Thursday, July 30, 2009

kerna kudrat ini masih diperlukan


Bismillah walhamdulillah

melihat dia di sana berhempas pulas
bersengkang mata saban malam
mengorbankan waktu tidurnya yang sememangnya sudah cukup sedikit
mengerah idea,
untuk program itu dan ini..

bukan sedikit masa yang dikorbankan
bukan sedikit wang yang sudah disalurkan
bukan sedikit tenaga yang sudah dihabiskan
bukan sedikit air mata yang telah ditumpahkan

namun
dia tidak pernah mengeluh
die tetap di situ dan terus bekerja
walaupun kudrat nya hampir dihujungnya..

selagi jasadnya mampu untuk bernafas dan berdiri
selagi itu lah dia ingin terus memberi
memberi dan memberi tanpa mengharapkan apa-apa

kadang
aku terduduk sendiri
ada sesuatu yang menyesakkan dadaku
mencengkam kalbuku
aku ingin jadi sepertinya..
'tough macam dia'

dia tidak pernah lelah dan mengeluh
walaupun perit yang dilalui
amat pedih untuk diterima
senyuman tetap terukir di bibirnya
orang sekeliling melihat dia tidak punya masalah
malah sentiasa bahagia

di hatinya
hanya Allah yang tahu
kesusahan hidup sebagai seorang anak
kepayahan dalam menanggung bebanan dakwah
cemuhan, fitnah, apa saja..
dia masih tegar...
malah sanggup dipikul semuanya seorang diri..

sedikit sedikit, aku faham...
bergantunglah pada Allah di atas semuanya..
pada Dia lah hati ini harus dikembalikan..
pada Dia sajalah cinta ini harus diberikan sepenuhnya..

andai bahu itu rebah
aku ingin sekali menyambut nya..
membantu sedayaku biarpun nyawa ini bakal terpisah
kerna hidup ini tidaklah semudah yang kita sangka
terimalah hakikat kehidupan!



kita adalah daie, dan sentiasa akan bergelar daie..
hidup bukan untuk disia-siakan
bukan untuk sambil lewa dan bersenang lenang
menonton movie, membaca komik dan melepak tak tentu hala
tapi kita punya tanggungjawab
berusahalah jadi matang!
kerna kematangan akan mengajar erti kehidupan
menerima apa yang berlaku dengan penuh redha
kehendak aturan Tuhan

jelaskan matlamat,
cekalkan semangat,
Lillahitaala...

selagi jasad ini masih di muka bumi
kerahkan kudrat habis-habisan!
demi nama islam yang kita ingin julangkan
bukan sekadar omongan kosong
tapi supaya menjadi kenyataan

Teruskan langkah,
kerana kita tidak tahu sejauh mana Allah menuntut dakwah itu dari diri kita
jangan sampai kegemilangan islam tercapai lambat kerna kemalasan diri sendiri
dari itu, kita yang seorang inilah yang patut dipersalahkan!
kerna tidak bekerja dan mengharapkan orang lain!

buka mata
jernihkan minda
tegarkan hati
walau tsunami melanda
kita akan tetap disini
mengajak manusia ke jalan Ilahi...

salam thumuhat,
manipal india






Tuesday, July 28, 2009

atas nama cinta

Bismillah walhamdulillah

Hati ini terdetik untuk membuka email hari ini..
Inbox ku buka..
terlihat satu kiriman email dari seseorang...

Dari seorang adik, yang bakal kutinggalkan...

'assalamualaikum....
from a flower to a flower...

pertemuan yang ditakdirkan Allah biarpun sesingkat 6 bulan ini byk menyingkap kenangan indah...

indahnya pabila berkasih kerana Allah...

indahnya tatkala mengungkapkan kata rindu atas namaNya..

indahnya pabila ada insan yang sentiasa mengingatkn diri padaNya...

semua ini atas takdirNya, rahmatNya, dan payungan cintaNya...

perpisahan yang juga bakal melakar satu lagi rencana kehidupan insan yang berjiwa hamba ini,tiada lain, juga atas namaNya...

biar seisi dunia menidakkannya,tapi apalah ada dalam kudrat sang hamba untuk menandingi kata Tuhannya...

biarpun saja mata tidak bertentang mata,tetapi bicara hati siapa mampu menafi...

tatkala rindu menyinggah diri,letaklah Allah sebagai penyampainya..

tatkala hati terasa sepi,Allah itukan sebaik-baik Penjaga...

tatkala rasa indah dijiwa,bernafaslah hanya atas namaNya...

ATAS NAMA CINTA...

Ya Allah,
kurniakan aku cintaMu..
cinta insan2 yang menyintaiMu..
cinta atas amalan2 yang membawa cintaMu..
tunjangkan aku 1 hanya padaMu...
biarkan kasihku pada makhlukMu atas dasar cintaMu..

p/s akak nurani sayang,semoga sentiasa dalam rahmat Allah...biarpun kita tidak lagi berkongsi langit manipal,tetapi kita akan sentiasa berkongsi langit Allah...biar kasih kita membawa ke syurga tatkala persahabatan itu sendiri, kata Allah, x mampu menolong manusia pabila di padang mahsyar kelak....

Terima kasih adik...
Kamu cukup menenangkan..
Akak sedar inilah hakikat kehidupan..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Terima kasih kerna mengingatkan!
SAYANG awak juga! ^_^
[awak, nanti kita jumpa kat malaysia eh time cuti..:)] ~blushing2~

Aku membaca penuh syahdu..entah kenapa mudah sangat rasa sedih akhir2 ini..
Wanita..memang sinonim dengan perasaan..
Bercampur baur..Manipal yang akan ditinggalkan..
Malaysia yang memanggil-manggil...

Seronok nak balik??
Entahlah..takde perasaan..
Barang dah habis pack..tinggal kapal kargo nak bawa belayar je nih..

Ikutkan hati,
Nak sangat tinggal lama lagi..
rasa mcm pantasnya masa berlalu..
betullah orang kata, "masa tu selalu mencemburui kita"

Namun,
kita yang harus mengejar masa..
Masa makin suntuk...
Suntuk...

Suntuknya masaku untuk bersama dengan adik-adik..ada yang sedang bertempur dengan paper physio dan biochem esok, ada yang masih bertungkus lumus study untuk next final 1st year and 2nd year..block exam.. macam2 lagi..

Sikit sangat yang aku kongsikan..Rasa belum cukup puas bersama kalian..
Sampai bila rindu ini harus ditahan!

p/s: Adik2 ku..selamat berjuang terus di medan pertempuranmu!
Terima kasih atas jalinan ukhwah yang tidak ternilai harganya...akak akan rindu korang semuaaaaaa!!

Buat sahabatku yang seorang itu.. setahun itu tak lama, pejam celik insyaAllah bertemu lagi..
Diri ini tidak akan sesekali meninggalkan, kerna hati tetap bertaut walau jarak memisahkan..

Untuk 'awak'... masa makin suntuk! [saya copy ayat awak balik nih :P] hargai masa yang ada sebaiknya ok!

Moga Allah memberi kekuatan buat antum semua...

Monday, July 27, 2009

life is more complicated than we ever dreamed

Bismillah walhamdulillah

yes..
life is more complicated than we ever dreamed..

bukan semua yang kita hajatkan
kita akan dapat

bukan semua yang kita niatkan
akan tercapai

bukan semua yang kita usahakan
akan berhasil

hanya kita tahu
hanya kita yang rasa

dan Allah semestinya Maha Tahu apa yang kita rasa

kadang,
kita mahu orang lain faham keadaan kita
tapi tak boleh
sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa

apepun,
Back to Allah
Kembali pada Dia
Yang sentiasa mendengar dan memahami kita
Dia..
Amat faham
Amat mengerti
apa yang kita lalui dalam hidup ni

so...

tunggu apa lagi!

maju kedepan bergerak ke hadapan!

Simpan emosi dalam botol dan kunci rapat-rapat!



Saturday, July 25, 2009

sahabat sejati

Bismillah walhamdulillah..


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Monday, July 20, 2009

semangat







لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي

عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ

لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ

لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ

إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ

وَهُمْ كَذَلِكَ

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ

وَأَيْنَ هُمْ

قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”


esok saya akan berperang lagi sekali

atas kertas peperiksaan dan di depan doctor

walaupun 'mereka' dan saya berbeza 'peperangan' kami

namun,

perjuangan mereka tidak pernah berhenti

masakan saya harus terus berdiam diri

sepatutnya sentiasa bersemangat disini

berjuang menghafal dan memahami nota psychiatry

agar dapat memajukan diri

demi ummat ini..

tinta noktah belum berakhir

masih punya masa malam ini

untuk dicurah segala keringat, biarlah penat

kurangkan rehat, teruskan bekerja

kerna masa tidak pernah menunggu,

esok nak jawab exam ni!! so, teruskan study!!!

bersemangat sikit nurani!



p/s: sekadar peringatan buat diri sendiri..
go go chaiyok!^_^

~jiddiyah mode~









Saturday, July 18, 2009

kerna Dia Maha Mengetahui


Bismillah walhamdulillah

Kadangkala kita rasa hidup ini indah dan seronok je
Kadangkala kita akan rasa hidup ini susah dan penuh kepahitan pula
Berbagai cara Allah turunkan ujian buat hamba-hambaNya
Masakan kita lupa bahawa kita ini tidak boleh dikatakan beriman selagi tidak diuji?

Mudah untuk mengatakan ujian itu adalah dugaan hidup
Maka harus tabah, sabar, redha melaluinya

Namun, hanya mereka yang merasai benar-benar keperitan ujian itu tahu betapa pedihnya perasaan
Baru saya sedar, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Kita akan diuji, dan terus duji...
bagaikan sudah jatuh ditimpa lagi tangga

Namun,
Kita diuji bukan saja-saja
Allah tahu keupayaan kita
Allah tahu kita mampu hadapinya
Masakan Dia akan memberi ujian yang kita tidak mampu hadapinya sedangkan Dialah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



ujian bukan hanya terletak pada kertas peperiksaan


Dalam diri kerdil ini,
Allah telah meletakkan kekuatan yang kadangkala kita sendiri tidak sedar
Kita hanya melihat dan sedar akan kelemahan diri sendiri
Bila ditimpanya ujian, kelemahan itulah yang kita lahirkan
Kelemahan itulah yang semakin melemahkan!

Sebenarnya
Kita punya 'kemampuan'
Kita punya kekuatan
Ia ada dalam diri..tersembunyi
Cuma harus dikeluarkan
Ibarat lava gunung berapi yang akan keluar bila-bila masa sahaja

Melihat pada kekuatan diri yang Allah beri
Di situ kita akan temui sinar harapan
Cari punca akarnya
Kerna pelangi bakal muncul dihadapan
Sedangkan kita tahu hujan tidak akan berpanjangan

Latih diri menjadi orang yang pekak
Tidak menghiraukan perkara remeh-temeh yang bisa membantutkan usaha dakwah
Ujian tu kan sunnatullah
Harus kuat dan berfikiran positif

Ingatlah
Dia sedang train kita jadi manusia terbaik
Semua lelah dan perit jerih adalah rahmat
Kerna tidak semua orang rasa apa yang kita rasa
Haruslah bersyukur kerna kita adalah orang-orang yang telah dipilihNya!

Bukan mudah untuk menjadi hebat
Andainya ujian yang diturunkan tidak juga hebat

Janji Allah itukan pasti
Dialah sebaik-baik perancang
Dialah sebaik-baik penentu kehidupan

~jazakillah sahabat! saya tahu awak sentiasa di belakang saya!~




Friday, July 17, 2009

tautan hati II



Bismillah walhamdulillah

Qum Faanzir

Begitulah tema Tautan Hati II kali ini. Bangunlah, dan berilah peringatan! insyaAllah.

Entah bagaimana mahu mula.
Mungkin gambar lebih punya banyak cerita.




solat berjemaah



sesi LDK


semangat nya sarah mengexplain kat ahli group :p


khusyuknya mendengar


adik che roziana..esok nak exam, tapi datang jugak program..terharu dik!!


tayangan video: dunia islam

chef yang busy^_^


makan dalam talam^_~


bersalaman disertai dengan selawat


mereka^_~

Nak tahu kisah berkaitan tautan hati, leh juga klik sini [anak usrah yang cukup berdedikasi..hehe]

Terima kasih pada semua yang terlibat! Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas^_^

agak sibuk sedikit
banyak nak buat before pulang ke malaysia ni..
moga diberi kesempatan update lagi..
doa moga dipermudahkan..insyaAllah^_~

syabab,
manipal


Tuesday, July 14, 2009

kepastian

Bismillah walhamdulillah

Setiap perkara yang berlaku adalah perancangan Allah

Setiap perpisahan yang berlaku pasti terselit berjuta hikmah

Setiap manik-manik jernih dilihat oleh Allah

Setiap detik merintih, Allah menilai semuanya

Setiap resah yang menggugah.. Dia tahu segalanya..

Duhai hati..

Tabahkan hatimu..teguhkan nuranimu..

InsyaAllah, sesuatu yang berharga dari Allah untukmu di masa depan..

Yakinlah! Dia buat semua ini kerana sayangkan kamu..

Dia sedang mendidik dirimu, mentarbiyah hatimu..

Supaya mencintai akhirat sepenuhnya..dan seutuhnya..bukan sekadar kata-kata, malah secara amalinya..

Dia sedang mengajarmu..bahawa hidup ini bukanlah seseronok yang disangka..

Biarlah hati ini menderita..asalkan cinta Allah menjadi tunjang utama..

Agar menjadi bekalan buatmu menempuh ranjau di depan..

Bersabar ye..

Bukan mudah untuk memperoleh syurga..

Dengan itu, kau harus terima semuanya dengan penuh rela..

Kau kan bidadari besi?

Be strong!!


Kepastian

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

by:inteam

pohon diberi kekuatan

~ayuh! jadi katak pekat yang pekak~