Showing posts with label perancangan. Show all posts
Showing posts with label perancangan. Show all posts

Thursday, July 2, 2009

-_-

Bismillah walhamdulillah

"awak, nampak penat hari ni.Puasa ke?"

"erm, tak..nampak sangat ke muka saya penat?"

"aah.."

"awak..usrah wonderpets kita tunda malam esok ye..malam ini saya ada usrah lain"

"owh, ok, takpe takpe..awak sibuk..jangan lupa rehatkan jugak badan tu.pucat dah.."

concern betul anak usrah yang seorang ni. TQ yea..

*******************************************************************************

SMS:

"nur, malam ni lepak kat foodcourt jom! lama dah tak hang out sama-sama" -donut dorayaki-

"nura, FC jom malam ni!"-spongebob edema-

mesej dari sahabat 'crusty crab' saya. Kami bertiga.Masa 1st dan 2nd year kami duduk bertiga bersama dalam kelas. Dikelilingi chinese dan indian student lainnya. Mungkin sebab itu kami rapat..saya pula digelar dengan kacang penyek..fuh, kejamnya mereka panggil saya macam tu.Tapi, takpe..saya suka :p macam tu baru rapat ukhuwah, tak perlu nak serius sentiasa..:)
saya menatap lama mesej itu. Nak pergi ke tak..

lantas ,mesej dibalas..

"spongebob dan donut, maaf sgt2 malam ni tak dapat nak gather sama-sama, ada keje sikit yang perlu diselesaikan..nanti kalau sempat, aku datang eh"-kacang penyek-

*****************************************************************************

saya nampak 'dia' diam hari ni..

"awak ok? diam je hari ni?"

"eh, saya ok je."

"nampak macam risau.."

"saya risaukan awak. Risau tengok awak.."

"eh saya ok..[aksi kartun lompat-lompat] see! i m happy je ni"

******************************************************************************

tengok inbox di friendster. oh, ada mesej dari sahabat jauh saya.
rindu katanya..dah lama x mesej..[walaupun rasanya baru beberapa hari ye.:p]

******************************************************************************

ah, saya terlupa lagi hari ni. Ingat semalam nak menjenguk sahabat saya yang masih demam.
kasihan dia. Walaupun dah jenguk haritu, tapi saya patut ziarah lagi. Saya dah nak pergi x lama lagi, tak patut buat dia tertunggu-tunggu..

teringat pulak adik junior yang demam panas.. Dah lawat haritu, tapi entah apa khabarnya hari ni. Mesej lupa untuk dikirim..ya Allah, apelah saya ni..dah ok ke dia?

*******************************************************************************

maafkan saya sahabat-sahabat..saya sangat sibuk. entah apa yang saya sibukkan. tentang study, tidak juga. oh, ya..saya sedang merancang sesuatu untuk kamu semua. moga Allah mudahkan segalanya ya..saya minta maaf sangat2 andai diri ini tak mampu nak jenguk antum selalu, tak dapat nak hang out dengan antum macam dulu,sungguh saya sangat rindu, namun tuntutan dakwah ini lebih menuntut saya ke medannya. Frankly, saya sangat sedih dengan diri saya, kerana tak dapat tunaikan semuanya. Saya juga manusia biasa, tapi saya akan cuba sebaiknya menunaikan hak-hak ukhwah antum. Saya janji saya cuba melunaskan segalanya sebelum saya pulang ke malaysia.

andainya jasad saya tidak di bumi manipal lagi, namun saya harap dapat tinggalkan 'diri' saya. Saya ingin sekali bersama antum berjuang bersama di sini, ikutkan hati, tidak mahu pulang. Takut sekali. Tuntutan dakwah disini belum juga lagi langsai, dan saya sudah kene pulang.

Maka, saya kene bergerak cepat sedikit, supaya apa yang diniatkan menjadi kenyataan. andai saya tidak sempat melakukannya, harap antum dapat meneruskannya. [boleh ye adik-adikku?]
asif jiddan sahabat-sahabat...

Saya harus pulang. Banyak rencana menanti di malaysia. Hak adik-adik di malaysia menanti untuk ditunaikan. Harap antum dapat join sekali, walaupun saya tahu entah boleh atau tidak..[rasa nak je suruh antum ikut saya balik kali ni!]

Tapi takpe, Allah Maha Hebat perancanganNya. Nanti kita jumpa kembali di malaysia ye!

Terkadang, saya terfikir, mengapakah perpisahan satu perkara yang amat menyiksakan..
peritnya bila memikirkan sebulan lebih saja lagi saya disini.


maafkan segala salah silap saya..

insyaAllah, masih punya waktu kita bersama lagi,
jumpa 12hb julai ni ye..[tautan hati 2 :'qumfaanzir' in progress!]
tak sabar nak jumpa semua!!

salam sayang,

saya



Sunday, June 28, 2009

alhamdulillah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

penantian saya terjawab juga akhirnya!

begitu cepat Allah memakbulkan doa saya, di kala saya amat-amat mengharapkan pertolongan dariNya, terus Dia beri apa yang saya minta.


Bukan senang untuk bertatih dalam dakwah, penat, susah, payah, hanya mereka yang faham sahaja merasainya. Tapi, itulah dakwah, tugas utama yang saya tidak boleh tinggalkan walaupun saya nak exam sekalipun.

Kadang saya pelik, kenapalah saya sanggup bangun dan stay up untuk selesaikan urusan dakwah, tapi bab study, semangat itu tidak pula sampai macam itu.. adakah ini tidak adil bagi study saya? yang saya tahu, study dan dakwah harus seiring, dan dakwah itu tetap paling utama dari utama yang lainnya.
Teringat kata seorang sahabat sewaktu di a level dulu,

'study no 1,tapi dakwah bukan no 2'

macam mana nak aplikasi benda ni. Buntu juga kadang-kadang.
kalau saya tukar, dakwah no 1, dan study no 2 ..buleh ke eh? hehe
Tapi, saya yakin jika kita bergerak dan bekerja untuk agama Allah, Dia akan mudahkan urusan kita. kan kan? ^_^

Bermacam benda bermain di fikiran saya, menghentak-hentak untuk dikeluarkan semuanya. Saya harus susun semua, agar tak kelamkabut nanti. Syukran pada naufa hadiahkan saya satu planner baru yang sangat cantik and portable! Boleh bantu saya untuk susun jadual program nanti, insyaAllah. [ukhti naufa, moga cepat sehat yea]

Mukhtamar baru selesai semalam, bermulanya pelantikan baru IYA bagi sesi 2009/2010.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sanggup datang dari bangalore yang jauhnya 12 jam perjalanan menaiki bas, dan dari mangalore walaupun sibuk dengan posting pagi itu.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. syabas dan tahniah buat kepimpinan 2008/2009 dan selamat menjalankan tugas buat adik-adik sesi baru ini^_^

'bi'ah solehah, pelajar bersahsiah'

moga moto ini dapat terealisasi.

Oklah,
Nanti saya update lagi.
doakan saya ye..

(kak aisyah muharikah! jazakillah atas doa dan sokongan..sama-sama teguhkan akhawat seantero dunia..:) ]

p/s: buat naufa dan adik2 saya, saya masih ada kat sini sebulan lebih lagi..belum masanya lagi untuk mengungkap kata pisah, dan jangan sekali-kali..kita masih ada masa lagi!
p/p/s: ada sesape yang free pertengahan bulan 8 ni?