Monday, June 29, 2009

come now



Bismillah walhamdulillah

seminggu lepas saya terima mesej dari sahabat jauh saya,cik ona yang cute miut..hehe

[cik wan nur amalina aka ona di fatalla mandharah, alexandria]
gambar ni amik pakai handphone cikai saya.. saya wonder juga macam mana leh wat gambar tengah tu sahaja yang clear. tapi, cantik jugak la kan.. heheh


she dedicated me this song, and i feel like wanna share lagu yang best nih dengan readers yang cute miut juge^_^ sharing kan caring~~

p/s:boleh search kat google or imeem eh.

COME NOW

Come now mother look what you’ve done
You’ve freed the captive from the bond
Come now lady look what you’ve done
You’ve tamed the lion on the run
Come now sister look at this life
You’re a queen you’re a love you’re a noble wife
To all the queens of peace and truth
To all the men and all the youth

(Chorus)
You’re the teacher of teachers
The tissue of tears
The courage behind all the fears
You’re like the sun on the moon by the light of The Light

Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright

Come now lady don’t cry so hard
Not every wound has to leave a scar
Come now sister it’s only in the night
That we see the stars shine so bright
Come now mama the sun will rise
And even if it don’t were in God’s eyes
And He understands the language of pain
He washes it away like the summer rain

(Chorus)
You’re the teacher of teachers
The tissue of tears
The courage behind all the fears
You’re like the sun on the moon by the light of The Light

Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright

Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright
Believe in that and it’ll be alright

Don’t worry if you’re life doesn’t play out with perfect symmetry
I say there’s nothing wrong with a life that grows like a tree

Come on lady don’t cry tonight
If you want what you want you gotta learn to fight
So take God’s hand and follow the flight
And baby hold on with all of your might
And know all along that a dog’s gonna bite
But believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright

Believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright

Believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright
Believe in God and it’ll be alright

by:kareem salama

Pagi isnin yang cerah. Moga hati kita pun cerah secerah cuaca hari ni. Yuk, mulakan kerja anda sebagai daie hari ini!

salam jihad,
doakan saya exam medicine esok,
syabab

Sunday, June 28, 2009

alhamdulillah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

penantian saya terjawab juga akhirnya!

begitu cepat Allah memakbulkan doa saya, di kala saya amat-amat mengharapkan pertolongan dariNya, terus Dia beri apa yang saya minta.


Bukan senang untuk bertatih dalam dakwah, penat, susah, payah, hanya mereka yang faham sahaja merasainya. Tapi, itulah dakwah, tugas utama yang saya tidak boleh tinggalkan walaupun saya nak exam sekalipun.

Kadang saya pelik, kenapalah saya sanggup bangun dan stay up untuk selesaikan urusan dakwah, tapi bab study, semangat itu tidak pula sampai macam itu.. adakah ini tidak adil bagi study saya? yang saya tahu, study dan dakwah harus seiring, dan dakwah itu tetap paling utama dari utama yang lainnya.
Teringat kata seorang sahabat sewaktu di a level dulu,

'study no 1,tapi dakwah bukan no 2'

macam mana nak aplikasi benda ni. Buntu juga kadang-kadang.
kalau saya tukar, dakwah no 1, dan study no 2 ..buleh ke eh? hehe
Tapi, saya yakin jika kita bergerak dan bekerja untuk agama Allah, Dia akan mudahkan urusan kita. kan kan? ^_^

Bermacam benda bermain di fikiran saya, menghentak-hentak untuk dikeluarkan semuanya. Saya harus susun semua, agar tak kelamkabut nanti. Syukran pada naufa hadiahkan saya satu planner baru yang sangat cantik and portable! Boleh bantu saya untuk susun jadual program nanti, insyaAllah. [ukhti naufa, moga cepat sehat yea]

Mukhtamar baru selesai semalam, bermulanya pelantikan baru IYA bagi sesi 2009/2010.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sanggup datang dari bangalore yang jauhnya 12 jam perjalanan menaiki bas, dan dari mangalore walaupun sibuk dengan posting pagi itu.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. syabas dan tahniah buat kepimpinan 2008/2009 dan selamat menjalankan tugas buat adik-adik sesi baru ini^_^

'bi'ah solehah, pelajar bersahsiah'

moga moto ini dapat terealisasi.

Oklah,
Nanti saya update lagi.
doakan saya ye..

(kak aisyah muharikah! jazakillah atas doa dan sokongan..sama-sama teguhkan akhawat seantero dunia..:) ]

p/s: buat naufa dan adik2 saya, saya masih ada kat sini sebulan lebih lagi..belum masanya lagi untuk mengungkap kata pisah, dan jangan sekali-kali..kita masih ada masa lagi!
p/p/s: ada sesape yang free pertengahan bulan 8 ni?


Monday, June 22, 2009

sharing is caring


Bismillahirrahmanirrahim

'sharing is caring'

mesti anda semua pernah dengar quote ni kan?
fuh! mendalam tuh..

meh saya kisahkan satu cerita...

si A dan si B bersekolah di satu sekolah yang sama. Tapi mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain. Si A nampak si B ni..macam garang je. nak tegur pun takut.mana taknye, muka serius je.Tapi, satu hari, mereka ditakdirkan untuk bekerja bersama atas tugas dalam kumpulan. Mula-mula, si A macam acuh tak acuh lah..malu mungkin.
Disebabkan mereka dalam satu group, so nak tak nak kenelah bekerjasama. Dari kawan sekumpulan, si A lebih mengenali B ni. Mula bekerja bersama, makan bersama, kadang-kadang, nak pergi program pun bersama-sama. Sesi taaruf pun berlangsung sepanjang masa itu tanpa disedari oleh si A dan si B. Setelah sebulan, mereka telah pun mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat.

A: awak ni tak seperti yang saya sangka dulu.
B: eh, kenapa? muka saya nampak garang eh?

A:heee, aah kot..serius semacam je..saya nak tegur pun takut
B:huhu, ramai cakap cmtu, bila dah kenal, saya tak macam tu kan? :p

A:rupanya, awak ni lain dari perception saya yang asal. Baik, suka buat lawak, murah dengan senyuman sebenarnya..
B:saya ni biasa2 je..awak pun, dulu, saya tak kenal awak..tapi, bila dah kenal, awak ni...bestlah!

A dan B senyum sendiri. Mereka mula memahami hati masing-masing. Hubungan mereka dari sehari ke sehari makin rapat. Pergi kemana-mana mesti berdua. so sweet..:)

mungkin mereka sudah kenal dan bersahabat..sehinggalah sampai satu masa persahabatan mereka diuji..dan disinilah mereka lebih mengenali diri masing-masing,mengenali hati sahabat mereka..

A :
banyaknya masalah..aduhai..nak mengadu pada B, kasihan pula pada dia. Group usrah yang dia pegang makin bertambah. Dia punya banyak tanggungjawab, ingin melayan adik-adik lagi.. tak kan aku nak susahkan dia lagi? Komitmen dia semakin bertambah, semakin sibuk. Ish, dia bukan milikku seorang. Kalau dulu, mungkin aku mudah bercerita, tapi kini, aku juga harus pandai hadapi masalah ini sendiri..

di sudut yang lain pula,

B:
kenapa dia banyak berdiam ye sekarang?
aku tahu dia punya masalah, tapi bagaimana nak tanya? sudah kurang ber'cerita' dah sekarang ini. argh..rindunya!
mungkin aku sibuk, tapi aku perlukan dia.. aku perlukan dia untuk kuat di jalan ini.
tapi,dia juga punya masalah sendiri. takkan aku nak susahkan dia pula mendengar masalah ku ini? masalah adik-adik, masalah aku..yang kadang rasa nak tumbang ni..

satu hari.....

B:awak...kita jumpa nak petang ni? dah lama rasanya tak duduk berdua kan?

A:okey, boleh-boleh^_^

[dalam hati masing-masing, gembira yang amat, tapi diam-diam sendiri, tak nak tunjuk la kononnya gembira, adehh..]

setelah tiba waktu yang dijanjikan..

mereka duduk berdua, sambil memerhatikan matahari terbenam..subhanaallah! cantik ciptaan Allah.

B menyandarkan kepalanya di bahu A.
Perlahan-lahan, A meletakkan tangannya di bahu B, memeluknya erat dari belakang.

Tiba-tiba, bahu A basah. B lemah. Meruntuhkan egonya. Menangis semahu-mahunya.

B: Awak... sayang saya?

A terdiam sebentar.

A: kenapa cakap macam tu.. saya sayang awak lah..

B:habis tu, kenapa dah lama diam sendiri? awak ada masalah, tak share pun dengan saya.

A:bukan macam tu, saya nampak awak sibuk, banyak masalah orang lain lagi awak nak fikir, saya tak nak susahkan awak..

B:awak pernah dengar kan, sharing is caring? awak tak care kat saya ke?

A:la..bukan macam tu.. saya just tak nak susahkan awak je..key, takpe2, pasni saya tak buat lagi key?

B:awak tak pernah susahkan saya. kalau dulu, awak selalu bercerita dengan saya, dan itu jadikan saya lebih kenal awak, hubungan kita makin rapat..sekarang ni, awak makin jauh..awak dah jarang bercerita.

A:maafkan saya..saya tak sedar benda tu akan jadi macam ni. saya sedar kita makin jauh berbanding dulu. i m sorry dear...

A dan B..berdua memandang ke langit, yang makin lama makin kekuningan..matahari semakin menundukkan pandangannya, menyerahkan pada bulan yang semakin lama memunculkan dirinya..

sejak itu..

A dan B sering meluahkan apa yang mereka rasa.
bercerita,meluah apa saja.
kalau rindu, katakan saja.
hanya dengan satu mesej,

" saya rindu awak sangat hari ini.."

cukup..cukup memberikan satu perasaan yang amat indah buat dua sahabat itu.
walaupun mereka berjumpa tiap-tiap hari, namun kata rindu tidak pernah lekang dari ingatan mereka.

jiwang ke? mungkin ada orang kata, tak yah tunjuk kalau kita sayang atau rindu seseorang, tapi sejauh mana keberkesanannya dalam sesebuah hubungan itu?

saya bagi contoh..

bagi orang yang sedang hangat bercinta,
sudah tentu tiap-tiap hari akan mesej, ucap kata rindu dan sayang..hatta jumpa tiap-tiap hari pun, nak kemana pun bersama kan? tapi ungkapan rindu itu tetap mereka luahkan.
bila perasaan itu diluahkan, kan lebih menusuk jiwa orang yang kita sayang tu. Makin erat lah perhubungan. Sebab itu, orang yang hangat bercinta ni, sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya...

cuba kita aplikasi konsep yang sama dengan sahabat kita.
bagi mesej tiap hari, rindu, sayang..[pelik ke? ]
nak kasih sayang dia? silakan..mintaklah! Sahabat kita tak kan kecewakan kita..
kalau dia kata "eee..ape ni..gelilah!" <---maybe dia tak biasa lagi dan bila camni, takde lah give and take macam 'psgn yang sedang hangat bercinta nih'

Sebab itu, dengan sahabat kita pun , patut ada give and take.
Tak salah pun , nak minta 'hug' atau nak wish kata sayang dan rindu pada dia tiap2 hari.
Bak kata orang tua-tua, tok sah dok geli..bukan haram pun..^_^
cuma masalahnya sekarang ni, kita ego--->"paham-paham sendiri sudah" <----

Bila kita berterus terang, barulah lebih kenal sahabat kita, lebih menumbuhkan bibit-bibit cinta dalam erti kata sahabat. Lebih manis lagi, andainya ukhwah itu kerana Allah semata.
MasyaAllah, indahnya!

kata-kata as-syahid mustafa masyhur: orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwah kerana Allah merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan dunia.

bagi akhawat amat2 lah applicable,
tapi bagi ikhwah..mungkin ada yang kata "ish, tak kan nak cakap camtu kot..buang tabiat ke ape? "
[maybe ada cara lain ? ^_^]

kesimpulannya kat sini..
berterus teranglah, jujurlah, luahkanlah. ^_~


sharing is caring!


hanya pendapat saya sahaja..

sekian,

sambung buat slide untuk presentation esok,
syabab






Saturday, June 20, 2009

doaku


DOAKU


Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbi dengarlah doaku ya Robbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

by:hadad alwi


~benarlah..
hidup ini hanyalah sementara..
hanya amal yang akan menjadi bekalnya..
andai hidup dan matlamat tiada cita-cita..
terumbang ambinglah hidup kita..
dengan itu, bagi beramal dengan cita-cita..
perjuanganlah jawapannya..
berjuang akan ku terus berjuang~

saman 80 juta

Peneroka saman Felda lebih RM80j

JOHOR BAHRU 12 Jun - Sekumpulan 645 peneroka Gugusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Maokil, Labis, dekat sini hari ini memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.

Para peneroka terbabit mengemukakan saman itu atas dakwaan Felda melakukan manipulasi gred sawit, sistem penolakan buah muda dan sistem pengambilan untung daripada minyak busuk yang menyebabkan mereka mengalami kerugian selama 17 tahun.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Wan Rohimi & Asmadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman tersebut, sebanyak 645 peneroka Felda kawasan itu selaku pihak plaintif menamakan Felda defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. defendan kedua.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pihak plaintif berkata, saman itu dikemukakan berasaskan dakwaan penipuan, kecuaian dan konspirasi bagi menipu peneroka yang dilakukan oleh pihak defendan.

Pihak plaintif antara lain menuntut ganti rugi khas atas kerugian pendapatan berjumlah RM71,842,680 dan ganti rugi khas akibat kerugian nilai buah atau tandan muda.

Plaintif turut menuntut ganti rugi teladan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan tuntutan yang dibuat dan faedah lapan peratus mulai tarikh writ saman difailkan.


utusan.com


Sunday, June 14, 2009

flashback 3~buku kecil~


Aku harus check in sekarang. Flight air arabia akan berlepas tak lama lagi. Tapi, tiada daya rasanya untuk kaki ini melangkah. Ingin saja aku menangguh flight penerbangan, namun apakan daya, aku punya tugas yang aku harus langsaikan di bumi shah rukh khan ini.

"nah, ni tissue..sabar ye, ada hikmah atas perpisahan ini. Mungkin dengan perpisahan ini, hati kita lebih kuat bertaut. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kita berdua."
dia kelihatan tenang.. matanya kelihatan bergenang, cuba ditahan. Kuatnya dia menanggung rindu yang dipendam setelah 4 tahun.

ku tatap sahabatku seorang lagi, dia juga seperti aku. Manik-manik jernih turun. Ahh! tak nak balik!!masakan hati ini dapat bertahan melihat mereka seakan tidak merelakan pemergianku ini.Tapi, aku harus akur, percutian ku selama 2 minggu telah tamat.Dan aku harus pulang.. Terima kasih buat kalian berdua yang cukup banyak membantuku sepanjang aku di bumi para nabi ini. Walaupun hanya dapat bersama 3 hari, seakan tidak cukup rasanya..



Berat..
Namun, aku gagahkan jua kaki ini melangkah.
Air arabia mula menerbangkan sayapnya meninggalkan bumi anbiya itu.

**********************************************************************************

' saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya bersabar dan menunggu pusingan masa. Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal, bahawa jihad tidak kenal erti rehat.' -iman hassan al-banna-

Tertera di bookmark hadiah pemberian dari dia.

Dakwah tidak pernah kenal erti penat. Tidak kenal erti lelah. Seandainya nyawa ini bakal dicabut sekalipun, menegakkan kalimah syahadah tetap menjadi tunjang utama. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan!

Ku tatap lagi buku kecil muslimah hari esok..ku belek-belek untuk entah keberapa kalinya.

Wanita di zaman salafus soleh merupakan sebaik-baik penolong bagi para suami, berbeza dengan wanita hari ini yang hanya mementingkan wang, perhiasan dan pakaian. Adapun wanita zaman salafus soleh,mereka akan berkata kepada suami tatkala mengirinya keluar bekerja:

"wahai bapa si fulan, berwaspadalah kamu dari memperoleh rezeki yang haram. Kami mampu bersabar atas derita susah dan kelaparan, tetapi kami tidak mampu menanggung siksaan api neraka dan kemurkaan Allah yang Maha Perkasa."

Seandainya si suami lemah dan hampir tewas berhadapan dengan perkara haram, maka kata-kata isterinya lah yang akan menjadi perangsang dan peringatan baginya dalam menyempurnakan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga lantas menyedarkannya sebelum terjerumus ke lembah haram.

Apabila seorang lelaki hendak keluar berjihad,apakah pendirian isterinya ketika itu? Mereka tidak pernah menjadi batu penghalang bahkan merekalah peniup semangat juang kearah jihad. Andai dia ditanya:

"Bagaimana kamu sekeluarga akan meneruskan kehidupan tanpa suamimu?"

Maka dengan iman yang kental di jiwa, dia tegas menjawab:

"Sesungguhnya aku tahu suamiku seorang yang kuat makan tetapi dia bukanlah pemberi rezeki, walaupun si kuat makan telah pergi namun Pemberi Rezeki tetap kekal!"

Kita impikan muslimah hari esok mencontohi peribadi muslimah zaman silam, menjadi pembantu terbaik buat suami dalam mentaati Allah dan menunaikan kewajipan merealisasikan dirinya sebagai isteri solehah yang mana sebaik-baik perhiasan dunia.

MasyaAllah, indahnya! Ternyata benar kuatnya keimanan dan kasihnya muslimah zaman silam pada agama..Jika dilihat muslimah hari ini, berapa ramaikah yang sanggup melepaskan suami pergi berjihad di jalan Allah. Ah, usah tuding jari pada orang lainlah.. Cuba tanya diri sendiri..
Sanggup?

Di kala bergema panggilan jihad, di waktu musuh ingin mengancam, ketika suara berseru,:

"wahai pejuang Allah, tunggangilah kudamu! Wahai bala tentera Allah, maralah!"

Betapa aku tersentuh.. Ku fikir-fikir, alangkah bestnya jika semua muslimah hari ini mempunyai semangat yang sama, sanggup berkorban demi agama. Pasti thumuhat untuk mewujudkan ustaziatul alam akan dapat lebih cepat terlaksana.

Alangkah bahagianya dunia ini, jika muslimah hari ini seperti Asma'.

Asma' yang bersama dengan anaknya Abdullah bin Zubair yang memerangi Pemerintahan Bani Umaiyah. Di saat anaknya Abdullah di kepung dan tidak tinggal bersamanya melainkan pengikut yang sedikit, dia seolah-olah lemah dan berserah diri, namun, si ibu yang penyabar lagi berani tu dengan tegas berkata,:

"wahai anakku, jika kamu berada di pihak yang benar janganlah kamu biarkan musuh memijak kepalamu"

Abdullah menjawab,:
"Wahai ibu, aku takut mereka menyiksa jasadku apabila aku dibunuh."

Lalu si ibu berkata,
" Anakku, sesungguhnya kambing yang disembelih tidak akan merasa sakit apabila dilapah kulitnya."

Begitu juga kita dapat lihat muslimah zaman silam yang hebat peribadinya,seperti Ummu Fadl,isteri Saidina Abbas r.a

Apabila diberitakan bahawa salah seorang dari anaknya telah terbunuh di suatu tempat,manakala seorang lagi di tempat lain,dengan penuh hikmah dia berkata,:

"keazaman dan cita-cita yang tinggi telah menjauhkan aku dari mereka. Andai mereka golongan yang murah cita-citanya, pasti mereka mati di tanah kelahiran sendiri."

Hebat! Tercapaikah muslimah hari ini?

Kita impikan muslimah yang tahu tentang agama secara mendalam, dan punya hala tuju yang jelas..Tidak mengasing kan kehidupan dunia ini dengan agama. Hidup seiring dengan zamannya tetapi tidak mengenepi tuntutan agama.

Puas aku merenung..Muslimah hari ini..Kualihkan pandanganku keluar jendela. Matahari makin menjauh, bulan mula menjengah..


Kenangan bertaut kembali.

*****************************************************************************

~buat adikku fatinhanira, syukran jazilan atas ukhwah yang diberikan. Tiada kata dapat akak ungkapkan melainkan terima kasih tidak bertepi atas kasih sayang yang diberikan. Mungkin hajat kita untuk bersama menuntut ilmu tidak kesampaian, namun akak yakin terselit berjuta hikmah di sebalik aturanNya. Doakan akak juga sesampainya adik di 'sana' nanti. salam sayang...

~untuk syuhada dan ona, all the best untuk imtihan yang sedang dan bakal menjelang! rabbuna yusahhil ala kulli hal :) moga ketemu lagi insyaAllah!

~huda, awak berhutang sambal kacang kat akak. Akak tahu taraf 5 bintang sambal kacang awak tu.. nanti akak datang sana lagi, jemput kat airport dengan sambal kacang awak tu.hehe :p

p/s: absence make the heart grow fonder. anda setuju?
somehow, presence can also make the heart grow fonder eh?
















Saturday, June 13, 2009

ama zilna

Bismillahirrahmanirrahim


ingin berkongsi dengan sahabat semua sebuah lagu yang best dari benammi..

hayati lirik dia yea..

selamat mendengar^_^

ama zilna [are we still]

Ama Zilna - Benammi



More Videos & Games at VideoArab - Entertainment



Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

My heart is Allah’s, My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s


p/s: terima kasih maisarah promote lagu ni kat saya!


OKD

Bismillahirrahmanirrahim

OKD-orang kuat dakwah

alhamdulilah..
baru sahaja selesai berdiskusi dengan seorang sahabat yang jauh di benua lain.
berkongsi cerita, bertukar pandangan,
mungkin memerlukan sedikit pencerahan buat diri masing-masing.
agar tidak mudah goyah pada tentangan yang bakal ditempuh,insyaAllah
takpelah, walaupun tidur lewat sedikit malam ini.

orang kuat dakwah

di kala orang lain mungkin tidur lena dibuai mimpi

kita menyekang mata menelaah,
buat pengisian rohani dan bakal dikongsi,

kita bangun, sujud menghadap Ilahi,
bertahajud memohon kekuatan,
menghafal kalam Allah menguatkan ingatan
ke arah individu muslim yang mantap, insyaAllah

di kala orang lain seronok keluar ke sana ke mari, shopping dan bersuka ria

kita sibuk mengadakan aktiviti,
buat sahabat dan adik-adik yang dahagakan pengisian ruhi,
tidak berkesempatan untuk merehatkan diri,
demi Jiwa yang bakal dipupuk penuh potensi,
sayangnya jika tidak diisi

kerna itu,
kita tegar walaupun ujian datang melanda,
sama ada kecamuk di dalam hati
atau kegundahan luaran yang mencurah tidak bertepi
sunnatullah!
mehnah tidak akan pernah lari dari orang yang berjuang di jalan Allah
sekali kita memilih jalan ini,
pasti akan diuji!

jadilah seperti wira-wira perang ahzab!

'ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu mereka berkata,
"inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita." Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka.' [al-ahzab: 22]

tidak gentar walaupun berhadapan dengan lebih 10000 tentera musyrikin,
sedangkan kaum muslimin hanya lebih kurang 3000 orang ketika itu.

ujian pada kita nyatalah cuma sedikit,
tatkala Allah ingin menapis diantara kita siapakah yang benar-benar beriman dan tsabat di jalanNya.
berusahalah mencapai dzaka imaniyah yang mantap!

ingatlah wahai orang kuat dakwah,

Iman bukan sekadar cita-cita.
Ia adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan.
dan janganlah melupai dirimu sebagai seorang pendakwah

Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)

Apabila kita mengaku kita muslim,

maka, kerjalah kita untuk islam

bekerjalah secara berjemaah

agar hidup ini tidak disia-siakan

usah mempersoal siapa yang layak,

sedang masyarakat amat butuh kesedaran.

maka kita harus lebih 'kedepan' dalam berdakwah

sentiasalah berasa LAPAR untuk berdakwah!’

Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW: Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”[muttafaqun alaih]

jadilah seorang OKD!










Monday, June 8, 2009

Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim

Berehat sebentar setelah penat menelaah notes surgery.
Terjumpa 1 article yang menarik untuk dikongsi.


Jika ada kader dakwah merasakan kekeringan ruhiyah, kegersangan ukhuwah, kekerasan hati, hasad, perselisihan, friksi, dan perbezaan pendapat yang mengarah ke permusuhan, bererti ada masalah besar dalam tubuh mereka. Dan itu tidak boleh dibiarkan. Perlukan solution yang tepat dan segera.

Jika merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah, kita akan menemukan pangkal masalahnya, iaitu hati yang rosak kerana kecenderungan pada syahwat.

“Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46).


Rasulullah saw. bersabda,

“Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpul daging itu adalah hati.” (Muttafaqun ‘alaihi).


Imam Al-Ghazali pernah ditanya, “Apa mungkin para ulama (para dai) saling berselisih?” Ia menjawab,” Mereka akan berselisih jika masuk pada kepentingan dunia.”

Kerana itu, pengubatan hati harus lebih diprioritikan dari pengubatan fizikal. Hati adalah pangkal segala kebaikan dan keburukan. Dan ubat hati yang paling mujarab hanya ada dalam satu kata iaitu: ikhlas.

Kedudukan Ikhlas

Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.

Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.


Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasulullah saw. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya.”

Fudhail bin Iyadh memahami kata ihsan dalam firman Allah surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan karena Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” Pendapat Fudhail ini disandarkan pada firman Allah swt. di surat Al-Kahfi ayat 110.

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya, “Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu kerana Allah Azza wa Jalla.”

Karena itu tak hairan jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantung dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

Makna Ikhlas

Secara bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.

Sedangkan secara istilah, ikhlas berarti niat mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang merosak.

Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras (tampi beras) dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya akan menyebabkan amal tidak nikmat. Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.

Kerana itu, bagi seorang daie makna ikhlas adalah ketika ia mengarahkan seluruh perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya untuk Allah, mengharap ridha-Nya, dan kebaikan pahala-Nya tanpa melihat pada kekayaan dunia, tampilan, kedudukan, sebutan, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian si daie menjadi tentera fikrah dan akidah, bukan tentara dunia dan kepentingan. Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.” Daie yang berkarakter seperti itulah yang punya semboyan ‘Allahu Ghayaatunaa‘, Allah tujuan kami, dalam segala aktiviti mengisi hidupnya.

Buruknya Riya

Makna riya adalah seorang muslim memperlihatkan amalnya pada manusia dengan harapan mendapat posisi, kedudukan, pujian, dan segala bentuk keduniaan lainnya. Riya merupakan sifat atau ciri khas orang-orang munafik.

Disebutkan dalam surah An-Nisaa ayat 142, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat itu) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”

Riya juga merupakan salah satu cabang dari kemusyrikan.

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku takuti pada kalian adalah syirik kecil.” Sahabat bertanya, “Apa itu syirik kecil, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Riya. Allah berkata di hari kiamat ketika membalas amal-amal hamba-Nya, ‘Pergilah pada yang kamu berbuat riya di dunia dan perhatikanlah, apakah kamu mendapatkan balasannya?’” (HR Ahmad).

Dan orang yang berbuat riya pasti mendapat hukuman dari Allah swt. Orang-orang yang telah melakukan amal-amal terbaik, apakah itu mujahid, ustadz, dan orang yang sentiasa berinfak, semuanya diseret ke neraka kerana amal mereka tidak ikhlas kepada Allah.

Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang menuntut ilmu, dan tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, maka ia tidak akan mendapatkan wangi-wangi syurga di hari akhir kelak.” (HR Abu Dawud)

Ciri Orang Yang Ikhlas

Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri yang bisa dilihat, diantaranya:

1. Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cubaan, baik yang suka maupun duka, seorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.

Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya.

Di antaranya disebutkan dalam surah At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”

2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka.

Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)

Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah redha Allah, bukan redha manusia. Sehingga, mereka sentiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam keadaan bersendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Kerana mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.

3. Dalam dakwah, akan terlihat bahwa seorang daie yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama daie, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.

Para daie yang ikhlas akan menyadari kelemahan dan kekurangannya. Oleh kerana itu mereka sentiasa membangun amal jama’i dalam dakwahnya. Sentiasa menghidupkan syura dan mengukuhkan perangkat dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau lembaganya semata.


Terkesan dalam hati,

sambung belajar surgery,

doakan saya exam petang ni^_^