di sini. Tinggallah anak dia yang baru berumur 2 bulan terpinga-pinga. 4 ekor lagi hilang entah ke mana. Tinggallah berapa kerat kat kebun tuh. lembu lembu...
erm, merepek je nampaknya nih. mood tak sampai lagi. eh, boleh plak cakap macam tu..
emosi oh emosi..
jangan control saya lah, cepuk karang.
biar saya control kamu, kamu dok diam-diam ye..nanti humban dalam air laut baru tahu.
Emosi kena cerdas. Bahasa orang arab kita panggil dzaka syu'ury. Bahasa orang melayu kita panggil kecerdasan emosi. kalau ikut kan, emosi ni sangat mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari. Ibarat macam belangkas. Kita pula suka sangat ikut cakap emosi. Emosi yang baik takpe lah, tapi emosi yang tak baik?
Sepatutnya, kita kena pandai kawal dan kendalikan emosi ni supaya tetap teguh walau apa jua mehnah yang datang. Jangan kerana emosi, dakwah kita terbantut dan semangat jihad kita luntur macam baju yang direndam dalam clorox.
Rasulullah saw bersabda,
" Orang cerdas adalah orang yang mampu kendalikan diri dan berbuat untuk hari esok" [HR Muslim]
Kita nak Islam ini naik. Islam ini terbilang dan dikenali dan dihormati oleh masyarakat dunia. Bahasa mudah, bercita-cita untuk mewujudkan ustaziatul alam. Bersungguh-sungguh nya kita bekerja untuk majukan islam ni dengan memberi kesedaran dan menaikkan semangat jihad kepada sahabat2 kita. Bagusnya semangat jihad itu terus mekar dalam jiwa.
Sebab itu,walau apa pun dugaan atau fitnah yang datang dalam berdakwah ni, hati mau kuat!
ketepikan emosi anda seketika, kerana orang yang mempunyai Dzaka Syu'ury ni tak terkesan dengan emosi mereka. Bukanlah maksudnya tak beremosi terus dan blur blur, tapi mereka ni sangat pandai meng'control' emosi supaya tidak menjejaskan proses dakwah dan tarbiyah.
kita ni kader [tentera] kan? mesti punya semangat kental, setakat mehnah seciput, tak kan itu sudah menggoyah keimanan..
Allah dah tetapkan fitrah yang lurus buat hamba-hambaNya. Andainya anda bawa kereta, mesti suka kalau jalan tu lurus kan. tak payah nak susah susah pusing stereng. Kan Allah dah bagi jalan mudah untuk pergi kepada Dia. Tapi, manusia ni suka sangat cari jalan yang bengkang bengkok. Baru adventure eh? sebab tulah banyak sangat kemalangan sekarang ni, dah masuk jalan bengkang bengkok, pastu takde protection pula. Tambah pula, jalan licin..Adeh..accident lah semuanya.
Dalam Surah Tin pun Allah ada sebut,
"Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan." [tin: 4-6]
Iklan tv:
pakailah topi keledar, sayangi anda dan keluarga anda.
moral of the story,
pastikan sentiasa mengupgrade iman kita, tingkat ilmu dan amal, dan menyebarkan kesedaran kepada orang lain.. jadilah kader atau prajurit yang muntij[produktif], mufakkir[orang yang berfikir] dan muharrik[orang yang bergerak]..
pakailah topi keledar, sayangi diri dan agama anda ^_^
berlari dan berlari, jatuh dan bangun lagi. fokus!!
salam perjuangan buat semua!
go go chaiyok!~~
riang ria hari khamis,
nurani,
manipal, india.
4 comments:
random sungguh entry hari semalam
memang random,sebab tu takde tajuk specific. :p
lembu mengucpakan takziah kepada lembu2 nura... :p
anwar al-johory: terima kasih lembu..[depa ckp tq gak atas perhatian yg diberikan] :p
Post a Comment