Sunday, June 29, 2008

pabila nucleus aktif...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh


"nurani, 'dia' datang lagi"...mesej yang muncul di paparan skrin ym...
saya membalas,"kalau dia datang, buang dia jauh-jauh, banyakkan berdoa pada Allah, syaitan tu yang menghasut perasaan kita supaya ingat dia.. berjihad sahabat!!"
moga Allah memberi kekuatan buatmu sahabat tersayang..


bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati,namun bermujahadahlah kita melawan nafsu dan hasutan syaitan...'dia' ,adalah perasaan yang muncul sama ada pada ingatan, atau kenangan yang lahir terhadap lain jantina..saya rasa semua orang faham siapa yang saya maksudkan..fitrah manusia..lumrah.. untuk merasai perasaan itu..ianya di ibaratkan seperti nucleus dalam hati kita..yang membezakan sama ada kita aktifkan atau tidak je nucleus tu..kalau kita biarkan nucleus tu terus aktif,dan melayan segala kehendak hati tentulah dia sahaja yang kita fikirkan..kalau kita biarkan dia diam dan senyap, atau pun dengan cara yang lebih berkesan kita 'gali 'nucleus tu dan buang ia jauh-jauh, itu lebih baik..tak pun, kita kambus nucleus tu dengan selalu mengingati Allah, supaya ia menjadi tidak aktif sebelum tiba masanya...mungkin satu hari nucleus itu akan meletup, tapi biarlah sehingga tepat pada masanya..

sejenak, saya teringat contengan atas meja-meja library..i think "tempe-tempe" ni suka sangat menulis luahan perasaan kat atas meja library..
"he loves me, he love s me not..do u think he loves me?"
" yeah..i think he loves u"
"no..what the **** are u doing??
"girls are ****!! "
"no matter what happens, i ll always love u..love u..love u.."
"love is pain."
"love is hate"..
and banyak lagi ayat-ayat cinta yang saya tak ingat isi kandungannya..
sampai berbalas-balas mesej yang ditulis ..entah dari mana gerangan si penulis..macam-macam ayat yang ditulis..huh..vandalisme! kita dapat lihat betapa panahan cinta menganggu aktiviti study kita, mengganggu fikiran kita..buku di depan mata, tapi fikiran melayang mengingati perkara yang tidak sepatutnya..nauzubillah..moga kita dilindungi dari hasutan syaitan yang x putus-putus merosakkan hati manusia..janganlah kita biarkan mereka bertepuk tangan dan melonjak kegirangan melihat manusia yang sentiasa berfikir tentang dunia dan kurang semangat jihadnya untuk Islam..

wahai sahabat yang dikasihi Allah,usah cemburu pada yang palsu dan yang menipu..andalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan..yakinlah..jangan risau jika belum berpunya, kerana Allah mungkin ingin memberi anda ketenangan dulu buat anda..untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi.. bersiap sedialah..

"Pemuda yang memiliki isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya..sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa penuh berliku dan penuh cabaran..telah tercatat seungkap nama pasangan di Luh Mahfuz untukmu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan[kufu']..jika kau tekun membaiki peribadi dikalangan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.."

'apa yang memberi faedah kepada orang yang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya adalah isteri yang solehah'
[HR Thobrani]

6 comments:

mysourha said...

entry menarik!
lapang dada aku lepas bace.
hehe.
keep on posting mende2 cmni.
xjemu aku mmbace nye. :)

ana adalah ana said...

(n_n)
idea yang menarik..mlm ni ana nk studi kt meja mkn ngn enti leh?

nurani said...

anything for u maisarah=]
sila-sila..peneman saya ngn izan..

imanulhassan said...

menarik2..

ana adalah ana said...

salam..ngntok ni
so saja jenguk..saje menambah2 komen..erm sy suke this part

:: wahai sahabat yang dikasihi Allah,usah cemburu pada yang palsu dan yang menipu..andalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan..yakinlah..jangan risau jika belum berpunya, kerana Allah mungkin ingin memberi anda ketenangan dulu buat anda..untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi.. bersiap sedialah..

"Pemuda yang memiliki isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya..sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa penuh berliku dan penuh cabaran..telah tercatat seungkap nama pasangan di Luh Mahfuz untukmu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan[kufu']..jika kau tekun membaiki peribadi dikalangan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.." ::

sbb saya suka ayat tu..saya tau awak mmg pakar dlm membina ayat2 ni..nk jgk (n_n)

izzah said...

salam..

menarik2..kali ke-2 baca rasa nak tinggalkan komen pulak..huhu..

jagalah pandangan sebelum,pandangan 2 pasang mata bertemu.dari situ,lagi mudah buat syaitan untuk membuahkan rasa cinta nafsu yang palsu.kalau anda risau tiada jodoh untuk anda ,siapa yang menjamin bahawa saat seterusnya , anda masih lagi bernyawa ??

saje ..buat renungan diri sendiri yang kadang2 lemas ngan arus dunia..

alhamdulillah,ada sahabat2 yang tolong selamatkan ngan bagi tempat berpaut..

thanx nurani..=D