Wednesday, February 18, 2009

noktah [part1]

" mak...kenapa mak tak kejut kauthar dengan salam pagi ni? " kauthar menghentak-hentak kaki sambil memuncungkan mulut..

"mak terlupa lah..kan mak dah cakap selamat pagi.." 

"tak nak! tak nak!! mak kene keluar bilik kauthar semula, pastu mak masuk dan kejut kauthar dengan salam jugak!!" kauthar berkeras..

ibunya menurut untuk mengulangi adegan mengejutkan kauthar pagi itu..

dan kauthar asik tidak puas hati..

hampir 5 kali ibunya melakukan  perkara yang sama..macam berlakon pun ada..namun ibunya sudah faham sangat perangai anak sulungnya itu..sejak mempunyai adik, perangainya semakin menjadi-jadi..umurnya baru mencecah 5 tahun..mungkin dia cemburu dengan kedatangan adik baru ke dunia ini..

akhirnya, kauthar puas hati..ibunya terduduk sekejap di birai katil, kepenatan..sambil mendukung adik lelakinya, imran. alhamdulillah imran tidak merengek..kalau tidak, susah juga nak melayan karenah dua beradik ini.

"aku tak akan biarkan adik ambil lebih kasih sayang mak dan abah..ok fine! aku tahu dia adik aku, tapi kasih sayang mak dan abah harus sama macam dulu!" kauthar mengomel sendiri..

ibu dan bapanya menyedari perubahan pada diri kauthar yang semakin panas baran dan cepat melenting sejak akhir-akhir ini..namun, mereka mengerti kanak-kanak seusia kauthar memang begitu, perlukan perhatian yang lebih, tambah-tambah jika sebelum ini kasih sayang mereka tertumpu pada kauthar seorang, kini bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga mereka..

kauthar sering bertanya pada ibunya, "mak, mak sayang kauthar tak? " kadang-kadang, setiap hari soalan itu diajukan..

"mak sayang..tak kanlah mak tak sayang..abah pun sayang kauthar"

"ok.."kauthar menjawab ringkas sambil tersenyum..

esoknya, dia akan bertanya lagi soalan yang sama.

sebab itulah ibu dan ayah kauthar sangat mengambil berat perihal anak mereka yang seorang ini. walaupun setelah kelahiran anak lelaki mereka, perhatian mereka kepada kauthar tidak pernah diabaikan..malah,kasih sayang mereka semakin bertambah..

kauthar menjangkau umur  6 tahun.dan masuk ke sekolah tadika di kampungnya..kauthar bijak, tidak seperti kanak-kanak lain di kampungnya yang lebih suka bermain-main dan tidak menghiraukan pelajaran..

dia akan keluar bermain pada bermula dari jam 5 petang..sebelum pukul 5, dia akan belajar dan menyiapkan kerja sekolah..ibu dan bapanya selalu membelikan kauthar bahan-bahan bacaan untuk menarik minta kauthar supaya membaca..sunggupun begitu, bukan calang-calang kauthar untuk berubah menjadi bijak seperti itu..

dia masih ingat lagi ketika itu, dia berjalan ke kampung sebelah, dan tidak pulang sampai tengahhari..apabila sampai sahaja di rumah, bapanya sudah menunggu dengan rotan..habis kauthar dibantainya sampai lebam-lebam..

mungkin dia sudah serik dibantai, alhamdulillah kauthar berubah..dia patuh pada arahan ibu dan bapanya..makin sayanglah mereka pada kauthar..

sehinggalah suatu hari......

2 comments:

maisarah mohd isa said...

menunggu sambungan nya
lalalala~

syabab said...

x mo smbg dah..lalalala~ :p