Thursday, June 5, 2008

angin sepoi-sepoi bahasa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



pernah nampak tak gambar kat atas tuh? rasanya mesti sahabat2 pernah tgk kat mana2 laman web yg bercirikan islam khususnya.. saya tertarik dengan kata2 dalam that pic..


“nafsu kamu sekiranya tidak disibukkan dgn Allah maka ia akan menyibukkan kamu dgn perkara yg batil”


nampak mcm ayat biasa tapi mendalam maksudnya.. sejauh manakah kita pimpin nafsu kita supaya ia tidak drag kita pada bnde2 yg x baik..nafsu..ada byk..nafsu makan,nafsu tidur,nafsu shopping, dan macam2 lagi lah.. nafsu, tak boleh dipaksa, juga tak boleh diikut,tapi nafsu harus dididik..supaya ia selari dgn Islam..


contohnya..puasa, x kesahlah puasa wajib atau puasa sunat, kita melatih diri supaya tidak melakukan perkara boleh mengurangkan pahala puasa..kurang makan[dapat melatih so kita x mkn byk,membersihkan perut dan sistem penghadaman],kurang tengok benda2 x elok[melatih jaga pandangan mata,sekaligus dpt bersihkn hati],mengurangkan syahwat dan mcm2 lagi..bila kita dpt didik nafsu..jgn sesekali nafsu atasi kita..teruskan usaha mendidik supaya kita x tersalah langkah lagi..


nafsu..bila nafsu tu kita x polish dgn bende2 baik,maka die tend to deviate ke bnde2 yg x sepatutnya.. andai kita didik dia dgn selalu bc Quran,selalu ingat Allah, jauhi maksiat, buat perkara2 kebaikan..insyaAllah lama kelamaan bila kita wat salah..kita akan cepat rasa apa yg kita buat tu salah dan cepat2 bertaubat..


tapi,apabila kita x sibukkan nafsu kita dgn bnde2 baik..kita banyak buat bende lagha, contohnya berborak2 perkara yg sia2,berchatting smpi larut malam x ingt dunia[dlm hal yg tidak ada kepentingan atasnya], kita sibuk dengan perkara2 batil..lama kelamaan hati tu dah terbiasa dan merasakan itu ada lah perkara biasa..dan tidak ada salah mengenainya..


manusia memang pelupa..manusia sering melakukan kesalahan..dlm membentuk jati diri mukmin mukminah sejati, tak mungkin kita lari dari melakukan kesilapan..pintu2 taubat sentiasa terbuka.online 24 jam.. dlm pada tu..jgnlah kita asif leka dan sentiasa mengikut hawa nafsu kerana kita fikir masih ada waktu unt bertaubat selepas itu..sedangkan mati menyambut tak kira masa..tak ke membazir hidup di dunia yg sementara ni dgn melakukan perkara2 yg tiada faedah buat diri ,sahabt2 ,keluarga atau masyarakat umumnya..dahla masa kita hidup pun x tau smpi bila….


renungkan2 lah..hidup ni x lama..bila2 Allah boleh cabut nyawa..semua yg kita buat akan ditanya diakhirat kelak..kalau kita asif melakukan perkara sia2,nk jawab apa di hadapan Allah nanti??


sesungguhnya firman Allah ada menyebut:

“sesiapa yg beramal soleh dari lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dgn kehidupan yg baik,dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dgn memberikan pahala yg lebih dari apa yg mereka kerjakan” [an-nahl:97]


ahlan wasahlan wamarhaban bikum

No comments: