BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
"dan Dia yang telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak dapat menghitungnya.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari[nikmat Allah]" -surah Ibrahim: 34-
mari kita renung ayat di atas, banyak sangat kurniaan yang Allah bagi pada kita, salah satu yang kita selalu abaikan ialah nikmat MASA...
Apa yang kita dah lakukan dengan masa? kita penuhi dengan study? menonton movie? solat tahajud? makan...minum...tidur..dan banyak lagi..sejauh mana kita betul-betul gunakan masa dengan sebaiknya... kadangkala, bila imtihan menjelma, barulah masa tu dipenuhi dengan berpuasa,solat sunat, solat tahajud,buat amal kebajikan... tidaklah salah malah digalakkan..namun cuba kita muhasabah diri.. adakah di ambang imtihan menjelma baru kita nak menghargai masa? setelah imtihan berlalu..masa kita buang jauh-jauh..kita tidak gunakan dengan sebaiknya.. banyak buat perkara-perkara yang langsung tiada dalam sylibus seorang muslim sejati...
renungkan lagi firman Allah di bawah,
"dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk [menghilangkan] bahaya yang telah menimpanya.. " -surah yunus:12-
aplikasi dalam kehidupan ,golongan manakah kita...yang sentiasa istiqomah di jalanNya atau macam chipsmore? adakah kita menyedari kadangkala tika imtihan menjelma,banyak sangat nak study dan kita merasakan masa tidak cukup..singkat sangat masa... dimana keberkatan masa? di akhir zaman, Allah menarik nikmat keberkatan masa..cuba lihat zaman para sahabat dan ulama' terdahulu, mereka boleh menghabiskan 30 juz dalam masa satu malam..betapa panjnagnya hari-hari yang dilalui mereka...
bila kita dapat keberkatan masa...kita rasa masa itu sangat panjang dan dapat menyelesaikan pelbagai perkara dalam satu masa... tapi ,bagaimana nak dapatkan keberkatan masa?
erm...berfikir sejenak.......
caranya mudah sahaja...pastikan setiap benda yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah semata-mata. biarlah everything that we do as ibadah..ikhlas kerana Allah dan menepati syariatNya..study..makan...tidur...dan apa-apa sahaja yang kita lakukan sepanjang hari.
maka,apa tunggu lagi? mari kita berusaha dari sekarang.......Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya yang mencari keredhaanNya..
"dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian kamu dan sebahagian yang lain..(kerana) bg lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.. -surah an-nisa':32-
Sebagaimana kita berusaha untuk mendapat result yang cemerlang dan terbaik di dunia...begitu jugalah kita mesti berusaha untuk cemerlang di akhirat kerana kita akan menghadapi exam yang lagi besar iaitu SPM[soalan padang mahsyar]...janganlah memandang exam di dunia segala-galanya..jika kita jatuh dan gagal..kita putus asa..
maka,perbaikilah kesilapan.masih belum terlambat untuk kita meningkatkan usaha=D hargailah masa sepenuhnya..moga cemerlang dunia akhirat dan setiap usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya.
No comments:
Post a Comment