Saturday, December 27, 2008

sunat dhuha

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..


kelas start at 9..jadual 2nd year agak longgar berbanding 1st year..walaupun pada zahirnya nampak relaks namun homework makin bertambah..fair n square..^_^masa pun amat-amatlah mengizinkan untuk kita buat sunat dhuha ..tepuk dada tanya iman..ye x?bukankah ciri-ciri orang beriman itu akan sentiasa berusaha meningkatkan amalan sunat dalam merangka pembikinan ciri2 muslim soleh dan solehah..tambahan pula, sunat dhuha adalah sunat muakkad[yg dituntut]..yg penting kita istiqamah=]

Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi (gelap), Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan), Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.

(QS. Adh Dhuhaa, 93 : 1-5)

Hadis riwayat .Ahmad, Muslim dan Abu Daud,
Abu Dzar r.a., dia berkata, Rasulullah SAW., bersabda, “
Setiap tulang dan persendian badan dari kamu ada sedekahnya; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma’ruf adalah sedekah dan setiap nahi munkar adalah sedekah. maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua raka’at yang dilakukannya dari solat duha.”

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya..

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat belajar.Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah  dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

k, nak lihat lagi betapa specialnya sunat dhuha ni, kita lihat riwayat Abu Hurairah di bawah ni:

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


DOA usai sunat dhuha

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ

وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ

وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي

الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ

وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا

فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ

وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ

الصَّالِحِيْنَ .

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

jom kita sama-sama laksanakan sunat dhuha..tidak ambil masa yang lama pun..malah lebih baik dari kita buat perkara-perkara tak berfaedah..insyaAllah hari yang kita lalui itu akan rasa dipermudah oleh Allah..

sekian, jazakumullah khairan kathira.




i love you

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum..

sudah beberapa hari dia kelihatan sugul..
sudah beberapa hari kami kurang berbual-bual..
sudah beberapa hari kami tidak bergelak ketawa..
sudah beberapa hari juga lah hatiku tidak senang..

mungkin hati ini sedih melihat dia sedih..
mungkin hati ini tidak keruan melihat sahabat yang disayangi tak tentu keadaannya..
mungkin hati ini terlalu risau akan reaksi yg dipancar diwajahnya..
mungkin juga hati ini terlalu merindukan saat-saat dia yang dulu..
sehinggakan hari ini, semasa murajaah, ku menemui namamu dalam al-quran..
[surah baqarah:juz 3]
betapa hebat kuasa Allah! yang Maha memahami!
namun, ku sedar..langit tidak selalunya cerah, kan?

sahabat, kan sudah ku ingatkan..
dalam hidup ini, walau macam mana perit hati menahan dugaan,
senyumlah dan gembirakanlah hati sahabatmu,
kerana itu adalah sedekah..
namun ku tak salahkan dirimu,
kerana dugaan dan ujian itu adalah asam garam kehidupan..
kita layak untuk merasa sedih..
kerana tanah itu kalau tidak diturunkan hujan keatasnya, takut nanti kering tandus juga..

masih ingat mesej yang dihantar olehmu kepadaku suatu masa dulu?
"bila engkau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa engkau telah cuba sedaya upaya,
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah lebih arifttg titisan air matamu,
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan,Allah sentiasa berada disisimu,
bila engkau telah mencuba sedaya upaya tapi x tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian,
bila tiada yang bermakna buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya,
dekatkan dirimu dgn Allah,kerana Allah adalah segala-galanya"

duhai sahabat yang disayangi,
biarku tanggung rasa deritamu,
biarku galas segala yang memberatkan hatimu,
katakan sahaja sahabat,
apa yang harus ku lakukan,
agar senyuman di wajah itu terukir kembali seperti dahulu..

segala yang manis pasti ada pahitnya,
begitulah jua hidup di dunia,
segala yang indah jadikan hiasan,
segala yang buruk jadikan sempadan..

ingatlah,
kita hidup sebagai pejuang,
tidak mudah mengalah pada keadaan dan situasi,
yang patah pasti tumbuh kembali,
yang jatuh mesti bangkit berdiri,
kerana itukan perkara yang sudah kita janji!

perjuangan secebis jihad,
kadangkala meruntun hati,
menguji rasa,
namun tiap kali kegetiran melanda,
tika itu renungkan kembali satu hakikat,
kitalah pejuang mujahid Allah,
senyum kerana terluka,
menangis kerana takut akan Dia..
robbuna yuqawi ya ukhti!





buatmu sahabat,
akan ku curi hatimu dengan izin Allah,
akan ku sayangi hati itu dan akan ku cuba dalam doaku tidak tertinggal memohon kepada Allah
agar hati itu sentiasa dalam keadaan tenang dan sentiasa dalam zikrullah,
agar hati itu bersih dengan ilmu-ilmu islam,
agar hati itu dibajai dengan ukhuwah fillah
dan disuburi husnuzhon kepada orang lain,
moga hati itu akan membuahkan mu peribadi muslimah..
insyaAllah..


Untukmu Teman - Mawaddah


Selamat sejahtera diucapkan padamu teman
Semoga kau sihat sentiasa hendaknya
Di bawah naungan keredhaan Tuhan Yang Esa
Jua berkat dan karamah Sohibbul Zaman

Tak mungkin engkau dilupai
Kerana kau sentiasa dihati
Oh teman sejati moga berkekalan
Hingga mati

Sekian lama kita bersama
Dalam menempuh segala ujian
Yang datang menduga iman kita

Ada kalanya kita terleka
Namun dengan kasih dan sayangnya
Kita sering saja diperingatkan

Moga kau mengingati
Segala ilmu yang di beri
Moga kau sentiasa menghayati
Moga kau beroleh kekuatan
Dalam mengharungi ujian
Di dalam menagih cinta Tuhan

Ketahuilah teman walau dikau jauh di mata
Namun sentiasa di hati kami semua
Ramai manusia zahirnya saja bersatu
Namun hati pecah belah sering berlaku

Moga kita mendapat kekuatan iman dan taqwa
Di dalam kita membaiki diri
Semoga kita selamat di dunia dan di akhirat
Dengan berkat Al-Fatah At-Tamimi

Semoga kita semua menjadi
Remaja-remaja yang mengulangi
Sejarah di era kebangkitan diri
Somoga kita miliki hati ikhwan yang sejati
Yang amat di impikan oleh semua manusia.

sekian,
jazakumullah khairan kathira.

Thursday, December 25, 2008

kasih sejarak dua jari





Kasih Sejarak Dua Jari - Muadz


Sumber hadis : Riwayat Al-Bukhari-Bab memberi sedekah kepada anak yatim

Lagu : Xifu Naser (Free Nature Sdn.Bhd)
Lirik : Xifu Naser (Free Nature Sdn.Bhd)



إِنِّي مِمَّا أَخافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي

مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا

Ku rasakan gelisah
Terhadap mu pabila ku tiada
Terbukalah perhiasan dunia
Kelak kau terpedaya


أَناَ وَكَافِلُ الْيَتِيم فِي الْجَنَّةِ هكَذا

Aku dan penjaga yatim piatu di syurga
Ditempatkan bersama
Kaulah teman sejati
Ini janjiku padamu

Ana wa anta
Seumpama dua jari ini

 

Monday, December 22, 2008

kata semangat



Imam Hassan Al-Bannã Rahimahullah telah menyebutkan:

Wahai Ikhwãnul Muslimin, kekangilah semangatmu yang membara itu dengan ‘aqal fikiran kamu yang waras, suluhilah ‘aqal fikiran kamu yang waras itu dengan semangat kamu yang membara; dampingilah khayalan kamu dengan kebenaran hakiki dan realiti, dan bukakanlah pintu kebenaran itu dengan silauan khayalan kamu yang menawan. Janganlah kamu melencong jauh, kelak kamu akan tergantung di awang-awangan. Janganlah kamu mencanggahi kanun-kanun ‘alam’ kerana ianya sentiasa mengatasi kamu; sebaliknya hendaklah kamu mengatasinya, mengalirkan arusnya dan cubamempergunakan sebahagian daripadanya untuk mengatasi sebahagian yang lain. Sesudah itu tunggulah saat-saat kemenangan, detik kemenangan itu darimu adalah hampir sekali.


Friday, December 19, 2008

sabar menghadapi ujian

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

"fail! satu markah je lagi nak lulus?? "titisan air mata berjurai dari kelopak matanya..sedih..sakit hati..dia merasakan dia memang boleh jawab paper tu..dia yakin..dia rasa senang..tapi macam mana boleh fail? moodnya hari tu tidak elok..habis semua buku dilempar..kawan2 yg concern pun turut dimarah sama..

itulah salah satu contoh atau ujian yang Allah nak turunkan..mungkin lepas ini kita akan lebih menghargai nilai 1 markah dan tidak mengambil sesuatu ilmu itu sambil lewa..

kita lihat hadis di bawah:

ertinya:
'daripada Ummu Al-Ala',dia berkata:Rasulullah SAW menjengukku tatkala aku sedang sakit,lalu beliau berkata : ,Gembiralah wahai Ummu Al-Ala'.sesungguhnya sakit org muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak'
(isnadnya sahih, ditakhrij oleh Abu Daud,hadith no,3092)

CONFIRM setiap manusia di dunia ini akan hadapai ujian dan dugaan..tidak kisahlah sama ada ujian itu menimpa diri sendiri, ahli keluarga, kakak, abg, adik, suami, isteri atau kawan-kawan..
di sebalik ujian dan dugaan itulah, barulah nampak sejauh mana kadar keimanan kita..Allah menurunkan ujian,agar Dia dapat menguji keimanan kita..namun..
apakah kita akan sabar? atau marah-marah? dan adakah kita redha dengan takdir Allah?

nah! hadis di atas menjelaskan bahawa orang mukmin itu diuji oleh Tuhannya agar dapat menghapus kesalahan dan dosa-dosanya.

jom kita semak kembali ayat-ayat cinta dr al-Quran,

ertinya:
"dan, di antara tanda2 kekuasaanNya ialah kapal2 yg belayar di laut seperti gunung2. Jikalau Dia mengkehendaki,Dia akan menenangkan angin,maka jadilah kapal2 itu terhenti di permukaan laut.Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaanNya bagi setiap org yg bersabar dan banyk bersyukur"                                                              [asy-syura:32-33]

dan kita juga dapat lihat bahawa Allah memuji org2 yg sabar seperti dalam firmannya yg bermaksud,

"dan org2 yg sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah org2 yg benar[imannya] dan merekalah org2 yg bertaqwa"                         
                                                                                                                        [al-baqarah:177]

dan lagi..kita dapat lihat bahawa org2 yg sabar ini dicintai oleh Allah,

"dan Allah mencintai org2 yg sabar."                                                        [ali-'imran:146]

seterusnya, org2 yg sabar akan diberi balasan yg baik oleh Allah,

"dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada org2 yg sabar dgn pahala yg lebih baik dr apa yg telah mereka kerjakan"                                                              [an-nahl:96]

"sesungguhnya hanya org2 yg bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
                                                                                                                         [az-zumar:10]

bahkan kita tahu bahawa beruntungnya org2 yg sabar ini pada hari kiamat dan terselamatnya mereka dari api neraka yang jelas dalam firman Allah,

"sedang para malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu, [sambil mengucapkan] :salamun'alaikum bima sobartum'.maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu."                                                                                                                                                  [ar-ra'd:23-24]

semua ini merupakan balasan bagi org2 yg sabar dalam menghadapi dugaan..
lalu kenapa kita susah sangat untuk bersabar pabila ditimpa musibah..sedangkan peluang 'best' ini terbuka luas buat org2 mukmin..

dari Suhaib radiyallahu'anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW berkata,:

"sungguh menakjubkan urusan org mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik.Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya."
         [ditakhrij oleh Muslim,8/125,dalam az-zuhd]

kita harus tahu bahawa setiap ujian yang Allah turunkan menurut kadar keimanan yg kita miliki. jika keimanan kita di tahap yang tinggi, Allah akan memberikan ujian yg lebih berat, jika kadar iman kita kurang,maka ujiannya pun lebih ringan..perhatikan riwayat di bawah ini,

"Dari Sa'id bin Abi Waqqash radiyallahu'anhu dia berkata:
Aku pernah bertanya : wahai Rasulullah, siapakah org paling berat dugaannya? 
Baginda menjawab: para nabi kemudian org pilihan dan org pilihan lagi. Maka seseorang itu akan diuji menurut agamanya.Apabila agamanya kuat,maka dugaannya pun berat. dan apabila dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya.Tidaklah dugaan itu menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya"
                                                     [isnadnya sahih, ditakhrij oleh at-Tirmizi, ibnu majah, Ad-Darimi]

jika kita mempersoalkan.
mengapa org mukmin tidak pernah lepas dari dugaan dan cabaran?

jawapannya mudah..
sebab Allah nak bersihkan org2 mukmin dari segala maksiat dan dosa-dosanya.inilah yg diterangkan oleh Rasulullah SAW kepada Ummul-Ala' dan Abdullah bin Mas'ud..

Abdullah bin Mas'ud pernah berkata:
"Aku memasuki tempat Rasulullah SAW dan beliau sedang demam,lalu aku berkata:
Wahai Rasulullah,sesungguhnya engkau menderita demam yg sungguh berat"

Rasulullah menjawab:
"benar. Sesungguhnya aku demam seperti dua org di antara kamu yg sedang demam."

Abdullah bin Mas'ud berkata:
"dengan begitu, bererti ada dua pahala bg engkau?"

Rasulullah SAW:
"benar".
"Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit, dan juga yg lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahannya dgn penyakit itu, sebagaimana pohon2 yg menggugurkan daun-daunnya"                                                         [al-bukhari dan muslim]

sabar menghadapi sakit, mengawal diri dari berasa khuatir, menahan lidah dari mengeluh merupakan bekal bagi org2 mukmin dalam meneruskan musafirnya di dunia ini.
sabar itu kan sebahagian dari iman...sama juga seperti kedudukan kepala bagi badan.
tidak ada iman bagi org yg tidak sabar, dan mcm itu jugalah ibarat badan  yg tiada ertinya jika tiada kepala.hurm, bayangkan time kita marah,ibarat kepala kat tmpt lain, badan kat tempat lain..(mcm hantu pun ade..=])

Dengan itu, pabila kita sakit..haruslah kita menahan diri sebolehnya..
pabila ditimpa ujian, sembunyikanlah..teringat kata2 ustaz, walau mcm manapun susah kita atau walau perit manapun dugaan menimpa, jangan tunjuk2 kat orang lain, senyum lah sentiasa asalkan kita dapat menggembirakan hati org lain..pahala pun dpt=]



Al-Fudhail bin Iyadh pernah mendengar seorang mengadu tentang dugaan yang menimpanya.Maka dia berkata kepadanya,

"Bagaimana mungkin engkau mengadu sesuatu yg merahmatimu kepada org yg tidak memberikan rahmat kepadamu?"

Dan,sebahagian org salaf yg soleh berkata:

"Barangsiapa yg mengadukan musibah yang menimpanya,seakan-akan dia mengadu akan Tuhannya."

Yang dimaksudkan mengadu di sini bukanlah menceritakan masalah penyakit kepada doktor,kalau sakit mestilah kene jumpa doktor kan?^_^
tetapi pengaduan di sini ialah gambaran penyesalan dan penderitaan kerana mendapat ujian dari Allah, yang dilontarkan kepada org yg tidak mampu mengubati,seperti kawan-kawan atau jiran tetangga.

dan lagi, golongan salafussoleh ini pernah berkata,

"4 hal termasuk simpanan syurga, ialah menyembunyikan musibah, menyembunyikan[merahsiakan] sedekah,menyembunyikan kelebihan dan menyembunyikan sakit"

baiklah, sebagai kata-kata terakhir, saya selitkan kata-kata dari Ibnu Abdi Rabbah al-Aldalusi ini sebagai renungan bersama,

Asy-Syaibany pernah berkata:
"temanku pernah memberitahuku seraya berkata,
Syuraih mendengar semasa aku mengeluhkan kesedihanku kepada seorang kawan. 
Maka dia memegang tanganku seraya berkata, 
"Wahai anak saudaraku, janganlah engkau mengeluh selain kepada Allah. Kerana org yang engkau keluhi itu tidak lepas dari kedudukannya sebagai teman atau lawan. Kalau dia seorang teman, bererti engkau membuatnya berduka dan dia tidak boleh memberimu manfaat.
Kalau dia seorang lawan,maka dia akan bergembira kerana deritamu. Lihatlah salah satu dari mataku ini,'' 

sambil menunjuk ke arah matanya,
"demi Allah, dengan mata ini, aku tidak pernah dapat untuk melihat sesiapapun, namun tidak pula pada seorang teman sejak 5 tahun yang lalu. Namun aku tidak pernah memberitahukannya kepada seseorang sehingga saat ini. Tidakkah engkau mendengar perkataan seorang hamba yg soleh (Ya'qub):

"Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadu tentang kesusahan dan kesedihanku."

Maka jadikanlah Allah sebagai tempatmu mengadu ketika ada musibah yg menimpamu. Sesungguhnya Dia adalah penanggungjawab yang paling mulia dan paling dekat untuk dimohon do'a."                                                        
                                                                                                                               [Al-Aqdul,Farid,2/282]

Abud Darda' radiyallahu'anhu berkata,:
Apabila Allah telah menetapkan sesuatu takdir,maka yang paling dicintaiNya adalah meredhai takdirNya."
                                                                                                          [Az-Zuhd,Ibnul Mubarak page 125]

ayuh..
perbaharuilah iman dengan lafaz LAILAHAILLALLAH dan carilah pahala di sisi Allah kerana ujian yang menimpa.
jangan sekali-kali berkata ,"andainya hal ini tidak terjadi.." tatkala menghadapi takdir Allah.
Sesungguhnya hanya pada Allah kita memohon hidayah dan taufik..

jazakumullah khairan kathira.

Saturday, December 13, 2008

waktu-waktu penting


MAKLUMAN:(Artikel ini dipetik daripada blog seorang Hamba Allah yang kuat semangatnya dalam menyampaikan dakwah islamiyah..Allahu Akbar!semoga dapat dicontohi semangatnya ini)

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini kekuatan untuk menulis di blog ini agak pudar. Kesibukan dengan perkara lain tidak sama sekali boleh dijadikan alasan untuk menghalang istiqamah. Namun setiap kali ingin menulis, entah mengapa hati tidak begitu sedap untuk meneruskan tulisan, lalu dibatalkan sahaja. Mungkin hati ini belum benar-benar bersih. Ya Allah, kurniakan kami semua hati yang bersih, kerana ia merupakan wadah kepada hidayah-Mu!

Pagi ini, membaca kitab Bidayatul Hidayah Al-Imam Al-Ghazali pada bahagian amalan waktu subuh sehingga naiknya matahari. Betapa Imam Al-Ghazali menitikberatkan solat jemaah, hingga dikatakan jika seorang pelajar agama tidak solat berjemaah ketika subuhnya, maka apalah gunanya segala apa yang dipelajari, kerana buah bagi ilmu itu adalah amalnya.

Seterusnya Imam Al-Ghazali mengajarkan beberapa zikir dan doa yang boleh dan harus dilakukan oleh seorang mukmin. Imam Al-Ghazali menerangkan pembahagian yang sepatutnya diamalkan antara waktu setelah solat subuh sehingga naiknya matahari. Beliau menyatakan kita perlu membahagikan waktu ini kepada 4 urusan:

1) Urusan doa
2) Urusan pada zikir-zikir, serta tasbih diulang-ulang dengan menggunakan bantuan biji tasbih.
3) Urusan membaca Al-Quran
4) Urusan bertafakur.
 

Apa yang perlu ditafakurkan? Imam Al-Ghazali mengingatkan kita suapaya mengingati segala dosa yang telah kita lakukan, kekurangan kita pada amalan kepada Allah, serta betapa kita mendedahkan diri kepada balasan-Nya yang pedih serta kemurkaan-Nya. Selain itu perlulah kita ingati betapa hampirnya kita dengan ajal yang memutuskan segala harapan, ikhtiar serta menyebabkan kekesalan jika kita diperdaya berpanjangan.

Betapa molek saranan Imam Al-Ghazali ini, kerana jarang sekali manusia memikirkan akan mati pada memulakan harinya. Apa yang selalu kita fikirkan adalah, apa yang akan aku kerjakan hari ini, apa perancangan aku hari ini dan hari-hari seterusnya, lalu kita terleka dan terlalai dari mengingati kematian yang pada bila-bila masa boleh datang.

Imam Al-Ghazali juga menerangkan bahawa ganjaran yang amat besar akan diberikan bagi mereka yang tidak berkata-kata (dengan orang lain) atau bergerak dari tempat solatnya dari waktu subuh hinggalah terbitnya matahari. Pengalaman ana bersama ramai para solihin dan habaib sedari kecil memang jelas menampakkan betapa mereka mementingkan waktu ini. Tidak ada seorang soleh yang ana jumpa melainkan mereka begitu menitikberatkan waktu antara subuh dan terbit matahari. Sehingga kita akan dimarahi jika
cuba menyibukkan mereka dengan perkara lain pada waktu tersebut. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk mencontohi mereka. Amiin

Seterusnya ana teringat pula kata-kata Syeikh Umar di sini. Beliau mengingatkan empat waktu penting yang perlu diambil berat oleh kita terutama yang bergelar penuntut ilmu. Empat waktu tersebut adalah;

1) Sebelum Subuh walau sekadar 15 minit.
2) Dari Subuh hingga terbit matahari.
3) Sebelum Maghrib walau sekadar 15 minit.
4) Antara Maghrib dan Isya' (Ma Baina 'Isya'ain).


Waktu-waktu ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin untuk mengerjakan amalan soleh, zikir, membaca Al-Quran dan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga Allah memberi petunjuk dan kemudahan kepada kita dalam memanfaatkan waktu-waktu ini sebaik mungkin dalam menggapai redha-Nya. Amiin...

 

Thursday, December 11, 2008

kisah seorang isteri

Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas
air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

                                      


"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung
dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik
tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang
minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikantanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

bret bret... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* *********

  
Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang
diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhiratsana, apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti
dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup
hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !



Wednesday, December 10, 2008

perbezaan perempuan dan muslimah

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya

Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah


Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan

Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu...