Monday, June 23, 2008

cinta tak kenal usia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

semalam saya sempat chat dengan seorang sahabat lama..dah hampir setahun rasanya kami tidak berhubung...alhamdulillah dia masih seperti dahulu..sahabat sekampung yang sudah lama tak ketemu...apa yang mengejutkan saya adalah dia akan berkahwin hujung tahun ini...umurnya tua setahun dari saya[22 tahun]..dan dia adalah seorang lelaki...

perancangannya untuk menikah tidaklah begitu mengejutkan..namun cerita disebalik pernikahan itu membuatkan saya amat terharu...calon yang dimaksudkan adalah bekas ibu angkat dia sendiri..berumur 35 tahun dan sudah mempunyai 6 orang cahaya mata dengan bekas suaminya.. saya tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia begitu tekad untuk menikahi wanita itu..ceritanya lebih kurang begini...

sahabat saya itu sy kenalkan dia sebagai fahmi[bukan nama sebenar], fahmi selalu terlibat dengan kem pelajar-pelajar bermasalah terutama yang selalu diadakan di bandar kami tinggal..dia selalu menjadi fasilitator jika ada kem-kem diadakan..suatu ketika, dia menyertai kem di bawah pertubuhan [saya tak ingat namanya=)] dan semasa menyertai kem tersebut, ada seorang pelajar yang perangainya yang kurang berakhlak, pakaiannya, senang cerita seksi dan tidak sopan.. selepas kem itu tamat,tidak terdapat kesan2 yang pelajar itu akan berubah..maka, fahmi cuba mendekati pelajar itu dan berjumpa dengan keluarga pelajar perempuan tersebut.. setelah berkenalan dan mendalami keluarga tersebut,barulah fahmi mengerti..keluarga pelajr tersebut bukanlah seperti keluarga kita yang penuh dengan kasih sayang seorang ayah.. keluarga tersebut agak porak peranda..dan ibunya sering menjadi tempat melunaskan nafsu ayahnya..ibunya juga sering dipukul oleh si suami...fahmi memperkenalkan ibu dan pelajar tersebut kepada ibunya..dari situ ,barulah ibu pelajar itu mengerti bahawa selama ini dia tidak mendapat hak2nya sebagai seorang isteri...selama ini,jika dia[ibu pelajar perempuan ] ingin pergi belajar agama, si suami akan memarahi dan menghalaunya untuk tidur sahaja di surau..dia tidak berpeluang untuk melakukan apa-apa..hidupnya sudah cukup terseksa..nasib anak-anak juga tidak terbela...


dari situ, hubungan fahmi dengan kelurga pelajar tersebut semakin rapat.Ibu pelajar perempuan itu sudah dianggap sebagai ibu angkat nya dan..ibu fahmi mengerti perkara ini..
entah macam mana..perasaan simpati fahmi semakin menebal..dari hari sehari, perasaan itu bertukar menjadi menjadi kasih dan sayang..tidak lama selepas itu, ibu pelajar itu bercerai dengan suaminya..fahmi mula berfikir panjang.. dia mahu membantu keluarga itu..dia mahu membimbing wanita itu dalam agama..dia pun sudah rapat dengan anak-anak wanita itu..Allah Maha Berkuasa..Dialah yang mampu membalikkan hati kita..rupanya,cinta berputik antara mereka berdua[fahmi dan ibu angkatnya]..cinta itu fitrah..fahmi juga x sedar sejak bilakah perasaan itu bertukar ..kalau dulu sebagai seorang anak angkat, dia memanggil ibu angkatnya dengan kata panggilan ibu...namun selpas itu, bahasa yang digunakan telah bertukar kepada "saya dan awak"...fahmi berdoa moga Allah membantunya dlam membuat keputusan..




lalu dia mengambil keputusan untuk menikah..bukan dengan anak wanita itu..tapi dengan ibu angkatnya sendiri...yang kini berusia 35 tahun...
niatnya hanya satu..untuk membimbing wanita itu dan keluarganya ke arah yg diredhai Allah swt..supaya mendapat didikan agama yang cukup.. buknlah salah wanita itu hidup dia merana..kerana selama ini dia tidak mendapat haknya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya..didikan agama apatah lagi...nak dipendekkan cerita, kedua-duanya bersetuju untuk menikah... fahmi pernah berkata pada saya... jika wanita itu sanggup untuk hidup susah senang dgnnya dan sudi dibimbing olehnya sebagai seorang suami kelak.itu sudah mencukupi...fahmi benar2 ingin membela nasib wanita itu dan keluarganya..dan dia bersedia untuk menjadi ayah kepada keenan-enam anak wanita itu...fahmi sudahpun menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti di utara malaysia dan sekarang sudah pun bekerja..



fahmi sedar dia perlu berdepan dengan masyarakat sekarang yang memandang pelik fenomena ini..jika perempuan muda berkahwin dengan lelaki tua, itu mgkn sudah biasa kita dengar, tapi jika lelaki muda berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih tua darinya, tambahan pula seorang janda..ia adalah rare fenomena..katanya, apa yang org nmpk dan apa yang dia rasai berbeza..redha Allah dan mak ayah sudah mencukupi..

sekian sahaja cerita mengenai sahabat saya..saat saya mengetahui perkara ini ,saya amat terkejut...berbagai soalan diajukan untuk mendapatkan kepastian..namun setelah dia terangkan segalanya, baru saya faham... hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik tiap kejadian.. dan saya gembira di atas keputusan yang dia putuskan...moga Allah membantu dan melancarkan perancangnnya untuk menikah...tak sabar rasanya untuk pulang ke malaysia bertemu dengan mereka...

kisah sahabat saya ini mengingatkan saya tentang perkahwinan Nabi Muhammad dengan Saidatina Khadijah..jarak antara mereka pon 15 tahun..manakala sahabat saya ini jaraknya 13 tahun..cinta tak mengenal usia kan? sama-samalah kita doakan moga Allah memudahkan urusannya...ameen...


p/s:gambar budak kecil yang comel di atas adalah anak sepupu khairil anwar ramli..ia hanyalah gambar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan cerita di atas..terima kasih ye jiran=)

10 comments:

izzah said...

salam..

waa,menaariknye..a very "RARE" story..touchy giler..

insya'Allah,Allah permudahkan segala urusan kawan awak tu.

nice post..cerita ni ,patut bagi kat lelaki2 yang sibuk memperjuangkan hak2 mereka untuk kahwin lebih dari satu,tapi tanggungjawab kat seorang isteri pun masih x sempurna..

ada satu hadis Rasullullah s.a.w ,lebih kurang macam nilah maksudnya:

lelaki yang paling baik di antara kamu , adalah lelaki yang baik dengan isterinya.

nurani,ingat Ustaz Saufi lagi x?
dia pesan kalau nak cari suami,carilah yang paling kurang pun macam dia..jangan lupa tu!!

Anonymous said...

Salam,

eh eh... ni kena bayar duit royalti nih.. kena tarik pelawat blog nurani ke blog saya nih!! :P

sedikit pembetulan, itu sepupu saya bukan anak sedara.. kakak saya tak kahwin lagi.. tak cukup matang.. haha.. (ampun dan maaf eh along!!)

menarik post nih.. mulia sahabat nurani ni.. buatkan kami kaum adam berfikir tiga empat kali.. mulianya dia nih berbanding diri sendiri yang kerdil.. keputusan yang amat, apa orang kata, "wa respek sama lu lah" <--- bak kata org muda2..

apapun doakan kesejahteraan dan kekuatan untuk dia.. semoga dier cekal menjalankan tanggungjawab yang mulia itu..

barakallahufih

-Anwar AlJohory-

alonq_exe said...

Assalamualaikum.

O_o?!

Tu respon pertama sy bile dapat tau pasal cerita ni. Ye ar, siapa yang tak terkejut kan? Bukan senang nak cari lelaki awal 20-an yang memang dah betul2 sedia nak berumahtangga dengan janda orang. Satu dalam seribu, atau mungkin satu dalam 13 ribu.

I wish him all the best, semoga niat murni dia dipermudahkan Allah. Sampaikan salam respect sy kat dia yek.

p/s: Suami rogol isteri?? Err, rasanya tak wujud istilah tu. Kan?

Hilmi Mahmud said...

hmmm....
semoga aku dikurniakan isteri dari golongan anak dara... eh silap, semoga isteri ku dari kalangan mereka yg solehah dan saling menasihati diri ini ke arah kebaikan,... :P

ermmm..pasal merogol isteri??? tak berapa setuju ngan ayat tuh... tiada istilah seperti itu dalam islam.. bukankah perkahwinan menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.. maka, tak layak mengatakan hubungan halal suami isteri sebagai zina, apatahlagi rogol...
wallahualam.... betul2 kan diri ini jika tersilap..... wassalam...

syabab said...

salam alaik
maaf sgt2 tersilap pki bhs..xperasan..akan diedit semula..
terima kasih jiran2 atas teguran=)

insyaAllah salam korg akan dismpikan..

to izzah: izzah!! sy ingt lagi!!=D

Anonymous said...

oyuk.
waaa,cte ni sungguh touching.
sgt tersentuh dgn kesungguhan laki tersebut.
semoge hidup dia dan bakal isteri dan anak-anak nya diberkati dan diredhai Allah,insyaAllah.

Anonymous said...

salam. nurani. sangat jarang benda ni berlaku kan. kawan awak itu tentunya bukan calang-calang personalitinya. kagum giler.

semoga Allah permudahkan urusannya. Ameen.

syabab said...

to mysourha n kak yani,
sama2 kita doakan moga Allah mudahkan urusannya..ameen..

imanulhassan said...

mulia sungguh hati akh ni..

moga2 dgn niat dia yg murni ni, mendpt ganjaran yg besar di sisi Allah swt..

susah nak jumpe org gini.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).
annur ayat 26.

liyana said...

salam nurani, frankly sy amat kagum dengan sahabat nurani ni. bukan senang kita nak menghadapi kata-kata orang sekeliling lebih lebih lagi bila kita lakukan sesuatu yang 'pelik tapi benar'. sedangkan empunya diri ni pun belum tentu lagi dapat menghadapi situasi macam ni.Alhamdulillah, semoga Allah mempermudahkan urusan kehidupannya dan keluarga di dunia dan di akhirat.. ameen