Bismillahirrahmanirrahim
Cinta Allah
melihat video youtube di atas, hati terdetik.
Adakah jiwa ini benar-benar tulen beriman kepada Allah, atau beriman hanya pada nama?Bagaimana harus ku tahu, jika nilai keimanan ini tidak teruji? atau apakah ianya tidak pernah diuji?Maka, kita tidak tahu sejauh mana ketulenan keimanan kita kepada Dia yang Maha Satu.
Mengenang kembali kisah sahabat-sahabat nabi, sumayyah, bilal bin rabah, Suhaib dan ramai lagi. Sirah jelas mengajar bagaimana Allah telah menguji keimanan mereka. Keutuhan ketaqwaan kepada Ya Rabb dibayar dengan kesakitan, keperitan, kematian, dan kehilangan harta benda. Sumayyah, wanita yang cukup kuat imannya kepada Allah sanggup mati demi menegakkan akidahnya. Bilal bin Rabah, sungguh tegar walaupun diseksa penuh kejam oleh tuannya. Suhaib, sanggup membiarkan hartanya yang cukup banyak diberikan kepada kafir Quraisy sebagai bayaran untuk penghijrahannya ke Madinah untuk bersama-sama dengan Rasullulah.
Andai diri ini ditempat mereka, cukup kuatkah imanku? takut untuk membayangkan..
Futur
Allah telah memberikan 1 dari 100 rahmat kepada seluruh makhluknya di dunia ini . Lihat, betapa banyak kasih dan sayang yang kita punya di dalam hati ini. Bagi kita, kasih sayang ini penuh satu jiwa, dan mampu untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Melimpah-limpah dan mencurah-curah. Namun, rasa cinta yang mendalam ini sudah cukup mutlakkah kita serahkan hanya untuk Allah? Cinta pada yang Satu dan sedalam-dalamnya.
Andai menyayangi dan mencintai Allah itu memenuhi seluruh rongga hati yang satu ini, jalan manakah yang telah kita pilih? jalan dakwah yang panjang penuh dengan duri dan kaca, ataupun jalan dunia yang penuh keasyikan. Ataukah dulunya kita seorang yang kuat semangat di jalanNya, tapi kini futur di pertengahan? Kala Allah mahu menguji hambaNya, disitulah baru kita sedar keimanan yang kita miliki selama ini benar-benar 100% kepadaNya atau tidak.
Futurnya diri kerana kurangnya tarbiyah. Amat rugi jika dibiarkan rohani kelam bersama ujian dunia yang orang biasa juga mengalaminya. Takkanlah Allah baru jentik sedikit, kita sudah mengalah? Mencari pedoman yang salah lantas jalan lurus yang kita lalui memesong ke jalan bengkak bengkok yang kita rasakan indah. Dan terus menerus membiarkan diri ditipu.
Nukleus hati
Alangkah kasihannya pada nukleus dalam hati kita yang sebenarnya amat merindui jalan lurus yang pernah dilalui dahulu, mencari-cari cahaya yang bilakah akan mencerah. Tapi kita sering membiarkan nukleus dalam hati itu, tidak mengendahkannya sehinggalah ianya deactivate dengan sendiri. Makanya, nukleus itu terbenam terus didasarnya, merajuk dan tidak lagi mahu dipujuk. Akhirnya, ia menjadi fosil yang tidak bermanfaat pada tuannya.
Bukankah Allah telah memberikan hidayah? Malah, telah berulang kali Allah menimbulkan rasa kesedaran di hati itu, namun kita tetap biarkan perasaan itu berlalu. Ibarat seperti angin yang datang lalu berlalu pergi. Tidak berganjak untuk terus memperbaiki diri, dan mendekatkan diri dengan Allah. Datang usrah untuk melembutkan hati tika pertemuan itu sahaja, kemudian menjadi manusia normal yang 'biasa'.
Bangkitlah
Jika usrah tidak membentuk peribadi jiwa, dan tidak membangkit semangat dakwah. Usah menuding jari pada orang lain, kita sendiri yang degil dan malas. Entah bila lagi Allah akan menghadiahkan hidayah buat kita,dengan itu once hidayah itu hadir, grab it! InsyaAllah, Dia akan terus membimbing kita.Percayalah. He is always be with us through thick and thin!
Tidak mahu kah untuk merasai nikmatnya hidup sebagai syahid di jalan Allah?
Semua yang kita lalui dalam hidup ini telah ditetapkan olehNya. Sesungguhnya, aturan Allah itu lah yang TERBAIK buat hamba-hambaNya. Be with Allah always, dari bangun pagi, sematkan dalam fikiran,dakwahku bermula hari ini,moga Allah memudahkan tiap langkah yang bakal kutempuh sepanjang hari..hinggalah tidur semula di malamnya, telah tertunaikah tanggungjawabku pada agama pada hari ini dan moga hari esok masih ada untuk terus berbakti.
Katakan pada diri sendiri,
dakwah, dakwah, dakwah..
akulah pejuang Allah..
ulanglah berkali-kali, insyaAllah, ianya akan terus 'set' dalam mind, dan secara tak langsung ingatan kita hanya kerana Allah dan dakwah. Once ditimpa musibah atau ujian, kita tidak akan mudah goyah lantaran niat yang sudah di 'set' dalam unconscious mind kita tadi.
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Merekalah orang-orang yang memperoleh kemenangan." [at-taubah:20]
Berdoalah moga jauh dari futur dan terus thabat.InsyaAllah
2 comments:
Salam nurani,
terbaca kata-kata oleh imam hasan al-bana di ruang komen ukhti wina,izinkan saya meletaknya di ruang blog bolehkah? Ternyata entry futur enti amat menyentuh dalam kehidupan saya. Terima kasih kerana menyediakn entry bermanfaat ini. Semoga diizinkanNya utk menulis selalu. Mana tahu adanya org 'mencari-cari' menemui sesuatu..
salam anum,
sila-sila^_^
syukran atas ziarah..
insyaAllah
Post a Comment