Monday, December 1, 2008

pencerahan bukan utk org manja

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.malas untuk fikir lebih,kerja lebih.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang,nmpk seronok dan mudah join, program yang penat, bersusah payah kalau boleh nak elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami dgn harapan mampu bina baitul muslim.
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah dan asyik nak merendah-rendah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda shoping dan jalan2 yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.tuduh jemaah itu sesat, jemaah ini jumud,jemaah sana ada masalah hati.tapi diri sendiri tak gerak buat kerja.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.untuk bergelar dia jemaah ini, dan datang liqa' dengan hadaf yang tak jelas.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.yg nak kene bagitahu berminggu2 awal sebelum diminta buat sesuatu.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh dan tak boleh keluar malam.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.harapkan ilmu dari liqa' tapi nak minta kita yang datang berlutut depan dia, share semua kita dapat.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar dan perempuan tak perlu buat kerja dakwah.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa,ulangkaji la pelajaran dengan baik, bersenang lenanglah di hujung minggu.runsingkan diri anda bila tak paham belajar endocrine dan risaulah jika anda mengantuk dalam kelas daripada anda pening2 fikirkan ummat

Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

semoga sama2 renungkan dan mendapat maafaat..wassalam


2 comments:

pai_ilham al-adwa' said...

slm,ukhti...lama tak mengupdate!..akhirnya...
pernah baca artikel ni kt blog ustaz salam...
sama2 kita tarbiyah dan muhasabah..

maisarah mohd isa said...

salam nurani..eh2..bile update nih? hehe..yerp2..setuju ngn kate2 naufa tuh..muhasabah diri kita