"muaz malas nak fikir la mak.."
"umur kamu tu makin meningkat muaz, mak ni makin tua.."
muaz terdiam.bicaranya terhenti seketika.tiada daya untuknya menolak lagi permintaan bonda tersayang supaya dia menikah.
"muaz masih tiada calon mak.muaz serah pada mak sahajalah.muaz terima je.." muaz menyusun bicara memujuk.
"hurm.."bondanya mengeluh..
sepi...
***********************************************************************************
ya Allah,
sentuhlah hati ini saat ia jauh dariMu,
peluklah hati ini saat ia mencintai sesiapa lebih dariMu,
peliharalah imanku selalu ya Allah,
jangan biarkan ia thasut dengan keseronokan dunia yang seketika cuma..
ya Rahman,
padaMu ku mohon keampunan,
padaMu ku mohon rahmah dan kasih sayang,
padaMu ku mohon keteguhan,
padaMu ku mohon kecekalan..
ya Allah yang Maha Mengerti,
berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
berikanlah hati ini ketenangan,
jangan biarkan ia hanyut dibuai perasaan,
pimpinlah..
didiklah..
hati milikMu ini ya Allah..
ampunkan aku kerana tidak dapat menjaga ia sebaiknya ya Allah,
ampunkan aku kerana hati ini kadangkala memikirkan si dia ya Allah,
ampunkan aku kerana hati ini acapkali terhiris dek nafsu ya Allah,
aku lah yang bersalah..
akulah yang membina semua angan-angan indah..
akulah yang zalim pada diri sendiri!
teguhkan aku laksana zulaikha,
tuntuni aku menggapai redha,
tegaskan hatiku dalam agama,
hanya padaMu aku menadah,
ku rela cinta itu bukan didunia
demi merebut cinta di akhirat sana..
titisan demi titisan mengalir di pipi ifah..entah mengapa perasaannya tidak menentu sejak akhir-akhir ini..hanya pada Ilahi dia menyerah kan segala suka dan duka..lahiriah tampak ceria, namun hanya Allah yang tahu betapa batinnya tersiksa...
**********************************************************************************
'kak, minggu ni halaqah macam biasa ya?'
ifah membaca message dari adik usrahnya, humaira.
jarinya lekas membalas..
'insyaAllah, kita buat di tempat biasa..humaira tolong inform yang lain-lain juga ye..jazakillah dik'
ifah menarik nafas panjang..baru seminggu tidak berjumpa dengan adik-adik usrah, namun, rindu tetap bertandang di hati..
itulah manisnya ukhuwah jika segalanya disandarkan kerana Allah..bisik ifah sendiri..
dia teringat firman Allah yang bermaksud:
"pada hari itu, sahabat-sahabat karib:sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain,kecuali orang-orang yang bertaqwa" [al-zukhruf:67]
humaira, aishah, nisa' dan huda..wajah-wajah mereka hadir satu persatu..adik-adik yang sudah bersama dengannya sejak 3 tahun lalu sehingga kini masih utuh meneruskan perjuangan Rasulullah..ifah memanjat setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi di atas kurniaan sahabat dan adik-adik yang sentiasa bersama menempuh ranjau derita dalam dunia tarbiyah dan
dakwah..
fikiran ifah menerawang jauh..dia terkenang kembali sahabat-sahabatnya yang masih lagi berada di mesir..syuhada, amalina, hanira..pejuang seangkatan semasa sekolah menengah...ketiga-tiga mereka melanjutkan pelajaran ke mesir selepas tamat spm..namun ifah terpaksa membatalkan hasratnya utk bersama sahabatnya..pada waktu itu, ibu ifah meninggal dunia dan ayah nya sakit..abang ifah pula berada di mesir menyambung pengajian di al-azhar..memandangkan mereka hanya dua beradik, ifah tidak sampai hati untuk meninggalkan ayahnya seorang diri..ifah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di msia sahaja..dan alhamdulillah segalanya dipermudah oleh Allah..
ifah kerap kali juga berkunjung ke mesir melawat abangnya..sambil-sambil tu, sempat juga dia belajar talaqi Quran dengan sheikh-sheikh di sana..alang-alang tu, boleh bawa ayahnya mengerjakan umrah..
abang ifah kini menyambung pengajian master dan sudah pun berkahwin di sana dan dikurniakan 2 orang cahaya mata..ifah masih ingat ketika dia ke mesir sewaktu kakak iparnya bersalin anak kedua..hakimi, anak buahnya yang sudah menjangkau umur 6 tahun sangat petah, kecil-kecil sudah diajar menghafaz Quran..ifah berasa senang melayan karenah hakimi, malah ifah terdidik sendiri melihat akhlaknya yang menyejukkan hati...
azan berkumandang dari laptopnya.
ifah tersentak dari lamunan yang panjang..menyedari dia terlalu rindukan saat-saat itu..
dia bingkas bangun, menuju ke bilik air, mengambil wudhu'...
solat zohor didirikan penuh khusyuk dan tawadhuk..
*******************************************************************************
'ifah terima ayah'
terngiang-ngiang jawapan yang dilafazkan seminggu lalu..
sebulan lagi dia bakal dinikahi muhammad furqan abdul halim,
entah siapa lelaki itu, yang dia tahu lelaki itu sama-sama dalam halaqah..
yang dia tahu, lelaki itu sudah mempunyai pekerjaan dan merupakan graduan jurusan agama..
yang dia tahu, ayahnya cukup menyenangi lelaki itu,
ayah kata, ustaz hazwan yang datang berjumpa dengan ayah merisik dirinya..
ifah sudah beristikharah sebelum memberikan jawapan..
pda mulanya , dia masih ragu..
mungkin menunggu muaz yang tidak kunjung tiba...
namun, dia sedar..
siapalah kaca jika dibandingkan dengan permata..
namun, dia pasrah pada Yang Esa..
dirinya tidak layak untuk muaz..
hanya pada Allah ifah memohon segala kekuatan..
ifah tidak boleh mementingkan diri...dia masih ingat suatu hadis yang mengatakan jika seseorang yang beriman datang kepadamu, maka janganlah kau menolak..ditakuti akan menimbulkan fitnah buat lelaki soleh tadi..
dia harus rasional..
tidak sepatutnya dia memikirkan muaz..
kerana hati itu satu..
bukan dua yang boleh dibahagi-bahagi..
dia yakin pada janji Allah..
dibulatkan hati redha menerima takdir Ilahi..
**********************************************************************************
[belum habis lagi..^_^]
1 comment:
herm..menanti~
Post a Comment